ATM vs Kelantan:Separuh Akhir Piala Malaysia Live Streaming

Pasukan ATM Piala Malaysia 2013

Assalamua’laikum.

Keputusan terkini: ATM 1 vs Kelantan 2

ATM vs Kelantan. Separuh akhir pertama Piala Malaysia 2013. Malam esok, ambe yakin sangat, mesti penuh Stadium Selayang. Tahun lepas, akhir Piala Malaysia, ATM kalah 2-3 dengan Kelantan. Jurulatih yang sama, Bojan Hodak vs B.Sathianathan. Jadi, pentas separuh akhir bukan asing untuk dua jurulatih ni. Ambe kira, dua jurulatih yang memang ada karisma dan bijak mencatur pemain. Bojan Hodak ada banyak pilihan dan tak salah ambe kata, Kelantan menjadi pasukan pilihan untuk menang!

Live streaming ATM vs Kelantan 18 Oktober 2013

1. Ok. Malam esok, pasti ada siaran langsung di Astro Arena 801. ATM vs Kelantan. 8.45 malam. Rasanya, RTM 1 pun ada live.

2. Kalau korang nak tengok live streaming ATM vs Kelantan –> LINK

3. Fakta: Kelantan pernah jadi juara Piala Malaysia sebanyak 2 kali, naib juara 3 kali. ATM belum pernah sekali pun jadi juara, naib juara sekali (rekod sejak 1990).

4. Fakta: Kelantan layak ke akhir Piala Malaysia sejak tahun 2009, kecuali 2011. Nampak sangat konsisten. Pemain sebagus Piya dan Farhan tak dipanggil ke kem Harimau Malaya untukĀ  kempen Kelayakan Piala Asia 2014 memang misteri!

live streaming atm vs kelantan 18 oktober separuh akhir piala malaysia 2013

5. ATM lebih suka jadi pasukan ‘underdog‘ tapi cukup berbisa selepas tumbangkan gergasi Lions XII dengan jaringan hatrik Marlon Alex James.

6. Marlon Alex James vs Dickson Nwakaeme. Dua pemain import yang ambe kira antara yang terbaik musim ni. Dua orang ni ada bentuk fizikal yang ‘tough‘ dan ketajaman yang terbaik! Harapnya, Dickson turun dalam kesebelasan utama malam esok.

7. Sekali lagi, nak sangat tengok gandingan Piya-Farhan-Indra. Biar mereka betul-betul tunjuk yang mereka ni memang masih layak dipanggil ke dalam skuad Coach Rajagobal! Penjaring gol kemenangan masa game 2012 ialah Indra. Nostalgia sungguh!

8. Buat penyokong Kelantan dan ATM, jaga disiplin. Moga korang terus menyokong pasukan masing-masing dengan penuh semangat kesukanan!

9. ATM vs Kelantan. Pasukan hok mane se deme sokong?

@ hafizmd – Drama ‘curi pemain’ makin panas antara kem Kelantan dan Johor DT! hohoho….