Kelayakan Piala Asia 2015. Masih Ada Peluang?
Assalamualaikum.
Malaysia vs Bahrain Kelayakan Piala Asia 2014. Semua dah tahu, Malaysia seri 1-1 malam tadi dengan Bahrain. Gol cantik Mat Yo menyelamatkan Malaysia dan menyalakan kembali peluang untuk layak ke Piala Asia 2015. Separuh masa pertama malam tadi, memang rasa macam nak tutup jer terus tv walaupun dah “set” minda supaya tak terlampau berharap untuk aksi yang super bagus daripada skuad Datuk Rajagobal.
Malaysia vs Bahrain
1. Pertahanan Malaysia malam tadi banyak bergantung kepada Aidil dan Amir. Dua orang ni, memang cukup ‘outstanding’ malam tadi. Reuben dan Asrarudin memang nampak tak menjadi. Lambat tutup ruang.
2. Pasti ramai yang ‘merindui’ kelibat Fadhli Shas dan larian laju Mahali Jasuli. Harapnya, untuk perlawanan lepas ni, dua orang ni ada untuk kuatkan barisan pemain Malaysia.
3. Tengah. Masih lagi orang yang sama. Tak nampak kenapa pemain yang bukan dalam prestasi terbaik masih lagi menjadi taruhan. Kunalan dan Gurusamy. Memang nampak sangat tak menjadi. Patutnya banyak hantaran lintang ke depan untuk Mat Yo dan Amri. Tapi sayang, dua pemain ni…tak menjadi…..
4. Ambe rasa, sepatutnya peluang diberi kepada Piya yang tengah di puncak prestasi terbaik bersama Kelantan. Farhan juga patut dipanggil. Indra pun sama. 3 serangkai ni, masih lagi mampu untuk menghadirkan keributan di barisan pertahanan lawan.
5. Mat Yo dan Amri. Memang ‘lejen’ dua orang ni. Masih lagi sangat-sangat diperlukan. Kalau ada Rozaimi, lagi bagus.
Ini hanyalah bebelan seorang peminat bola. Yang pastinya, Datuk Rajagobal pastinya ada sebab sendiri kenapa masih bergantung harap pada pemain lama.
Masih ada peluang untuk ke Piala Asia 2015? Ada lagi 3 perlawanan, senang cerita, kena menang semua. Tak mustahil dengan syarat Coach Raja bijak atur taktikal dan pemain. Tak mustahil boleh menang. Ayuh Harimau Malaya, kami tetap menyokong sepenuh hati! Janji main cantik paling tak, macam separuh masa kedua masa lawan Bahrain malam tadi.
Kalah kami boleh terima, tapi cara kalah biarlah dengan cara tak terkalah!
@hafizmd – Rehat kejap, baru sampai dari kampung. Alhamdulillah. Tu yang baru pegang laptop. Balik kampung, balik biar ‘betul-betul’ balik =)
seri ya Bro HAfiz Indonesia juga cuma bisa seri melawan China
sama kita…singapura dan thailand menang kan?
2nd half baru nampak menarik. 1st half..sakit hati gak tengok. Bola mudah-mudah terlepas dari kaki.
tau takpe…haha..rasa mmg nak tutup dah tv tuh..
nampak gabra tak tentu hala..
lain kali kena bawa serkap jaring baru boleh tak terlepas nghee..
@suri, hehe…pengadil tak kasi…haha
Saya suka dengan quote bro
“Kalah kami boleh terima, tapi cara kalah biarlah dengan cara tak terkalah!”
Itulah. Kalah biar cara bermaruah =)
perlawanan timbal balik nanti x tau la… kalau mcm ni main mungkin bungkusss…
kalau main macam ni jugak…biasanya…biasanya…mmg bungkus “teruk”
harap2 tak lah
janganlah putus asa kita mesti berikan sokongan pada team bola…
sudah pasti..sokong selamanya
Hehe..betul tu bro..kalah dengan cara yang tak terkalah..hehehe..
@hafizul, tu yg penyokong nak..kalau tak..mmg sakit hati tgk bola
kalau dah main tempat sendiri pun cuma mampu seri agak2 main kat sana boleh menang ke?tapi macam Hafiz kata tu la..Kalah kami boleh terima, tapi cara kalah biarlah dengan cara tak terkalah!
agak payah tapi tak mustahil..
harap2 main dgn bagus di bahraian…kalau tak…
hmm…rasanya tak berpeluang untuk layak dah…walaubagaimanapun , pasukan Malaysia sila buktikan saya silap…!!!
hoho…harap Malaysia buktikan kita silap
bahrain memang tangguh dan tidak mudah dikalahkan, beberapa kali pertemuan dengan tim Indonesia, timnas kami lebih banyak mengalami kalah. kalau Malaysia seri masih bagus, Insya allah peluangnya nanti akan besar lagian masih banyak pertandingan yang belum dilakukan ya …
Benar tu. Bahrain cuma nampak kurang tangkas sewaktu beraksi menentang Malaysia. Malaysia gagal ambil peluang.
insyaAllah layak ke akhir piala asia 2015
kalau bleh tingkatkan lagi bagus..sebab tgok cara permainan semalam agak longgar jugak tu
Byk peluang tp tak menjadi…erm
Entahlah rasa tak confiden je…
hahaha…kena konfident gak bro!
malaysia oh malaysia
Sepatutnya boleh menang, Bahrain bermain diluar kemampuan sebenar. Lepas nie lawan kat tempat diorang…masa tu baru tahu Malaysia ada peluang layak ke Piala Asia atau tak…
Itulah. Rugi yg amat. Bahrain mmg nampak out malam tu.
masih ada peluang tu
masih ada..janji menang…hihi
Malaysia boleh layak jika ikut cara ni >> Peluang Malaysia ke Piala Asia 2015
ngam…aku terjah baca…ni coach raja kena baca gak ni..hohoho