Giliran Pahang vs Sarawak!

berita sukan bola sepak Malaysia

Assalamua’laikum.

Keputusan terkini: Pahang 3 vs Sarawak 1

Kini, giliran Pahang vs Sarawak di Stadium Darul Makmur. Kali terakhir Pahang layak ke akhir Piala Malaysia pada tahun 1997. Masa tu, Pahang tewas dengan Selangor 0-1. Sarawak pula, kali pertama ke akhir pada tahun 1999, tewas lawan Brunei 1-2. Itu semua cerita lama. Malam ni, pasti skuad Dollah Salleh dan Robert Alberts turun dengan misi mencari bekalan gol yang selesa!

live streaming pahang vs sarawak

Pahang vs Sarawak

1. Pahang. Kapten pasukan Pahang, Jalaluddin Jaafar (38 tahun) dilihat cukup berpengalaman. Pemain lain yang seusia dengan beliau, sudah lama gantung but, tapi bukan Jalaluddin Jaafar. Pasti malam ni, beliau akan bermain berhabisan-habisan mengekang asakan penyerang Sarawak!

2. Gandingan Amirul Hadi-Razman Roslan di bahagian tengah dilihat cukup serasi untuk memcatur pergerakan khasnya untuk penyerang berbisa Pahang, Matias Conti.

3. Matias Conti. Cukup berbisa setakat ni dengan 7 gol sepanjang kempen Piala Malaysia. Begitu juga Azamudin Akil dan Hafiz Kamal!

4. Sarawak. Skuad Ngap Sayot dilihat pasukan ‘underdog’ yang cukup berbisa. Dengan disiplin yang tinggi dan semangat berpasukan yang cukup mantap, Ngap Sayot tak mustahil mampu melakar kejutan malam ni.

5. Antara pemain Sarawak yang cukup berbisa ialah penyerang Muamer Salibasic, Joseph Eldstal, Bobby Gonzales dan Ashri Chuchu. Serius, Sarawak tampak sudah benar-benar bersedia untuk kembali gegarkan arena bola sepak Malaysia!

6. Jom saksikan siaran langsung di Astro Arena 801 dan RTM 1 serta live streaming di link ini –> live streaming Pahang vs Sarawak.

@hafizmd – Pahang atau Sarawak?