Siri Kesihatan 1:Oh! Kolesterol
Assalamua’laikum.
Siri Kesihatan 1:Oh! Kolesterol. Kolesterol. Apa bendanya kolesterol ni yop? Makhluk asing dari planet namek ke? Idok? Yop maleh nak citer? Dah berbuih mulut yop bersyarah kat orang kampung pasal ‘makhluk’ kolesterol ni? Takpelah yop, nak memahamkan benda ni bukan senang. Dah faham, bukan senang nak amal yop. Idok gitu? Kita pun banyak kali juge terbabasnya. Mohle, ambe cerite pasal kolesterol ni. Mana tahu, ada yang nak buat ulangkaji. Ambe pun nak kena ulangkaji juge yop, umor makin bertambah maknanya kita makin tua yop!
Kolesterol. Apa itu kolesterol?
Mula-mula, ambe nak bagitau yang kolesterol ni, benda yang Allah buat memang siap sedia ada dalam tubuh kita. 75% kolesterol dalam darah ni dihasilkan sepenuhnya oleh organ hati kita (dan ianya juga bergantung kepada sejarah kesihatan keluarga kita). Selebihnya 25% kita dapat selepas kita ‘melahap’ segala jenis makanan. Maka secara automatik, kolesterol ni bukanlah benda asing dalam badan kita.
Kolesterol ni memang ada dalam setiap sel tubuh badan kita dilapisan luar dan juga dalam aliran darah. Jadi, jangan terkejut yer. Ianya ‘lembut macam-lemak yang ada dalam aliran darah dan dalam sel badan kita.
2 jenis kolesterol
1. Kolesterol “jahat” iaitu doktor panggil ‘Low-density lipoprotein‘ (LDL). LDL ni bila dah banyak dalam salur (arteri) darah, ianya akan berkumpul dan menempel di dinding arteri. Makin lama makin tebal menyebabkan saluran darah kita makin sempit.
Cuba bayangkan, jalanraya yang sempit penuh dengan kereta. Kereta pun tak boleh laju. Sama juga dengan salur darah. Bila dah makin sempit, tekanan darah jadi tinggi. Jantung kena kerja lebih kuat berbanding biasa. Jadi, risiko untuk dapat darah tinggi dan penyakit jantung juga makin tinggi.
2. Kolesterol ‘baik’ iaitu ‘High-density lipoprotein’ (HDL). HDL ni penting untuk singkirkan LDL dalam salur darah kita. Amaun HDL yang cukup dalam darah membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dan juga strok. Kadar HDL dalam darah yang rendah (untuk seorang lelaki kurang dari 40mg/dL dan untuk seorang wanita pula ialah kurang dari 50mg/dL) meningkatkan risiko penyakit jantung.
kredit gambar: tappmedical.com
Itu aje dulu untuk Siri 1 tentang kolesterol ni. InsyaAllah akan ada sambungan tentang “Kolesterol Baik vs Kolesterol Jahat“, “7 Penyebab Kolesterol Tinggi” dan “Cara Untuk Singkirkan Kolesterol Jahat” dalam siri akan datang.
Sudah pasti benda paling dibenci ialah bila lemak makin banyak disimpan (sebab tak diguna). Lemak paling suka ‘lepak-lepak sambil main guli’ di sekitar perut dan pinggang. Sebab inilah tapak simpanan lemak utama dalam badan kita. Tak pasal-pasal, kita dah ada “spare tyre” dan ramai berniat nak buang tapi tak menjadi sebab tak tahu cara dan tak cukup rajin!
@hafizmd – Sekadar berkongsi hasil pembacaan dan secoet pengetahun yang ada. Kalau salah, mohon diperbetulkan =)
bahaya kolestrol nih.. boleh kena heart attack~
Betul tu. Wanau’zubillah
baru semalam aku update status kat facebook pasal seorang kenalan masuk IJN. hari ini baca pasal kolestrol pulak. pergh…takut aku
Ambe pun takut juga…maklumlah..adakala main hentam jer makan
sebab itu..kena rajin-rajinlah kawal makan dan bersenam selalu.
Itu yg penting…
Aku plaing tak suka subjek bio.
Nak tanye, macam mane nk dapat 40mg/l HDL dalam darah? Boleh ke kita tentukan amount yg tertentu?
hoho…subjek hang tak suka rupanya =)
nak tentukan untuk dpat tu tak pasti…tp cara nak tingkatkan amaun HDL berbanding LDL tu adalah…
ada beberapa cara bro…kang nanti aku citer dalam bab 2…tunggu ek…
menarik kupasan artikel ini…contoh yang terbaik..mudah mau faham
Terima kasih bro!
Takut baca blog ini. Banyak entri mengenai masalah kesihatan. 🙂
hoho..
bro AB bukan dah selalu jumpe di lab ke? hehehe
Macam mna nak tingkatkan HDL? Ada cara tak?
Ada. Nanti keluar entri khas utk soalan ni
bahaya jugak kolestrol kalau banyak kat badan. Baru dapat gambaran sebenar.
Mmg bahaya yg amat…
Salah seorang pengidap kolestrol tinggi dtg mengadap menurunkan komen..
He he he..
hehe…moga2 akak sihat2 ajer
den kene buat checkup tengok tahap kolestrol den…huhu
Diet dan workout. Itu jalan untuk elak kolestrol jahat ni.
Setuju..tu antara caranya
baru cek kolestrol hari tu, saya kolestrol baik tapi kena kawal jugak agar ia balance dengan kolestrol jahat.
ngamlah…sama2 kita check mna yg patut
kena gi check ni tahap kolestrol dh berapa
itulah…nak kena check jugak..hoho
Bahaya menda ni nih..boleh tersumbat saluran jantung..so, yang suka makan lemak tu beringat lah..termasuk saya..haha..makan gear box, lemak dalam tulang tu, perghhh memang sedap sangat..mujurlah makan gear box jarang2 setahun..haha
hahaa..samalah kita…nak kena bykkan bersenam…
gear box…oh sedap ngoh ti tuh!
jom lah kita bersenam sebelum sakuran darah terus tersumbat dengan lemak-lemak ni.
Terbaca entry ni sedar-sedar dah hampir 5 bulan tak cek kolesterol ni..esok nak cek, hari ni cuti…
silakan bro..ambe pun dah sampai masa nak kena check..
lama sungguh x cek kolestrol ni… jd takut pulak nak cek hehehe
hahaha…ambe gitu jugok…makin tak muda ni…haha
kawan DT muda2 dah kena kolestrol..
dia kurus..
tapi bole kena..
rupanye dia suka minum air bergas.. hmmm
takut dibuatnya
adui..seram dgt…bahaya benor air bergas ni…wanau’zubillah
Memang bahay kalau kolestrol banyak dalam badan ni.
Sesape yang rasa macam dah terlebih kolestrol tu rajin2kan leh diri bersukan ye..
Hihihihi
Benar tu. Terima kasih atas ingatan