Giliran Pahang vs Sarawak!

Assalamua’laikum.
Keputusan terkini: Pahang 3 vs Sarawak 1
Kini, giliran Pahang vs Sarawak di Stadium Darul Makmur. Kali terakhir Pahang layak ke akhir Piala Malaysia pada tahun 1997. Masa tu, Pahang tewas dengan Selangor 0-1. Sarawak pula, kali pertama ke akhir pada tahun 1999, tewas lawan Brunei 1-2. Itu semua cerita lama. Malam ni, pasti skuad Dollah Salleh dan Robert Alberts turun dengan misi mencari bekalan gol yang selesa!
Pahang vs Sarawak
1. Pahang. Kapten pasukan Pahang, Jalaluddin Jaafar (38 tahun) dilihat cukup berpengalaman. Pemain lain yang seusia dengan beliau, sudah lama gantung but, tapi bukan Jalaluddin Jaafar. Pasti malam ni, beliau akan bermain berhabisan-habisan mengekang asakan penyerang Sarawak!
2. Gandingan Amirul Hadi-Razman Roslan di bahagian tengah dilihat cukup serasi untuk memcatur pergerakan khasnya untuk penyerang berbisa Pahang, Matias Conti.
3. Matias Conti. Cukup berbisa setakat ni dengan 7 gol sepanjang kempen Piala Malaysia. Begitu juga Azamudin Akil dan Hafiz Kamal!
4. Sarawak. Skuad Ngap Sayot dilihat pasukan ‘underdog’ yang cukup berbisa. Dengan disiplin yang tinggi dan semangat berpasukan yang cukup mantap, Ngap Sayot tak mustahil mampu melakar kejutan malam ni.
5. Antara pemain Sarawak yang cukup berbisa ialah penyerang Muamer Salibasic, Joseph Eldstal, Bobby Gonzales dan Ashri Chuchu. Serius, Sarawak tampak sudah benar-benar bersedia untuk kembali gegarkan arena bola sepak Malaysia!
6. Jom saksikan siaran langsung di Astro Arena 801 dan RTM 1 serta live streaming di link ini –> live streaming Pahang vs Sarawak.
@hafizmd – Pahang atau Sarawak?
malam ni tak berapa menjadi plak sarawak..
itulah…mmg serba tak jadi…tunggu kat sarawak plak
tak kesahlah. janji aku dapat tengok banyak gol. haha..
hahaha…hrp byk lg gol kt sarawak….hehehe
tengok banyak bola tak tidurlah jawabnya isyk..
sarawak nampak agak gugup semalam…tak main macam sebelum ni…
mungkin gugup depan penyokong pahang yg ramai
memang puas hati gi stadium malam tadi, penyokong kedua pasukan memnag terbaik… memang sekarang kebangkitan penyokong bola pulak rasanya…
terbaik! ambe dah lama tak rasa seronok gi stadium..rindu wehhh
harap ada tentangan sekali lagi di sarawak… penyokong sudah semakin ramai… tengok kat tv.. stadium full… tak macam dulu2… belum final pun dah penuh…
itu yg syok tu…penyokong dah kembali semangat nak tengok game liga kita…tp harapannya, jgn setakat ni jer…masa kalah, kenalah sokong juga…hihi
Pahang memang layak menang 3-1 ke atas Sarawak, tapi bila pusingan kedua nanti pastinya Sarawak akan memburu gol sebanyak mungkin unutk mereka jika mahu ke final.
yup..nak2 lwn di sarawak…kubu kuat mereka tu
saya tak tahu nak komen apa sebab tak tengok bola tapi suka baju merah yang team ini pakai..boleh?
hihi..boleh ajer…ramai yg sokong pemain sbb hensem…hehehe
ah..mujur saya boleh puji orang seba puji itukan secara ikhlas
semoga Sarawak bangkit selepas nih…:)
Sokong sarawak ke ni bro?hehe
Dulu MJ peminat tegar bola sepak, lps da keje + da kawen macam da kurang sikit..hehee
Sis nak kena tumpu ngn anak2..kan? Biasalah….
Siapa yang menang rasanya ?
hurm..bukan admin yang menang sebab dia tak joint mungkin hanya tengok melalui tv bersama si dia nhgeee..
@suri…hehe…tu pasti
macam tak sabar je tunggu perlawanan kedua
semua pasukan masih ada peluang ni
masih 50-50…harap game ni best
kalah atau menang saya tetap sokong sarawak..
Yeah! Ginilah penyokong terbaik!
Ada pengalaman ada skill, orang dag gerun dahhh..haha
betul doh tu boh!