5 Teknik Menjadikan Pengucapan Awam Menarik dan Tak Bosan!

gaya bahasa dalam pidato

Assalamua’laikum.

Ilmu pengucapan awam. Ianya mungkin kelihatan cukup mudah dan santai disaat tutorial dan teori tapi sebaliknya berlaku bila tiba saatnya untuk praktikal. Sejujurnya, saya bukanlah seseorang yang mempunyai keupayaan bercakap di khalayak awam dengan begitu baik, tetapi saya juga bukanlah seseorang yang tidak mampu berucap di khalayak ramai. Saya mempunyai idola tersendiri yang telah berjaya mencungkil ‘raksasa kecil’ dalam diri. Ianya suatu SENI!

Fahami Prinsip Asas Pengucapan Awam

ilmu pengucapan awamBagi saya, prinsip asas pengucapan awam antaranya ialah berhujah berdasarkan fakta. Bukannya bersandarkan emosi dan anggapan semata. Prinsip ini penting untuk mengelakkan kita dikecam dan dikritik atas sebab tidak berhujah dengan fakta. Namun, dalam dunia sekarang, terdapat audiens seolah-olah tidak lagi ambil cakna dengan fakta malah semakin kenyang dihidangkan dengan “auta” seorang pemidato.

“Auta” yang bersifat menyindir peribadi dan  ditambah dengan contoh-contoh yang tidak sesuai dengan adat dan abab semakin kerap dijadikan bahan hujah demi menarik minat audiens. Apakah seorang pemidato yang bagus perlukan “teknik murahan” seperti ini? Teringat saya kepada kata-kata seorang sarjana British. Katanya;

“Audiens akan menjadi malas dan bersandar bila dah mulai bosan mendengar ceramah yang disampaikan” ~ Sir Franchis Galton dalam catatannya, ‘The Measurement of Fidget’ (Pengukuran Kegelisahan. 1885)

Di sinilah pentingnya ilmu pengucapan awam yang betul dan berkesan. Ilmu pengucapan awam yang baik, pastinya memberi satu impak yang positif dan berpanjangan kepada audiens. Soalnya, bagaimana cara menarik minat audiens supaya tidak bosan dan akhirnya wujud komunikasi dua hala antara pemidato dan audiens tanpa perlukan “teknik murahan” dan tidak membosankan pendengar?

5 Teknik Menjadikan Pengucapan Awam Menarik dan Tak Bosan!

1. Releven – Kalau tajuk pengucapan awam tentang bola, berceritalah tentang bola. Jangan asyik nak bercerita tentang kehebatan anda berenang kuak lentang dan kupu-kupu. Itu tak relevan dan mengundang jelek pendengar. Jangan asyik ‘masuk bakul, angkat sendiri’.

2. Pendek dan ringkas – Berucap biasanya ada masa. Gunakan masa yang ada dengan sebaiknya. Tak perlu ayat berbunga-bunga sangat sampai pendengar pun keliru, apa yang nak disampaikan. Fahami siapa audiens kita sangat membantu dalam aspek ini.

3. Berkongsi impak cerita – Amat berguna jika tajuk ucapan yang dipilih disertakan contoh cerita yang menarik. Lagi bagus, contoh kejayaan ada kaitan dengan pendengar! Pasti menarik perhatian mereka.

gaya bahasa dalam pidato4. Gaya bahasa badan dan mimik muka – Lenggok badan dan mimik muka yang betul pasti akan menarik perhatian pendengar. Bayangkan seorang pemidato yang berucap keras kaku di atas pentas mahupun pemidato yang terlebih lenggok. Awas!

5. Gunakan faktor lokaliti – Pemidato yang berkesan biasanya mampu menggunakan faktor lokaliti dengan baik. Contohnya, loghat atau dialek penduduk setempat. Kejayaan pemidato menambah unsur ini ke dalam ucapannya pasti menarik perhatian.

3 Cara Untuk Kawal Rasa Takut & Resah Saat Pengucapan Awam

Perasaan takut dan resah semasa berucap di khalayak biasanya menyebabkan tubuh badan kita juga turut bertindak seiring iaitu degup jantung lebih laju, otot tubuh jadi tegang dan pernafasan yang tak teratur. 3 efek tubuh ini akan menyebabkan kita cepat-cepat nak habiskan ucapan. Gerak bahasa tubuh pastinya dapat dikesan oleh pendengar! Boleh cuba 3 kaedah di bawah untuk mengawal rasa resah dan gemuruh.

cara atasi gemuruh atas pentas1. Kawal pernafasan – Untuk mengatasinya kita disaran tarik nafas dalam-dalam dan cuba curi masa dengan rangkap ayat seperti “tuan-puan yang dihormati sekalian…” Dalam masa menyebutnya, tarik nafas dan bertenang.

2. Fokus pada sebutan – Bila kita fokus pada sebutan perkataan, secara automatik rentak ucapan kita lebih teratur dan perlahan. Pendengar pun lebih mudah faham. Cubalah!

3. Awasi tanda baca – Tanda baca menjadikan ucapan kita berintonasi dan tidak kosong. Ucapan yang ada irama, pasti lebih menarik berbanding ucapan kosong tanpa sebarang intonasi dan refleksi.

Kebaikan Kemahiran Ilmu Pengucapan Awam

Akhirnya, ilmu pengucapan awam memang menarik dan cukup berseni. Ianya memberi banyak kebaikan kepada kita antaranya;

  1. Meningkatkan keyakinan diri
  2. Meningkatkan kemahiran berkomunikasi
  3. Memberi impak social yang lebih baik
  4. Meningkatkan kemahiran mendengar
  5. Rangkaian ukhwah (networking) yang lebih besar
  6. Meningkat keupayaan daya ingatan
  7. Mengasah kemahiran persuasive
  8. Meningkatkan keupayaan mengawal emosi dan bahasa badan dengan lebih baik

Jika anda mencari lmu Pengucapan Awam dan komuniti yang positif untuk mengasah kemahiran berkomunikasi, ayuh sertai Kelab Pidato Perdana. Boleh terus ke laman ini, “KELAB PIDATO PERDANA”.

“Pemidato yang bagus akan dikenang kawan dan lawan kerana kebijaksanaanya berFAKTA bukannya menjaja AUTA”

Tak perlu bermuka kacak, berwajah cun bermata bulat untuk menjadikan anda seorang yang bijak menarik perhatian pendengar! Tapi kalau dah kacak dan cun, ia memang bonus…hohoho

@hafizmd – ‘Raksasa kecil’ yang berjaya dibangkit dalam diri pernah merasa berada di atas pentas Pidato suatu ketika dulu. Idola saya ialah arwah Abah.