8 Cara Menguruskan Badan dengan Selamat

Cara menguruskan badan dengan selamat. Tips kuruskan badan harus berkesan selamat tanpa ubat. Jom baca cara menguruskan badan!

cara menguruskan badan
Cara menguruskan badan dengan minum air kosong?

Cara nak menguruskan badan – Tahu berat badan anda

Paling utama dalam proses untuk menguruskan badan ialah kita tahu status berat badan kita. Kira Indek Jisim Badan (BMI) kita Baru tahu status berat badan kita samada berat badan rendah, normal, berat berlebihan dan obes.

cara mengurangkan berat badan kira BMI badan
Kira BMI anda sekarang.
  • Bawah 18.5: Berat badan rendah.
  • 18.5 – 24.9: Berat badan normal.
  • 25 – 29.9: Berat badan berlebihan
  • 30 ke atas: Obesiti

Nota: Formula di atas tak boleh digunapakai jika;

  1. Umur bawah 18 tahun dan lebih 64 tahun.
  2. Mengandung atau sedang menyusukan anak.
  3. Seorang ahli sukan yang aktif.

8 cara menguruskan badan dengan selamat

Sebelum anda baca cara menguruskan badan di bawah, paling penting untuk tetapkan dalam minda bahawa semuanya boleh dicapai termasuklah misi kuruskan badan! Berapa kilo berat badan yang anda impikan boleh dicapai dengan syarat anda jaga pemakanan dan hidup secara aktif dan lebih sihat.

InsyaAllah, cara-cara menguruskan badan yang saya kongsikan di bawah diharap membantu anda untuk mencapai berat badan ideal. Mungkin dah banyak kali dibaca, tetapi ia takkan bawa kesan jika kita hanya membaca tanpa ambil tindakan untuk mulakan gaya hidup yang lebih sihat!

1. Tetapkan matlamat. Contohnya tulis atas kertas besar-besar. Misi kita nak kuruskan badan 10% daripada berat kita sekarang dalam masa 6 bulan. Kalau berat kita sekarang ialah 80 kg. 10% ialah 8 kg. Jadi, sekitar hanya 1.3 kg sebulan. Mesti boleh punyalah! Yakin boleh!

2. Turunkan berat badan secara konsisten. Penting untuk tidak terlalu ekstrem dalam usaha kuruskan badan anda. Disarankan untuk turunkan berat badan sekitar 0.5 kg seminggu. Bagaimana? Jaga pemakanan anda. Jangan ambil makanan tinggi kalori. Boleh baca entri di sini iaitu “Cara kira kalori untuk menguruskan badan”

3. Kawal nafsu makan. Ini mungkin cabaran paling sukar! Makan bila perlu, kerap dan lebih kecil bahagiannya setiap kali makan. Jangan tinggalkan sarapan pagi. Kalau tak, nanti tersangat lapar bila tiba waktu makan tengahari. Habislah dibedalnya nanti! Betul tak? Baca entri ini, “5 cara potong kalori dalam menu harian anda

cara menguruskan badan yang betul
Kejar belon tiap-tiap petang pun boleh menguruskan badan!

4. Kurangkan makanan bergoreng dan berlemak. Bukan suruh tak makan, tapi kurangkan. Boleh?

5. Pilih cara memasak lebih sihat iaitu dengan cara kukus, rebus dan panggang! Ayam panggang lada hitam. Sedap jugakan? Atau boleh cuba resepi ini iaitu “Resepi ayam panggang cendawan shitake!”

6. Lebihkan makan sayur. Ulam, sayur dan buah memang sangatlah bagus untuk kesihatan. Kurangkan jumlah nasi dan lebihkan makan 3 perkara ni dalam menu harian. Mula-mula memang payah juga anak tekak nak terima, tapi bila dah biasa pasti lebih senang. Badan pun lebih ringan dan badan lebih kurus.

7. Kurangkan makan/minuman manis. Secawan teh/kopi + sesudu gula + 1/4 susu rendah lemak = 50 kalori. Jadi paling mudah, gantikan dengan air kosong yang 0 kalori. Lagipun, air kosong banyak khasiatnya. Boleh baca di entri ini, “879 sebab kenapa air kosong bagus untuk kesihatan dan boleh menguruskan badan!”

8. Hidup lebih aktif. Maknanya pastikan kita lebih banyak bergerak dalam aktiviti harian kita. Berjalan biarlah lebih banyak berbanding duduk sepanjang hari mengadap komputer. Luangkan masa untuk tingkatkan aktiviti harian dengan berjalan, berjoging, berzumba, menari seorang diri dalam bilik di rumah dan lain-lain aktiviti. Ini semua cara menguruskan badan anda dengan selamat.

Ini antara banyak cara untuk anda cuba dalam proses menguruskan badan. Ingat, tetapkan matlamat dalam masa 6 bulan. Ambil masa untuk kembalikan kecergasan badan anda dengan aktiviti santai bersama keluarga. Ajak suami dan anak-anak untuk turut serta dengan aktiviti aktif anda. Pasti lebih seronok dan kurang tekanannya!

Selamat mencuba dengan 8 cara menguruskan badan anda dengan selamat! Ini juga petua untuk kuruskan badan tanpa ubat =)

@hafizmd – Paling mudah bagi saya ialah kawal minum/makan makanan manis. Memang berkesan untuk turunkan berat badan!

5 Cara Kekalkan Semangat Untuk Bersenam!

Assalamua’laikum.

Bersenam. Bukan benda mudah kalau kita dah mula hilang rentak dan sibuk dengan kerjaya dan keluarga. Bersenam boleh bertukar perkara yang membosankan lagi memenatkan. Nak sihat, nak kurus, nak ramping dan nak tampil menawan depan suami/isteri memerlukan disiplin dan semangat yang tinggi. Kalau setakat bedal ubat kurus tanpa bersenam, memang tak menjadi. Dibimbangi, boleh mendatangkan mudarat yang lain pula. Jom, saya kongsikan 5 cara untuk kita kembalikan dan kekalkan semangat senaman untuk kurus.

Cara untuk bersenam penuh semangat dan berkesan!

1. Bangun awal pagi – Disiplinkan diri untuk bangun awal. Bunyi jam loceng, terus bangun. Jangan main tekan butang ‘snooze’ lagi! Lebih-lebih lagi kita yang beragama Islam. Bangun awal untuk solat Subuh. Dah selesai solat, boleh mulakan aktiviti senaman. Kajian menunjukkan, rutin senaman pagi yang kita buat secara konsisten lebih banyak mempengaruhi semangat dan peningkatan kualiti kehidupan. Nampak tak ‘power’nya didikan Islam untuk kita?

2. Beri masa 5 minggu – Ada sorang pakar ‘personal training’ cakap, untuk nampak kesan yang berbeza dalam tubuh (hasil bersenam), kena ambil masa lebih kurang 6 minggu. Tapi, saya rasa kita telah lama ditunjukkan jalan dan caranya. Puasa sebulan Ramadhan (4 minggu) ditambah puasa 6 hari dalam bulan Syawal. Jumlahnya, lebih kurang 5 minggu. Inilah tempoh masa yang perlu kita buat sungguh-sungguh untuk mencapai tahap konsisten dalam aktiviti bersenam (terpakai juga untuk aktiviti lain). Bila dah dapat rentak, kita akan menghargai rentak baru yang lebih berharga dan bermakna!

Apps Runkeeper untuk kira kalori senaman 3. Pilih senaman yang kita suka –  Ini penting. Banyak jenis senaman yang boleh kita cuba. Berlari, joging, berjalan, berbasikal, menari dan macam-macam lagi. Cuba dulu satu jenis senaman untuk dapatkan ‘feel’ yang mendalam. Dah rasa ok, cuba lagi senaman lain. Kepelbagaian senaman memberikan otot dan badan kita berfungsi dengan baik.

4. Gunakan kelebihan teknologi – Macam-macam Apps yang ada untuk beri kita keseronokan bersenam. Contohnya, Apps Runkeeper (Google Play & Itunes). Boleh guna untuk kira berapa banyak kalori yang sudah dibakar. Jenis senaman yang ada untuk dilakukan. Gunakan kelebihan teknologi yang ada untuk tingkatkan motivasi dan semangat untuk bersenam. Memang lebih seronok! Cubalah.

5. Cari jurulatih – Ramai juga yang pilih cara ni. Bila ada jurulatih, kita akan lebih serius. Sebab kita dah bayar jurulatih tu. Ada yang pilih jurulatih di gym. Ada juga kisahnya, siap ‘nangis-nangis’ nak habiskan rutin senaman harian di hari pertama. Biasalah. Nak kembali cergas bukannya senang, tapi tu semua tak mustahil.

Perkara paling penting dalam apa jua perkara pastinya ILMU. Kalau berminat, boleh cuba juga baca dan praktikkan “Ilmu Teknik Miliki Tubuh Yang Sihat, Berotot & Ramping Tanpa Ubat” yang dikongsikan oleh Hafiz Wasa di bawah;

Teknik Senaman Bakar Lemak dengan Pantas dan Berkesan!- KLIK SINI

Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Nak sihat, kenalah amalkan gaya hidup yang sihat dan sentiasalah berdoa moga-moga diberikan kesihatan yang baik. InsyaAllah, diberkatiNYA.

“Jom Bersama Menyelami Erti Pengorbanan Sempena Hari Raya I’dulAdha”

@hafizmd – 5 cara kekalkan semangat untuk bersenam. Anda ada cara lain? Silakan berkongsi di bawah yer…