8 Cara Menguruskan Badan dengan Selamat
Cara menguruskan badan dengan selamat. Tips kuruskan badan harus berkesan selamat tanpa ubat. Jom baca cara menguruskan badan!
Cara nak menguruskan badan – Tahu berat badan anda
Paling utama dalam proses untuk menguruskan badan ialah kita tahu status berat badan kita. Kira Indek Jisim Badan (BMI) kita Baru tahu status berat badan kita samada berat badan rendah, normal, berat berlebihan dan obes.
- Bawah 18.5: Berat badan rendah.
- 18.5 – 24.9: Berat badan normal.
- 25 – 29.9: Berat badan berlebihan
- 30 ke atas: Obesiti
Nota: Formula di atas tak boleh digunapakai jika;
- Umur bawah 18 tahun dan lebih 64 tahun.
- Mengandung atau sedang menyusukan anak.
- Seorang ahli sukan yang aktif.
8 cara menguruskan badan dengan selamat
Sebelum anda baca cara menguruskan badan di bawah, paling penting untuk tetapkan dalam minda bahawa semuanya boleh dicapai termasuklah misi kuruskan badan! Berapa kilo berat badan yang anda impikan boleh dicapai dengan syarat anda jaga pemakanan dan hidup secara aktif dan lebih sihat.
InsyaAllah, cara-cara menguruskan badan yang saya kongsikan di bawah diharap membantu anda untuk mencapai berat badan ideal. Mungkin dah banyak kali dibaca, tetapi ia takkan bawa kesan jika kita hanya membaca tanpa ambil tindakan untuk mulakan gaya hidup yang lebih sihat!
1. Tetapkan matlamat. Contohnya tulis atas kertas besar-besar. Misi kita nak kuruskan badan 10% daripada berat kita sekarang dalam masa 6 bulan. Kalau berat kita sekarang ialah 80 kg. 10% ialah 8 kg. Jadi, sekitar hanya 1.3 kg sebulan. Mesti boleh punyalah! Yakin boleh!
2. Turunkan berat badan secara konsisten. Penting untuk tidak terlalu ekstrem dalam usaha kuruskan badan anda. Disarankan untuk turunkan berat badan sekitar 0.5 kg seminggu. Bagaimana? Jaga pemakanan anda. Jangan ambil makanan tinggi kalori. Boleh baca entri di sini iaitu “Cara kira kalori untuk menguruskan badan”
3. Kawal nafsu makan. Ini mungkin cabaran paling sukar! Makan bila perlu, kerap dan lebih kecil bahagiannya setiap kali makan. Jangan tinggalkan sarapan pagi. Kalau tak, nanti tersangat lapar bila tiba waktu makan tengahari. Habislah dibedalnya nanti! Betul tak? Baca entri ini, “5 cara potong kalori dalam menu harian anda“
4. Kurangkan makanan bergoreng dan berlemak. Bukan suruh tak makan, tapi kurangkan. Boleh?
5. Pilih cara memasak lebih sihat iaitu dengan cara kukus, rebus dan panggang! Ayam panggang lada hitam. Sedap jugakan? Atau boleh cuba resepi ini iaitu “Resepi ayam panggang cendawan shitake!”
6. Lebihkan makan sayur. Ulam, sayur dan buah memang sangatlah bagus untuk kesihatan. Kurangkan jumlah nasi dan lebihkan makan 3 perkara ni dalam menu harian. Mula-mula memang payah juga anak tekak nak terima, tapi bila dah biasa pasti lebih senang. Badan pun lebih ringan dan badan lebih kurus.
7. Kurangkan makan/minuman manis. Secawan teh/kopi + sesudu gula + 1/4 susu rendah lemak = 50 kalori. Jadi paling mudah, gantikan dengan air kosong yang 0 kalori. Lagipun, air kosong banyak khasiatnya. Boleh baca di entri ini, “879 sebab kenapa air kosong bagus untuk kesihatan dan boleh menguruskan badan!”
8. Hidup lebih aktif. Maknanya pastikan kita lebih banyak bergerak dalam aktiviti harian kita. Berjalan biarlah lebih banyak berbanding duduk sepanjang hari mengadap komputer. Luangkan masa untuk tingkatkan aktiviti harian dengan berjalan, berjoging, berzumba, menari seorang diri dalam bilik di rumah dan lain-lain aktiviti. Ini semua cara menguruskan badan anda dengan selamat.
Ini antara banyak cara untuk anda cuba dalam proses menguruskan badan. Ingat, tetapkan matlamat dalam masa 6 bulan. Ambil masa untuk kembalikan kecergasan badan anda dengan aktiviti santai bersama keluarga. Ajak suami dan anak-anak untuk turut serta dengan aktiviti aktif anda. Pasti lebih seronok dan kurang tekanannya!
Selamat mencuba dengan 8 cara menguruskan badan anda dengan selamat! Ini juga petua untuk kuruskan badan tanpa ubat =)
@hafizmd – Paling mudah bagi saya ialah kawal minum/makan makanan manis. Memang berkesan untuk turunkan berat badan!
Hope dapat diamalkan…
sama2lah kita beramal dgn cara menguruskan badan ni..
tang cara lain ok je, bab kawal nafsu tu susah… hohoho
minum air banyak-banyak kata orang akan mampu lawan rasa lapar
hahahaha..tang nafsu makan ni…payah jugak..ehehe
Petua yang baik untuk diamalkan bukan saja pada yang nak kuruskan badan. Tq for sharing
nak kena dapatkan nasihat buat mereka yang pakar.. tup2 takut salah cara.. huhu
yelah mesti ada petunjuk kalau main ikut hati diet bahaya juga itu kurus eh akan datang naik balik bahaya sungguh
kuruskan jugalah baru kacak dan cantik tak gitu admin 😉
dengar perkataan obesiti terus cuak. memang rajib pelbagai peringkat usia kita bersenam dan menjaga kesihatan untuk kesejahteraan sekarang dan masa akan datang
Harap lepas ni bro boleh bagi tips bagaimana untuk mengatasi masalah mereka yang terlalu kurus..
Sebab, kalau ikut BMI, saya kategori yang terlalu kurus..kalau bro tulis nanti, ada la panduan untuk saya ikut..
kena kawal pemakanan dan rajin bersenam.
itu aje dah cukup nak kuruskan badan. hoho
cara yang lebih natural ni memang terbaik, jom kita buat secara konsisten…
Taknak kurus.. Nak gemuk…
Perut kawe boroi semulajadi ehh. Payah nak kempis kecuali dalam keadaan hibernate. Apa-apa pun yg penting semua orang perlu jaga kesihatan dan bukan setakat nak glamer body cantik. Zaman ni byk betul penyakit yg ada disebabkan terutamanya oleh lemak dan gula. Take care semua.
Ngamlah bro. Yg penting sihat.Ada yg badan kurus, kolesterol tinggi jugak.
so, jga kesihatan dan jaga penampilan.boroi pun hensem ape..hehe
Hat no 3 tu yg susah sikit tu..
Nafsu makan sentiasa membuak-buak..hahaa 🙂
disiplin pun penting gak….kalau takde disiplin memanglah boroi balik
Haha..BMI saya masih berada dalam golongan muda remaja lagi ni..hehe..
bile nak kurus ni T__T hahaha jual ubat kurus kitepn xkurus mane haha 😛
http://www.nadiasecreto.com
betul tu. gula antara penyebab kenaikkan berat badan. tapi ramai yang tak sedar. ramai yang nampak, nasi je jadi penyebab utama
Tips yang berguna dan bermanfaat, boleh di amalkan , terima kasih bro
berat badan ni adalah penting ..nanti obes bahaya..
Risau juga. Makanan kat Malaysia ni sedap2..hehe
thanks tips tu bro..
mmg kena makan byk sayur dan buahan2..
lagi2 bila umur semakin meningkat dan organ dalam badan tidak sehebat masa muda dulu.. heee
Betul tu bro. Umur dah mkin byk kenalah kite jaga2 mana yg patut.
Terima kasih kembali bro
Control makan jangan makan yang berlemak. Banyakkan pergerakan, kalau banyak duduk diam depan laptop je memang mudah nak ternak lemak. hehe… kalau yang perempuan, boleh cuba pakai girdle 🙂
Cara menguruskan badan sambil mengadap laptop xde ke ?
ada…caranya ialah dengan psang tarian kuruskan badan kat laptop…pastu ikut tarian tu sampai berpeluh…hehehehe
Kawal nafsu makan tu susah nak dipraktikkan tetapi amat berkesan untuk mangawal berat badan
nice sharing, nk kurus ni kena disiplin dan nekad 🙂
Panduan dan tips pengurusan berat badan yang amat baik sekali.
Menarik artikel ni.mmg tengah nk turunkan berat badan ni
Saya sudahpun mengurangi nasi, bahkan teramat kurang namun susah untuk kurus.
JGN PERCAYA IKLAN TAWARKN.KURUS DLM MASA YG SINGKAT…
KERANA . . mgkin ade BAHAN BERACUN
AMALKN DIET YG SEIMBANG… dan pilih suplement yg membantu untuk penurunan badan secara sihat dan selamat…
Sharing is caring
dah lebih 10 tahun saya berdiet dan macam2 jenis diet yang saya amalkan, yang selamat, yang rase cam nak mati pun ade, padahal saya student food science and nutrition zaman kat ukm dulu… Sekarang saya dah tak obses sangat nak slim, lebih pada nak sihat dan fit so senang nak buat ape aktiviti pun… sekarang saya banyak bantu orang tuk kurus cara yang sihat dan selamat, 1 hal yang saya perhatikan dalam diri saya dan diri orang lain ialah kalau betul nak slim mesti kene besabar banyak2, jangan mudah putus asa, jangan mengalah pada diri sendiri dan hasutan orang yang lemahkan semangat kita nak kurus dan sentiasa kuat semangat… sebab lawan untuk slim ialah diri kita sendiri, cume pemberani sahaja yang akan menang!
Harapan Baru untuk kurus dari pengalaman Teman Blogger yang satu ini..
terimakasih kak, aku sudah ingin kurus lama namun selalu sulit untuk mencoba mengurangi makanan 🙁
Perkongsian yang bermanfaat. Jaga pemakanan dan bersenam memang tidak dapat dielakkan untuk kurus.
Mau kuruskan badan dengan cepat sepertinya dengan puasa sunnah deh… hehe… lebih cepat dan sehat
ni betul-betul meng-urus badan ni.
Yang penting amalakan secara teratur dan istqamah baru boleh dapat hasil yang diinginkan