5 Cara Super Mudah ‘Potong’ Jumlah Kalori Dalam Menu Harian!

cara mudah kuruskan badan dengan cepat

Assalamua’laikum.

Kuruskan Badan? 5 Cara Mudah ‘Potong’ Jumlah Kalori Dalam Menu Harian. Boleh kata, setiap makanan dan minuman yang kita ambil ada jumlah kalorinya. Jumlah kalori berlebihan yang kita makan, kalau tak dibakar akan akan ditukar jadi lemak simpanan. Sudahnya, bertambah banyak lemak. Paling banyak, pastinya di perut kita. Tapak simpanan lemak terbesar dan tak terkalah! Ayuh sama-sama kita niat kuruskan badan dengan betul dan selamat tanpa ubat!

Petua nak kuruskan badan dengan kira kalori

Kalau nak kuruskan badan, ada cita-cita murni nak kurangkan berat badan sekilo dua ataupun 10-20 kilo, takde jalan mudah ke villa nabila untuk kurus. Jalannya kena konsisten bersenam dan kena jaga pemakanan. Waima celah mana pun kalau nak kurus, memang tak boleh lari daripada dua asas penting ni. Senaman dan makanan. Bab kawal nafsu makan, ramai jugak yang gagal. Maklumlah, kalau dah isteri masak kambing panggang bergolek-golek, ada budu ikan panggang lagi…mana nak tahan! ALASAN! hahaha…

Ok. Jom kita pakat baca 5 petua/cara untuk potong jumlah kalori dalam setiap hidangan menu harian kita. Ingat satu perkara, misi utama dalam niat murni nak kuruskan badan ni ialah KALORI (kcal). Kita kasi potong itu kalori dalam menu harian. Baca cara-cara di bawah;

1. Tukar air minuman – 50 kcal kepada 0 kcal. Teh/Kopi + 1 sudu gula + 1/4 susu rendah lemak (Kalori = 50kcal). Tukar minum minum air kosong yang 0 kalori. Senangkan? Ataupun boleh cuba minum dalam cawan lebih kecil atau kurangkan jumlah gula. Gula mahal sekarangkan? Cara yang ni paling mudah untuk dibuat. InsyaAllah, boleh kurangkan berat badan dalam <1kg dalam masa 1-2 minggu.

2. Hadkan ambil saiz bahagian makanan – Contohnya,  ambil potongan ayam yang kecil. Ambil dalam 2-4 potongan dah cukup. Anggaran kalori jumlah berat potongan ayam kecil dalam 170 kcal. Kalau ambil ayam besar berat dalam 120g, kalorinya dah cecah 250kcal. Jadi, tipsnya ialah ambil small portion. Lebihkan hidangan sayur-sayuran.

cara mudah kuruskan badan dengan cepat
Nak kurus kena bersenam dan jaga makan…hoho

3. Masak sendiri – Ini paling senang. Kita yang masak, jadi kita boleh kawal jumlah gula, garam dan perasa dalam menu harian. Contohnya, 1 sudu teh gula = 20 kalori. 1 sudu teh minyak masak = 45 kalori. Kalau kita kurangkan penggunaannya, sah-sah menu harian kita lebih sihat dan membantu dalam usaha untuk menguruskan badan.

4. Tukar saiz pinggan – Ini psikologi. Mungkin tak berkesan, tapi kalau niat kuat nak pakai seluar saiz masa muda-muda dulu, memang boleh menjadi taktik ni. Tukar pinggan lebih kecil, jadi makanan dah nampak penuh sepinggan. Psiko minda kita untuk belajar makan dalam kuantiti sedikit tapi kerap ikut saiz yang mencukupi.

5. Makan kek cawan, bukannya kek besar – Tak dinafikan, coklat dan yang seangkatan dengannya ni memang dah jadi feveret. Mungkin ada yang buat stok dalam peti sejuk. Kalau dah rasa tak boleh hidup tanpa kek dan coklat, cubalah beli yang jenis kek cawan tu. Coklat pulak jenis bar kecil-kecil. Jangan beli yang super jumbo punya saiz. Bila masa nak kuruskan badan kalau lepas bersenam membedal makanan manis ni semua?

Semuanya bukan mudah kalau takde ahli keluarga dan kawan untuk support kita. Jadi, carilah geng untuk laksanakan misi murni kuruskan badan ni. InsyaAllah, momentumnya lebih power dan berkesan. Tetapkan sasaran dan cuba capai. Perlahan takpe, janji ada progress. Jangan terburu-buru bedal ubat yang pelik-pelik, nanti badan tak kurus mana, sakit lain pula yang tiba.

@hafizmd – Selamat bersenam. Selamat jaga pemakanan. “Moga-moga dengan badan yang sihat meningkatkan kualiti amal ibadat.