8 Cara Menguruskan Badan dengan Selamat

- 27 April 2014. Updated 24 August 2016Kesihatan

Cara menguruskan badan dengan selamat. Tips kuruskan badan harus berkesan selamat tanpa ubat. Jom baca cara menguruskan badan!

cara menguruskan badan

Cara menguruskan badan dengan minum air kosong?

Cara nak menguruskan badan – Tahu berat badan anda

Paling utama dalam proses untuk menguruskan badan ialah kita tahu status berat badan kita. Kira Indek Jisim Badan (BMI) kita Baru tahu status berat badan kita samada berat badan rendah, normal, berat berlebihan dan obes.

cara mengurangkan berat badan kira BMI badan

Kira BMI anda sekarang.

  • Bawah 18.5: Berat badan rendah.
  • 18.5 – 24.9: Berat badan normal.
  • 25 – 29.9: Berat badan berlebihan
  • 30 ke atas: Obesiti

Nota: Formula di atas tak boleh digunapakai jika;

  1. Umur bawah 18 tahun dan lebih 64 tahun.
  2. Mengandung atau sedang menyusukan anak.
  3. Seorang ahli sukan yang aktif.

8 cara menguruskan badan dengan selamat

Sebelum anda baca cara menguruskan badan di bawah, paling penting untuk tetapkan dalam minda bahawa semuanya boleh dicapai termasuklah misi kuruskan badan! Berapa kilo berat badan yang anda impikan boleh dicapai dengan syarat anda jaga pemakanan dan hidup secara aktif dan lebih sihat.

InsyaAllah, cara-cara menguruskan badan yang saya kongsikan di bawah diharap membantu anda untuk mencapai berat badan ideal. Mungkin dah banyak kali dibaca, tetapi ia takkan bawa kesan jika kita hanya membaca tanpa ambil tindakan untuk mulakan gaya hidup yang lebih sihat!

1. Tetapkan matlamat. Contohnya tulis atas kertas besar-besar. Misi kita nak kuruskan badan 10% daripada berat kita sekarang dalam masa 6 bulan. Kalau berat kita sekarang ialah 80 kg. 10% ialah 8 kg. Jadi, sekitar hanya 1.3 kg sebulan. Mesti boleh punyalah! Yakin boleh!

2. Turunkan berat badan secara konsisten. Penting untuk tidak terlalu ekstrem dalam usaha kuruskan badan anda. Disarankan untuk turunkan berat badan sekitar 0.5 kg seminggu. Bagaimana? Jaga pemakanan anda. Jangan ambil makanan tinggi kalori. Boleh baca entri di sini iaitu “Cara kira kalori untuk menguruskan badan

3. Kawal nafsu makan. Ini mungkin cabaran paling sukar! Makan bila perlu, kerap dan lebih kecil bahagiannya setiap kali makan. Jangan tinggalkan sarapan pagi. Kalau tak, nanti tersangat lapar bila tiba waktu makan tengahari. Habislah dibedalnya nanti! Betul tak? Baca entri ini, “5 cara potong kalori dalam menu harian anda

cara menguruskan badan yang betul

Kejar belon tiap-tiap petang pun boleh menguruskan badan!

4. Kurangkan makanan bergoreng dan berlemak. Bukan suruh tak makan, tapi kurangkan. Boleh?

5. Pilih cara memasak lebih sihat iaitu dengan cara kukus, rebus dan panggang! Ayam panggang lada hitam. Sedap jugakan? Atau boleh cuba resepi ini iaitu “Resepi ayam panggang cendawan shitake!”

6. Lebihkan makan sayur. Ulam, sayur dan buah memang sangatlah bagus untuk kesihatan. Kurangkan jumlah nasi dan lebihkan makan 3 perkara ni dalam menu harian. Mula-mula memang payah juga anak tekak nak terima, tapi bila dah biasa pasti lebih senang. Badan pun lebih ringan dan badan lebih kurus.

7. Kurangkan makan/minuman manis. Secawan teh/kopi + sesudu gula + 1/4 susu rendah lemak = 50 kalori. Jadi paling mudah, gantikan dengan air kosong yang 0 kalori. Lagipun, air kosong banyak khasiatnya. Boleh baca di entri ini, “879 sebab kenapa air kosong bagus untuk kesihatan dan boleh menguruskan badan!”

8. Hidup lebih aktif. Maknanya pastikan kita lebih banyak bergerak dalam aktiviti harian kita. Berjalan biarlah lebih banyak berbanding duduk sepanjang hari mengadap komputer. Luangkan masa untuk tingkatkan aktiviti harian dengan berjalan, berjoging, berzumba, menari seorang diri dalam bilik di rumah dan lain-lain aktiviti. Ini semua cara menguruskan badan anda dengan selamat.

Perlukan supplemen untuk tingkatkan metabolisma badan dan turunkan berat badan? Ini untuk anda!

cara nak beli 6tropin murah online

Ini antara banyak cara untuk anda cuba dalam proses menguruskan badan. Ingat, tetapkan matlamat dalam masa 6 bulan. Ambil masa untuk kembalikan kecergasan badan anda dengan aktiviti santai bersama keluarga. Ajak suami dan anak-anak untuk turut serta dengan aktiviti aktif anda. Pasti lebih seronok dan kurang tekanannya!

Selamat mencuba dengan 8 cara menguruskan badan anda dengan selamat! Ini juga petua untuk kuruskan badan tanpa ubat =)

@hafizmd – Paling mudah bagi saya ialah kawal minum/makan makanan manis. Memang berkesan untuk turunkan berat badan!

{ 42 comments… read them below or add one }

sukma April 27, 2014 at 4:54 pm

Hope dapat diamalkan…
Baca entri terkini Blogger sukma´s: Nuffnang – Astro Gempak

Reply

hafizmd April 29, 2014 at 1:12 am

sama2lah kita beramal dgn cara menguruskan badan ni..
Baca entri terkini Blogger hafizmd´s: 8 Cara Menguruskan Badan dengan Selamat

Reply

farzli April 27, 2014 at 5:36 pm

tang cara lain ok je, bab kawal nafsu tu susah… hohoho
Baca entri terkini Blogger farzli´s: Tingkatkan sekuriti blog wordpress !

Reply

suri April 28, 2014 at 11:38 am

minum air banyak-banyak kata orang akan mampu lawan rasa lapar
Baca entri terkini Blogger suri´s: Kasut Jururawat Cahayacinta.com

Reply

hafizmd April 29, 2014 at 1:13 am

hahahaha..tang nafsu makan ni…payah jugak..ehehe
Baca entri terkini Blogger hafizmd´s: 8 Cara Menguruskan Badan dengan Selamat

Reply

Mohd Shubhi April 27, 2014 at 10:31 pm

Petua yang baik untuk diamalkan bukan saja pada yang nak kuruskan badan. Tq for sharing
Baca entri terkini Blogger Mohd Shubhi´s: Bila Bahasa Melayu akan ganti bahasa inggeris

Reply

zik April 28, 2014 at 12:47 am

nak kena dapatkan nasihat buat mereka yang pakar.. tup2 takut salah cara.. huhu
Baca entri terkini Blogger zik´s: Keputusan chelsea vs liverpool 27 april 2014(video highlights)

Reply

suri April 28, 2014 at 11:38 am

yelah mesti ada petunjuk kalau main ikut hati diet bahaya juga itu kurus eh akan datang naik balik bahaya sungguh
Baca entri terkini Blogger suri´s: Ephyra Masam-Masam Manis

Reply

suri April 28, 2014 at 11:36 am

kuruskan jugalah baru kacak dan cantik tak gitu admin 😉
Baca entri terkini Blogger suri´s: Panduan Cara Memilih Langsir Dapur Murah Dan Moden Ala Inggris Roman Blind Yang Sesuai Dengan Kediaman

Reply

suri April 28, 2014 at 11:40 am

dengar perkataan obesiti terus cuak. memang rajib pelbagai peringkat usia kita bersenam dan menjaga kesihatan untuk kesejahteraan sekarang dan masa akan datang
Baca entri terkini Blogger suri´s: Aduh Sayang Tekanan Dalaman Dan Luaran Kemurungan Semasa Hamil

Reply

Hairul Azni April 28, 2014 at 1:41 pm

Harap lepas ni bro boleh bagi tips bagaimana untuk mengatasi masalah mereka yang terlalu kurus..
Sebab, kalau ikut BMI, saya kategori yang terlalu kurus..kalau bro tulis nanti, ada la panduan untuk saya ikut..
Baca entri terkini Blogger Hairul Azni´s: Hana Kena Chicken Pox

Reply

titan April 28, 2014 at 5:58 pm

kena kawal pemakanan dan rajin bersenam.

itu aje dah cukup nak kuruskan badan. hoho
Baca entri terkini Blogger titan´s: 14 Teknik Super Ajaib gaya Denaihati untuk dapat banyak komen diblog korang.

Reply

Denaihati April 28, 2014 at 9:04 pm

cara yang lebih natural ni memang terbaik, jom kita buat secara konsisten…
Baca entri terkini Blogger Denaihati´s: Hasrul Hassan Pakar SEO Malaysia

Reply

Ammar April 28, 2014 at 9:40 pm

Taknak kurus.. Nak gemuk…
Baca entri terkini Blogger Ammar´s: HATI SEORANG PENGANTIN

Reply

Ismail N April 28, 2014 at 10:03 pm

Perut kawe boroi semulajadi ehh. Payah nak kempis kecuali dalam keadaan hibernate. Apa-apa pun yg penting semua orang perlu jaga kesihatan dan bukan setakat nak glamer body cantik. Zaman ni byk betul penyakit yg ada disebabkan terutamanya oleh lemak dan gula. Take care semua.
Baca entri terkini Blogger Ismail N´s: Blow Out SALE At Lazada: Discount Up To 90%

Reply

Hafizmd April 28, 2014 at 11:09 pm

Ngamlah bro. Yg penting sihat.Ada yg badan kurus, kolesterol tinggi jugak.

so, jga kesihatan dan jaga penampilan.boroi pun hensem ape..hehe

Reply

Myra Jay April 29, 2014 at 10:48 am

Hat no 3 tu yg susah sikit tu..
Nafsu makan sentiasa membuak-buak..hahaa :)
Baca entri terkini Blogger Myra Jay´s: Lasagna Telur Bercheese

Reply

hafiz April 29, 2014 at 3:28 pm

disiplin pun penting gak….kalau takde disiplin memanglah boroi balik
Baca entri terkini Blogger hafiz´s: Panduan peperiksaan Akauntan W41

Reply

Hafizul April 29, 2014 at 4:30 pm

Haha..BMI saya masih berada dalam golongan muda remaja lagi ni..hehe..
Baca entri terkini Blogger Hafizul´s: Perkara PALING BAHAGIA Dalam Rumahtangga

Reply

Cik Nad April 30, 2014 at 12:48 pm

bile nak kurus ni T__T hahaha jual ubat kurus kitepn xkurus mane haha 😛

http://www.nadiasecreto.com
Baca entri terkini Blogger Cik Nad´s: Untuk Pertama Kali…

Reply

azwan April 30, 2014 at 9:40 pm

betul tu. gula antara penyebab kenaikkan berat badan. tapi ramai yang tak sedar. ramai yang nampak, nasi je jadi penyebab utama
Baca entri terkini Blogger azwan´s: Tukar Nama Demi Machester United

Reply

Nutri Bullet May 1, 2014 at 12:11 am

Tips yang berguna dan bermanfaat, boleh di amalkan , terima kasih bro
Baca entri terkini Blogger Nutri Bullet´s: What Is A Nutri Bullet ?

Reply

syaifuddin alias May 5, 2014 at 12:13 pm

berat badan ni adalah penting ..nanti obes bahaya..
Baca entri terkini Blogger syaifuddin alias´s: Isteri Sihir Suami, Suami Balas Dendam Sihir Isteri

Reply

Hafizmd May 6, 2014 at 11:53 am

Risau juga. Makanan kat Malaysia ni sedap2..hehe

Reply

Hairul Hissam May 6, 2014 at 8:59 am

thanks tips tu bro..
mmg kena makan byk sayur dan buahan2..
lagi2 bila umur semakin meningkat dan organ dalam badan tidak sehebat masa muda dulu.. heee
Baca entri terkini Blogger Hairul Hissam´s: Cara Penipu Online Menipu Wang Mangsa di Internet & Kisah Cikgu Jual Bun Di Kantin Senyap2.

Reply

Hafizmd May 6, 2014 at 11:14 am

Betul tu bro. Umur dah mkin byk kenalah kite jaga2 mana yg patut.

Terima kasih kembali bro

Reply

Sya Isya May 28, 2014 at 8:51 pm

Control makan jangan makan yang berlemak. Banyakkan pergerakan, kalau banyak duduk diam depan laptop je memang mudah nak ternak lemak. hehe… kalau yang perempuan, boleh cuba pakai girdle :)
Baca entri terkini Blogger Sya Isya´s: JANA DUIT TANPA MODAL DENGAN ILANCEE.COM

Reply

paan June 14, 2014 at 3:28 pm

Cara menguruskan badan sambil mengadap laptop xde ke ?

Reply

Hafizmd June 17, 2014 at 9:39 pm

ada…caranya ialah dengan psang tarian kuruskan badan kat laptop…pastu ikut tarian tu sampai berpeluh…hehehehe

Reply

Free Tips June 22, 2014 at 1:54 am

Kawal nafsu makan tu susah nak dipraktikkan tetapi amat berkesan untuk mangawal berat badan

Reply

ell June 25, 2014 at 11:35 am

nice sharing, nk kurus ni kena disiplin dan nekad :)
Baca entri terkini Blogger ell´s: CARA MENGHILANGKAN JERAWAT DENGAN MUDAH DAN BERKESAN

Reply

Bina Keluarga Bahagia August 9, 2014 at 2:44 pm

Panduan dan tips pengurusan berat badan yang amat baik sekali.
Baca entri terkini Blogger Bina Keluarga Bahagia´s: Tips Dan Panduan Menurunkan Berat Badan

Reply

Aishah Ahmad August 13, 2014 at 8:02 am

Menarik artikel ni.mmg tengah nk turunkan berat badan ni
Baca entri terkini Blogger Aishah Ahmad´s: Jenama supplemen EPO Terbaik

Reply

nanang October 7, 2014 at 3:15 pm

Saya sudahpun mengurangi nasi, bahkan teramat kurang namun susah untuk kurus.

Reply

ibusara October 25, 2014 at 9:55 pm

JGN PERCAYA IKLAN TAWARKN.KURUS DLM MASA YG SINGKAT…
KERANA . . mgkin ade BAHAN BERACUN

AMALKN DIET YG SEIMBANG… dan pilih suplement yg membantu untuk penurunan badan secara sihat dan selamat…
Sharing is caring

Reply

norulhuda October 27, 2014 at 11:01 am

dah lebih 10 tahun saya berdiet dan macam2 jenis diet yang saya amalkan, yang selamat, yang rase cam nak mati pun ade, padahal saya student food science and nutrition zaman kat ukm dulu… Sekarang saya dah tak obses sangat nak slim, lebih pada nak sihat dan fit so senang nak buat ape aktiviti pun… sekarang saya banyak bantu orang tuk kurus cara yang sihat dan selamat, 1 hal yang saya perhatikan dalam diri saya dan diri orang lain ialah kalau betul nak slim mesti kene besabar banyak2, jangan mudah putus asa, jangan mengalah pada diri sendiri dan hasutan orang yang lemahkan semangat kita nak kurus dan sentiasa kuat semangat… sebab lawan untuk slim ialah diri kita sendiri, cume pemberani sahaja yang akan menang!
Baca entri terkini Blogger norulhuda´s: Motivasi Terkuat Untuk Kurus

Reply

syutrav February 20, 2015 at 7:55 pm

Harapan Baru untuk kurus dari pengalaman Teman Blogger yang satu ini..

terimakasih kak, aku sudah ingin kurus lama namun selalu sulit untuk mencoba mengurangi makanan :(
Baca entri terkini Blogger syutrav´s: Tempat Wisata Terbaik di China yang Wajib di Kunjungi

Reply

Hanim February 26, 2015 at 12:55 pm

Perkongsian yang bermanfaat. Jaga pemakanan dan bersenam memang tidak dapat dielakkan untuk kurus.

Reply

Kosmetik Herbal Alami April 25, 2015 at 12:46 pm

Mau kuruskan badan dengan cepat sepertinya dengan puasa sunnah deh… hehe… lebih cepat dan sehat
Baca entri terkini Blogger Kosmetik Herbal Alami´s: Cream a-DHA White Series Original Paket Eksklusif

Reply

imah May 15, 2015 at 7:11 am

ni betul-betul meng-urus badan ni.

Reply

Jom Kuruskan Badan May 21, 2015 at 1:07 am

Yang penting amalakan secara teratur dan istqamah baru boleh dapat hasil yang diinginkan
Baca entri terkini Blogger Jom Kuruskan Badan´s: 7 Makanan Pembakar Lemak Terhebat!

Reply

kauthar mohd May 18, 2017 at 12:16 am

tq for tips. kadang tu dah tau tapi pura2 tak tau..hehe. bila selalu bc perkongsian orang barulah rasa sedar diri.
Baca entri terkini Blogger kauthar mohd´s: Kesan Epidural yang anda perlu tahu

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge