5 Tips Rumah Tangga Pasangan Baru Kahwin

Assalamua’laikum.
Tips Rumah Tangga. Suami dan isteri. Kedua-duanya punya tanggungjawab bersesuaian dengan peranan masing-masing. Buat pasangan yang baru kahwin, rumah tangga pastinya menjadi perkara terbesar yang berlaku dalam kehidupan peribadi mereka. Kalau sebelumnya, semuaya nafsi-nafsi, sekarang semuanya berkongsi. Sungguh, perkahwinan bakal memberi seribu keistimewaan buat pencari redha Tuhan.
Tips Rumah Tangga Pasangan Baru Kahwin
Saya kahwin selepas setahun saya mula bekerja. Cabarannya pasti bermula sebelum akad nikah. Persediaan mental dan fizikal benar-benar menuntut bakal pengantin menjiwai peranan yang bakal disandang dalam beberapa bulan mendatang.
1. Tips Rumah Tangga – Sedia fizikal mental. Bermula dengan cabaran mengumpul sumber kewangan hanya dalam masa setahun benar-benar menuntut banyak pengorbanan. Makan tak cukup, tidur tak lena. Perkara biasa. Pertanyaan rakan-rakan yang sinis dengan niat baik. Semua ni, hanyalah godaan. Kita nak buat perkara baik. Letak tepi semua itu. Inilah antara langkah awal yang membuktikan seorang lelaki sudah bersedia menjadi seorang suami. Bakal isteri pasti akan lebih kagum dan yakin dengan kesungguhan bakal pasangannya, walaupun pasti keduanya sedar “duit bukan segala-galanya.”
2. Tips Rumah Tangga – Terima pasangan seadanya. Ini penting. Masa bercinta mungkin lain selepas masa si dia menjadi pasangan kita. Lupakan semua tu. Sekarang, masing-masing sudah menjadi pasangan suami isteri. Menerima kekurangan pasangan adalah langkah paling tepat untuk memulakan sebuah perkongsian hidup. Andai isteri kurang pandai memasak, berikanlah galakan kepada isteri. Bukan memerli isteri apatah lagi di depan keluarga kita. Itu pasti akan mengundang bekas yang dalam dalam hati isteri. Kelebihan yang ada, wajar dirai bersama. Kita suami isteri, bukan lagi nafsi-nafsi, tapi kita berkongsi.

3. Tips Rumah Tangga – Puji dan tegur bertempat. Isteri mana yang tak suka dipuji. Lebih-lebih lagi oleh suami sendiri. Suami pula, banyak yang sukar untuk lafaz kata-kata pujian melainkan mungkin ada ‘udang di sebalik maggi ketam.’ Usahalah untuk memberi pujian kepada isteri. Lebih-lebih lagi jika isteri kita ada buat perubahan pada diri mereka. Contohnya isteri baru lepas potong rambut. Pujilah isteri, “sayang nampak lebih comel rambut pendek…abang sukalah.” Senang sajakan?
4. Tips Rumah Tangga – Saling percaya. Ini penting. Kalau percaya, insyaAllah tiada istilah curang dan main kayu tiga. Bila sudah diberi kepercayaan, janganlah dikhianati. Mana ada manusia yang suka dikhianati. Perempuan, yakni isteri memang pantang kalau suaminya menipu. Sekali terluka, payah nak diubati. Percayalah. Ia akan masa bertahun untuk benar-benar mengubati luka sebegini.
5. Tips Rumah Tangga – Jadikan rutin untuk makan bersama. Satu perkara yang amat melekat dalam hidup saya ialah bagaimana Ma dan Abah saya sentiasa makan bersama. Kami diajar untuk sentiasa duduk makan bersama. Paling tidak ialah makan malam. Pasti lengkap kami sekeluarga mengadap hidangan masakan Ma tercinta. Inilah resepi terbaik yang Ma & Abah perturunkan kepada kami. Inilah saatnya untuk bermesra dengan anak-anak dan isteri. Saling senduk menyenduk dan saling bertambah nasi. Cukup menggembirakan!
Inilah sekadar coretan ringkas tips rumah tangga yang sempat saya kongsikan. Ianya pasti ingatan khas untuk diri saya sendiri. Maklumlah, saya masih muda remaja…hehe…Saya kahwin di usia 24 tahun. Sekarang baru ada 2 cahayamata. Alhamdulillah, dikurnia isteri yang cukup lengkap di sisi saya. Alhamdulillah.
Entri ini juga meraikan ulangtahun perkahwinan blogger ‘Hidup Untuk Memberi,’ Tuan Ilham. Boleh terjah entri beliau di sini –> Suami Isteri Bukan Untuk Dimiliki
Semoga rumah tangga beliau terus dirahmati Allah jua. Begitu juga rumah tangga semua rakan-rakan sekalian. Yang baru nak kahwin, kuatkan tekad dan semoga dipemudah urusan.
“Suami isteri bukanlah kehidupan nafsi-nafsi, tapi ianya kehidupan berkongsi”
@hafizmd – Tips Rumah Tangga. Berdoalah. Doa tetap senjata utama kita dalam mencapai Rumahku Syurgaku.
dah..jangan lupa belanja bini hang makan cendol banyak-banyak aa..
baru jer…hehe..minggu lepas..minggu ni belum…keh3
Tak sabar nak nikah!
Hahah! π
Dugaan orang yang baru mendirikan rumah tangga ni, paling utama adalah segi kewangan. Masing-masing masih muda, jadi kedudukan kewangan memang tak stabil. Jadi, tips-tips yang dikongsikan oleh Hafizmd, saya rasakan ianya wajar diteladani.
pi doreh carik calon jangan tunggu lamo-lamo
Masa mula-mula kawen dulu..rasa tak mau duduk luar rumah..nak berkepitt… aja.. π
hee… jangan baru kawin dah lama lagi kena harum selalu.tak gitu admin?
semenjak dua ni baru saa perasan admin mula rajin meletakkan gambar keluarga dalam belog.
Perkongsian yang menarik. Kepada yang sudah berumah tangga patut ikut tips ini π
Jika hati dah tekad utk dirikan rumahtangga nescaya Allah akan bg jalan utk itu. Berusahalah
tips yang berguna untuk pasangan bujang macam saya jugak.hehehe
amalkan kesemua tips yang diberi.InsyaAllah bahagia mengiringi..
Jutaan terima kasih kerana sudi sertai perkongsian Tip Rumah Tangga dan semoga sukses.
rumahtangga perlu dilayari dengan laluan yang betul… segala halangan harus diredah dengan sikap sabar dan bertolak ansur…
Terima kasih di atas tips yang diberikan… Semoga kita berjaya melayari bahtera rumah tangga bersama pasangan sehingga ke akhir hayat…
cabarannya lebih besar bila berkahwin semasa belajar.hoho.
Alhamdullilah , masih mampu harungi cabaran2 dgn tabah. π
Semoha berbahagia dan berkekalan sehingga ke anak cucu…Insyaallah!
Ramai pasangan muda berkahwi atas dasar cinta dan kenal pasangan sebelum berkahwin. Berbeda dengan saya kenal isteri selepas nikah jadi lebih manis sebab proses pengenalan menarik selepas bernikah.
perkara kecil jangan diperbesarkan
perkara besar usah diperkecilkan
pendek kata perlu banyak ilmu juga untuk hidup bahagia
datang tambah ilmu di sini π
bab makan bersama tu sangat setuju..begitu juga yang lainΒ² pun sama
wah best tips ni banyak lg kene belajar π
bagus tips terutama yg kedua.. terima pasangan seadanya.. jgn la expect yg bukan2 mcm mamat korea pula…..
tips yang boleh dijadikan tauladan bagi insan bujang macam saya.. huhu~
saling mempercayai itu penting, dan semoga kepercayaan yg diberi tidak disalahgunakan, almaklumlah byk benor dugaan dan cabaran zaman canggih manggih ni
good luck bro…
Wahhh.. banyak tips menarik kat sini..
π
Berbaloi singgah..hihii..
Dayah, Terima kasih singgah blog ambe ni =)
Datanglah lagi yer…
p.s-buat kunjungan balas ke sana
suami dan isteri salam lengkap melengkapi macam puzzleβ¦ kena pandai cari tempat yang lompong untuk diisi masing-masing…
terbaiklah! macam puzzle…terbaik
terima pasangan seadanya itu memang akan menguji keikhlasan kita yg sebenar – terbaik bro π
terbaiklah ayat bro ni…power!
Kena ada kerjasama an kesefahaman antara suami dan isteri baru dapat hidup bahagia.
Emm lama sungguh tak terjah blog tuan denaihati..hehe..betul tu bro..saling percaya dan elakkan cemburu buta..
Sila singgah sekarang =)
Betul tu boh PK,percaya tu penting