Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2013

Oh! Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2013

Assalamua’laikum.

Demam Kempen Kelayakan Piala Asia 2015 dah reda sikit walaupun masih ramai lagi peminat bola sepak Malaysia tak puas hati dengan jawapan ‘menarik’ jurulatih, Dato K.Rajagobal. Ramai yang nak beliau letak jawatan sebagai tanda bertanggungjawab atas kekalahan skuad Harimau Malaya. 19 perlawanan antarabangsa, menang hanya 2 kali. Rekod yang bukannya boleh menyelamatkan mana-mana jurulatih dalam dunia ni. Lupakan kisah tu, jom kita layan calon Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2013.

Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2013

Anugerah ni dianjur setiap tahun. Bukannya anugerah sembarangan atau main-main. Ianya satu pentas prestij untuk mengiktiraf pemain dan pengurusan terbaik dalam Liga Malaysia. Pemain yang diundi paling banyak pastinya adalah pemain yang paling menyerlah dan konsisten. Bukannya yang popular tapi tak berprestasi!

Berikut calon dan pemenang tahun lepas untuk Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2013;

1. Kategori: Penjaga Gol Terbaik (Pemenang 2012 : Khairul Fahmi Che Mat – Kelantan)

  • Izwan Mahbub – Lions XII FC
  • Norazlan Ismail – Selangor
  • Khairul Fahmi Che Mat – Kelantan
  • Mohd Khairul Azhan Khalid – Pahang
  • Mohd Faizal Harun – ATM
  • Mohd Farizal Marlias – Perak
  • Calon pilihan penulis: Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)

2. Kategori: Pertahanan Terbaik (Pemenang 2012: Aidil Zafuan – ATM)

  • Baihakki Khaizan – Lions XII FC
  • Mahalli Jasuli – Selangor
  • Azizi Mat Rose – Kelantan
  • Razman Roslan – Pahang
  • Jalaluddin Jaafar – Pahang
  • Amiridzwan Taj Tajudin – ATM
  • Pilihan penulis: Amiridzwan Taj Tajudin (ATM)

3. Kategori: Pemain Tengah Terbaik (Pemenang 2012: Safiq Rahim)

  • Nurul Azwan Roya – Johor Darul Takzim FC
  • Mohd Badhri Radzi – Kelantan
  • R.Gopinathan – Pahang
  • Amirul Hadi Zainal – Pahang
  • Christie Jayaseelan – ATM
  • Joseph Kallang Tie – Sarawak
  • Pilihan penulis: Mohd Badhri Radzi (Kelantan)

4. Kategori: Penyerang Terbaik (Pemenang 2012: Norshahrul Idlan Talaha – Kelantan)

  • Shahril Ishak – Lions XII FC
  • Mohd Amri Yahyah – Selangor
  • Norshahrul Idlan Talaha – Johor Darul Takzim FC
  • Mohd Norfarhan Mohd – Kelantan
  • Mohd Azamuddin Akil – Pahang
  • Hairuddin Omar – ATM
  • Pilihan penulis: Mohd Amri Yahyah (Selangor)

5. Kategori: Pemain Harapan Terbaik (Pemenang 2012: Rozaimi Abd Rahman – Sabah)

  • Nik Shahrul Abdul Halim – Kelantan
  • S.Sivanesan – Negeri Sembilan
  • Junior Edstal – Sarawak
  • Mohd Nasir Basharudin – Perak
  • Nazmi Faiz Mansor – Selangor PKNS FC
  • K.Reuben – ATM
  • Pilihan penulis: Junior Edstal (Sarawak)

6. Kategori: Ketua Jurulatih Terbaik (Pemenang 2012: B.Sathianathan – ATM)

  • V.Sundramoorthy – Lions XII FC
  • Bojan Hodak – Kelantan
  • Dollah Salleh – Pahang
  • B.Sathianathan – ATM
  • Robert Alberts – Sarawak
  • Ismail Zakaria – KL Sime Darby FC
  • Pilihan penulis: Dollah Salleh (Pahang)

7. Kategori: Pemain Asing Terbaik (Pemenang 2012: Marlon Alex James – ATM)

  • Obinna Nwaneri – Kelantan
  • Dickson Nwamuso – Kelantan
  • Marthia Ruben Conti – Pahang
  • Marlon Alex James – ATM
  • Patrick Ronaldinho Wleh – Selangor PKNS FC
  • Karlo Primorac – KL Sime Darby FC
  • Pilihan penulis: Marthia Ruben Conti (Pahang)

8. MVP (Pemain Paling Bernilai): Pemenang 2013: Nor Shahrul Idlah Talaha

  • Nor Shahrul Idlan Talaha
  • Shahril Ishak
  • Norfarhan Muhammad
  • Mohd Khairul Fahmi Che Mat
  • Baihakki Khaizan
  • Mohd Amri Yahyah
  • Mahali Jasuli

Ada beberapa nama penyandang yang tak muncul dalam senarai calon antaranya Safiq Rahim dan Aidil Zafuan. Mungkin inilah masanya untuk kita saksikan pemain terbaik untuk 4 posisi. Adakah bakal berlaku kejutan? Pilihan pemain terbaik anda?

Anugerah ni bakal berlangsung pada 30 November 2013. Bertempat di Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam, Selangor.

@hafizmd – Tengok pada senarai calon, nyata Harimau Malaya tidak ketandusan pemain berbakat!

Rujukan asal: FB Malaysia National Football Team

32 comments

  1. Pilihan goal keeper kat Malaysia ni, yang tercalon tu semuanya memang paling baik. Kita kat Malaysia, goalkeeper semua level international. Tak padan langsung dengan tahap kepermainan skuad kebangsaan secara overall.

    Untuk pemain tengah pulak, macam kelakar pulak bila yang dicalonkan tu semua tak terpilih untuk skuad Rajagobal. Entah hapa la yang benak sangat Rajagobal ni tak tau la.

    1. keeper mmg terbaik! cuma beza pengalaman pentas antarabangsa jer..pelapis semua best! sebab rata2 dilatih oleh bekas keeper terbaik macam khairul azman, zubir ibrahim dan apa nama keeper power otai tu..lupa plak dah…

      harap coach raja sedar dan letak jawatan secara terhormat, takyah tunggu FAM bersidanglah…

  2. Assalamualaikum bro..

    Pada pandangan kawan , masih ada pemain Malaysia yang mempunyai kualiti level antarabangsa ke peringkat Asia . Mereka menunjukkan kualiti permainan bila usia mencapai 27-32 tahun kerana pengalaman mengajar mereka erti bola sepak . Pemain muda seperti Junior dan Nazmi perlu diberikan lebih lagi bermain peringkat antarabangsa . Mereka sangat berbakat . Tapi perlu digilap lagi. Lihat sahaja masa Malaysia bermain dengan Qatar , Nazmi menunjukkan prestasi yang memberangsangkan . Jurulatih perlu ada naluri melihat potensi pemain bola yang jitu . Bukan semata-mata sudah lama kenal dengan pemain saya .

    1. Waa’laikumussalam bro.

      Benar. Ambe setuju benar. Memang ramai pemain yg berkualiti. Cuma itulah masalahnya, mungkin kita nampak coach Raja tidak secekap coach OKS dalam membentuk pasukan dan mengenalpasti potensi pemain. Junior begitu menyerlah dalam skuad harimau muda tetapi tidak bila dalam skuad kebangsaan.

      Jadi, tibalah masanya utk coach Raja letak jawatan secara terhormat. Harap FAM benar2 bukak mata, bukak telinga utk tentukan nasib coach Raja hari Ahad ni. Berilah peluang coach lain utk perlawanan vs yaman mac nanti =)

      terima kasih bro…terbaik!

  3. Samalah geng… Kita mempunyai citarasa yang sama tapi tak serupa dalam memilih pemain-pemain yang bakal mendapat anugerah bola sepak kebangsaan 2013…

    1. kita takat sukan sea dan piala suzuki…takat tu jer…

      peminat dah makin tak tahan..sbb tak nmpak peningkatan ke arah asia…

      kalau nak lawan iraq, jepun, korea…mmg jauh lagilah

    1. jauh lagi perjalanannya, tapi tak mustahil..kalau dapat jurulatih yg betul2 bagus dan pengurusan bagus,3-4 thun lagi mampu jadi juara asia tenggara yg benar2 juara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *