Nak Pikat Hati Suami? Cuba 5 Teknik Tak Terkalah Ini!

- 7 November 2013. Updated 30 May 2014Keluarga

Assalamua’laikum.

Teknik tak terkalah memikat hati suami orang. Senang atau susah nak pikat hati suami? Bagi isteri yang dah tau ‘peel’ suami masing-masing, memang dah boleh tackle sebaik-baiknya tanpa kena kad kuning atau merah. Bak kata pepatah, “sekilas air berombak, sudah tahu buaya tu buaya darat atau buaya sebenar”. Mungkin apa yang bakal dibebelkan ni ada yang tak sesuai dan tak kena dengan gaya anda, jadi silakanlah berkongsi gaya masing-masing dalam memikat hati suami. Suami pun boleh berkongsi cara yang korang suka untuk ‘dimanjakan’. Fuh!

5 teknik pikat hati suami

Pikat hati suami ni rasanya tak berapa susah? Hang biar betul! Ok-ok. Sabor-sabor. Saya tahu tak senang, sebab sayapun suami juga. Tapi, kalau kena gayanya memang cukup mudah. Cukup senang, tak perlu keluar modal besar pun.

No.1. Masak sedap-sedap – Dah semua orang cakap air tangan isteri tu ada berkatnya. Sesibuk manapun, carilah ruang masak untuk suami. Suami ni, biasanya…biasanya ada dua orang manusia yang masak, memang dia cukup gembira dan suka. Mak dia dan isteri dia. Memang marveles! Masak ringkas-ringkas pun jadilah, janji suami nak merasa air tangan isteri. Tak ado resepi? Boleh cuba ‘Resepi Ayam Sedap Tak Tertahan‘ oleh Cef Kak Jie ni. Mesti suami tak tertahan-tahan nak bertambah nasi!

Nota untuk suami: Tolonglah potong bawang, potong mana yang patut. Asyik nak layan laptop jer…tak patutlah, kan? Tolong urut bahu isteri nanti-nanti….ok tak?

No.2. Berhias untuk suami – Tipu kalau cakap suami tak suka tengok isteri cantik. Cantik ni subjektif yer. Jangan ingat cantik tu mesti pelakon Korea. Suami ni, kalau tengok isteri pakai cantik-cantik kat rumah, liat dia nak keluar lepak dengan kawan. Oles bibir dengan ginju warna pink, contohnya. Kasi terkejut suami hang tuh. Kalau dah memang hobi suami jarang ada di rumah, tak dapek den nolong!

Nota untuk suami: Memang ada suami yang rasa rimas duduk rumah, tapi sesekali bawaklah isteri anak-anak keluar. Pergilah mana-mana tempat yang isteri suka. Give and take kata omputih.

petua pikat hati suami

Suami, jangan lupa pikat hati isteri…

No.3. Jaga penampilan diri – Contohnya, pakailah baju yang sodap mato suami pandang. Janganlah asyik kombang gantung 24 jam. Kesian suami nanti berdarah hidungnya. Berwangi-wangian untuk suami. Biar kombang kuncup hidung suami hangpa. Baru depa tau. Jangan wangi masa nak ke tempat kerja saja. Biar wangi bertempat. Biar suami keluar rumah, masih terbau-bau wanginya ketiak isteri di rumah.

Nota untuk suami: Dah isteri wangi, abam janganlah asyik sapu tiger balm jer. Colet minyak wangi sikit. Biar wangi jugak. Ni, kalau nak jumpa client, habis sebotol sembur. Kat rumah, secoet pun tak. Janggut ngan misai tu, kasi trim sikitlah. Jangan biar berserabai sampai nak masuk mulut. Isteri tegur, kang sensitip pulak…

No. 4. Pandai puji suami – Mana ada manusia tak suka dengan pujian. Kalau suami hensem lepas potong rambut, cakaplah, “Abang, sayang tengok style rambut baru ni memang ngamlah…tengok dari tepi, macam Aaron Aziz”. Puji suami, biar dia rasa dihargai. Tapi ingat, jangan lebih-lebih sangat, nanti terlebih “minyak” pulak suami hang nanti…hahahaha

Nota untuk suami: Suami pun kenalah bijak bermain kata-kata. Dah isteri wangi, pakai baju baik punya seksi cantik, pujilah keindahahan isteri. Isteri mesti suka punyalah!

No. 5. Tahu kehendak & minat suami – Kalau biasanya suami petang-petang habis main badminton, tak perlu tunggu suami minta air. Isteri dah siap sedia secawan kopi Jantan campur madu, contohnya. Suami tak dan tanya, nasi dah terhidang atas meja. Kalau suami minat ambil gambar, berikan sokongan. Boleh applikasikan tips no.5 ni dalam apa jua keadaan. Ada faham, kan? Kata nak pikat hati suami.

cara pikat hati suami Nota untuk suami: Dah isteri layan suami macam raja, layanlah isteri macam permaisuri. Buatlah apa yang isteri suka. Contohnya, tolong sidai baju, lipat baju, basuh pinggan, layan anak-anak, teman dia tengok drama yang dia suka (bukan yang korang suka). Macam-macam lagilah….

Inilah serba ringkas. Mungkin nampak macam melampau atau terlampau tak logik untuk diamalkan oleh seorang isteri/suami, tapi mengertilah bahawa syaitan sentiasa melemparkan jaring dan perangkapnya untuk merosakkan hubungan pasangan suami isteri. Kenalah sama-sama berusaha untuk mendirikan rumahtangga yang bahagia.

Salman al-Farisi pernah bertanya kepada isterinya, “Apakah engkau akan taat kepadaku bila aku menyuruhmu¬† untuk melakukan sesuatu?” Isterinya menjawab, “Engkau wahai suamiku, kini berada dalam kedudukan manusia yang harus aku taati”.

Sungguh indah tutur kata isteri Salman al-Farisi sehingga mampu menyentuh jiwa dan pikat hati suami. Bagaimana kita sebagai seorang suami mahupun isteri?

@hafizmd – Petua pikat hati suami. Banyak lagi, tapi ini yang terlintas untuk dikongsi. Mohon makcik pakcik, abang kakak, perbetul dan berkongsi petua rumahtangga bahagia.

{ 46 comments… read them below or add one }

papa mifz November 7, 2013 at 4:19 pm

setuju , memang pueh hati kalau dapat makan masakan isteri…

Reply

hafizmd November 8, 2013 at 9:13 am

haaaa….testimonial ni…bestkan bro? setuju sangat

Reply

Hairul Hissam November 7, 2013 at 4:27 pm

Mmg syok.. balik kerja atau balik rumah jeee…. tinggal buka mulut dan Ngappp jee.

Reply

hafizmd November 8, 2013 at 9:12 am

lagi best…ada yg tkang suap (dah lebih dah ni…)…hahhaa

Reply

BukhariMalek November 7, 2013 at 5:44 pm

Nice la blog ni.. terbaik bro.. kemas dan bersih je.. ringan dan senang digunakan, 5 bintang untuk ini :)

Reply

hafizmd November 8, 2013 at 9:12 am

terima kasih bro Bukhari…

terima kasih singgah =)

Reply

Azman Ismail November 7, 2013 at 5:51 pm

Tip yang bagus, terutama hidang kopi jantan madu hahaha…

Reply

hafizmd November 8, 2013 at 9:11 am

kopi jantan madu + ayam masak madu…pergh…mau mengaum lepas tuh….hahahaha

Reply

titan November 7, 2013 at 6:21 pm

rajin-rajinlah makan atau masak nasi ayam madu. suami mesti makin sayang. haha..

Reply

hafizmd November 8, 2013 at 9:11 am

nasi ayam madu….tu terbaik tuh…hahaha

Reply

UmmiKami November 7, 2013 at 8:50 pm

Assalam Hafiz….

Macam mana pula kalau suami nak pikat si isteri…..nak isteri harum semerbak tapi suaminya berbau hapak…hehe, jangan marah na dik….sama-samalah jaga penampilan demi kerukunan dan kebahagian rumah tangga…..kan Hafiz….. ^^,

Reply

hafizmd November 8, 2013 at 9:10 am

Waa’laikumussalam Kak Ummi,

Kalau suami hapak
Mandikan dgn minyak cap cakap…hehehe

Betul tu kak, kena sama2 jaga penampilan..biar dua2 rasa selesa dan sedap mata memandang

Reply

Joe November 7, 2013 at 10:07 pm

Masak kene pandai… hehe
Boleh la mintak tips dari bro lepas nie. Nanti kalau dah kawen, senang sikit..

Reply

hafizmd November 8, 2013 at 9:09 am

Masak kena rajin, dah rajin..lama2 pandailah..

Suami jgn expect isteri macam cef wan..pandai serba-serbi dalam masakan… =)

Boleh jer bro…bilanya ni? hehe

Reply

munir ardi November 8, 2013 at 4:48 am

wah mestilah belahan hati bro hafiz ini pandai lakukan ini semua, kalau nak pikat hati istri bagaimana pula

Reply

hafizmd November 8, 2013 at 9:06 am

Adalah buat mana yg boleh..tak semua lagi…hehe

nak pikat isteri…haaa…yg ni boleh bang munir baca di sini –> Bagaimana Menjadi Super Suami

Reply

kakiblog November 8, 2013 at 7:46 am

tahniah bro kerana berkongsikan entri yang terbaik..saya baca habis dan berazam untuk mengaplikasikan tentang nota suami..

Reply

hafizmd November 8, 2013 at 9:01 am

terima kasih =)
samalah kita. ambe pun azam camni jugak…yeah

Reply

encikarman November 8, 2013 at 8:39 am

wah… bahagianya rasa… tambah2 plak kalau isteri cun… hoho

Reply

hafizmd November 8, 2013 at 8:59 am

hohoho..itu mmg bonus…baca saje dah rasa bahagia..cuba kita buat….fuhhhh!

Reply

Denaihati November 8, 2013 at 10:28 am

bagus amalkan ni, lelaki jangan lupa potong bawang…heeee

Reply

hafizmd November 8, 2013 at 9:47 pm

heeee..jgn nangis potong bawang…hehehe

Reply

eridy November 8, 2013 at 11:15 am

ohh…ada teknik2 ya..hehe

Reply

hafizmd November 8, 2013 at 9:47 pm

Setiap perkara ada tekniknya…baru power

Reply

akubiomed November 8, 2013 at 11:25 am

Lepas ini kita tunggu tips pikat isteri pula. :-)

Reply

hafizmd November 8, 2013 at 9:47 pm

hehe…akan muncul…hoho

Reply

blogger lelaki November 8, 2013 at 11:54 am

bab makan tu mmg utama kena jaga dulu..hu3

Reply

hafizmd November 8, 2013 at 9:44 pm

haaa…perut suami salah satu kunci bahgia =)

Reply

TehR November 8, 2013 at 11:24 pm

sayang menyayang
taat dan mentaati
hidup akan riang
cinta kekal di hati

Reply

hafizmd November 9, 2013 at 12:33 pm

cinta kekal dihati
moga cinta sejati
sehidup semati
cinta padaNYA yg Abadi

Reply

Hafizul November 11, 2013 at 1:14 pm

Emm seronoknya kalau isteri saya baca artikel ni…huhu..thanks bro kongsikan..semoga memalui pembacaan ini makin ramai isteri yang bergelar isteri solehah..huhu

Reply

hafizmd November 11, 2013 at 2:23 pm

itulah harapannya..nota utk suami tu..tu yg penting jugak..hehe

Reply

Rina November 13, 2013 at 10:10 am

memasak masakan yang biasa saja sudah bisa mengambil hati suami apalagi memasak masakan sedap nan istimewa ni..
tips2nya Insya Allah manjur nie :)

Reply

hafizmd November 14, 2013 at 1:22 pm

benar tu Rina. Memasak utk suami pastinya dihargai suami atas usaha yg dilakukan isteri. Kalau sedap, itu mmg bonus..

Reply

Asyrof Asri November 20, 2013 at 3:11 pm

Arrghhh!!

Tak sabor nok nikoh .. :)

Reply

hafizmd November 20, 2013 at 3:14 pm

keh3…sabor sabor…bawak bertenang…
calon dah adakan bro asyrof? =)

Reply

Sya Isya February 11, 2014 at 4:36 pm

tu lah yang petua orang lama2, kalau nak ikat suami, jaga perut dia. lagi boroi lagi bagus. hahaha

Reply

hafizmd February 12, 2014 at 10:03 am

hhahahaha…lagi boroi lagi bagus? hahhaa

Reply

tutyrahiza May 27, 2014 at 4:20 pm

tips ni sama macam yang sifu saya ajar.. Masak kena ikut selera suami.

cuma tang makan tu, incik suami saya semua dia cakap sedap..udah isterinya tak tahu betul-betul sedap ke?

Reply

Hafizmd May 28, 2014 at 10:49 am

hehe..ada benarnye tu..tp lagi best bila suami pun dapat terima selera isteri..mix gitu..

betul tu tuty..mmg sedap..perut suami tak reti nak tipu..hahaha

Reply

azlanvai May 27, 2014 at 10:43 pm

Heheh.. Tak susah pikat hati suami tau wahai kaum wanita..

Reply

Hafizmd May 28, 2014 at 10:48 am

mmg tak susah kalau tahu caranya..hehe

Reply

Ismail N May 28, 2014 at 11:47 am

Pehh.. banyak syarat juga suami zaman ni yek? Mahu kena buat mcm2 baru sayang bini.. adehh :D Kawe tetap sayang bini seadanya. Kalau geram or marah ata sbb tertentu, totap sayang juga :D

Reply

eyriqazz May 29, 2014 at 1:51 pm

Tips nak pikat hati mak mertua pula? Hehehe….

Reply

Mummy Dina May 29, 2014 at 9:46 pm

alamak..tips no 1 tu la yg lemah tu..nasib baik suami saya pun faham..
tapi tips 2-5 tu Alhamdulillah..memang sy amalkan..:)

Reply

Cik Jaja September 1, 2017 at 3:18 pm

So betullah orang kata…nak pikat hati suami, pikat perutnya dulu.. Hiks

Reply

Leave a Comment