Nak Pikat Hati Suami? Cuba 5 Teknik Tak Terkalah Ini!

Assalamua’laikum.

Teknik tak terkalah memikat hati suami orang. Senang atau susah nak pikat hati suami? Bagi isteri yang dah tau ‘peel’ suami masing-masing, memang dah boleh tackle sebaik-baiknya tanpa kena kad kuning atau merah. Bak kata pepatah, “sekilas air berombak, sudah tahu buaya tu buaya darat atau buaya sebenar”. Mungkin apa yang bakal dibebelkan ni ada yang tak sesuai dan tak kena dengan gaya anda, jadi silakanlah berkongsi gaya masing-masing dalam memikat hati suami. Suami pun boleh berkongsi cara yang korang suka untuk ‘dimanjakan’. Fuh!

5 teknik pikat hati suami

Pikat hati suami ni rasanya tak berapa susah? Hang biar betul! Ok-ok. Sabor-sabor. Saya tahu tak senang, sebab sayapun suami juga. Tapi, kalau kena gayanya memang cukup mudah. Cukup senang, tak perlu keluar modal besar pun.

No.1. Masak sedap-sedap – Dah semua orang cakap air tangan isteri tu ada berkatnya. Sesibuk manapun, carilah ruang masak untuk suami. Suami ni, biasanya…biasanya ada dua orang manusia yang masak, memang dia cukup gembira dan suka. Mak dia dan isteri dia. Memang marveles! Masak ringkas-ringkas pun jadilah, janji suami nak merasa air tangan isteri. Tak ado resepi? Boleh cuba ‘Resepi Ayam Sedap Tak Tertahan‘ oleh Cef Kak Jie ni. Mesti suami tak tertahan-tahan nak bertambah nasi!

Nota untuk suami: Tolonglah potong bawang, potong mana yang patut. Asyik nak layan laptop jer…tak patutlah, kan? Tolong urut bahu isteri nanti-nanti….ok tak?

No.2. Berhias untuk suami – Tipu kalau cakap suami tak suka tengok isteri cantik. Cantik ni subjektif yer. Jangan ingat cantik tu mesti pelakon Korea. Suami ni, kalau tengok isteri pakai cantik-cantik kat rumah, liat dia nak keluar lepak dengan kawan. Oles bibir dengan ginju warna pink, contohnya. Kasi terkejut suami hang tuh. Kalau dah memang hobi suami jarang ada di rumah, tak dapek den nolong!

Nota untuk suami: Memang ada suami yang rasa rimas duduk rumah, tapi sesekali bawaklah isteri anak-anak keluar. Pergilah mana-mana tempat yang isteri suka. Give and take kata omputih.

petua pikat hati suami
Suami, jangan lupa pikat hati isteri…

No.3. Jaga penampilan diri – Contohnya, pakailah baju yang sodap mato suami pandang. Janganlah asyik kombang gantung 24 jam. Kesian suami nanti berdarah hidungnya. Berwangi-wangian untuk suami. Biar kombang kuncup hidung suami hangpa. Baru depa tau. Jangan wangi masa nak ke tempat kerja saja. Biar wangi bertempat. Biar suami keluar rumah, masih terbau-bau wanginya ketiak isteri di rumah.

Nota untuk suami: Dah isteri wangi, abam janganlah asyik sapu tiger balm jer. Colet minyak wangi sikit. Biar wangi jugak. Ni, kalau nak jumpa client, habis sebotol sembur. Kat rumah, secoet pun tak. Janggut ngan misai tu, kasi trim sikitlah. Jangan biar berserabai sampai nak masuk mulut. Isteri tegur, kang sensitip pulak…

No. 4. Pandai puji suami – Mana ada manusia tak suka dengan pujian. Kalau suami hensem lepas potong rambut, cakaplah, “Abang, sayang tengok style rambut baru ni memang ngamlah…tengok dari tepi, macam Aaron Aziz”. Puji suami, biar dia rasa dihargai. Tapi ingat, jangan lebih-lebih sangat, nanti terlebih “minyak” pulak suami hang nanti…hahahaha

Nota untuk suami: Suami pun kenalah bijak bermain kata-kata. Dah isteri wangi, pakai baju baik punya seksi cantik, pujilah keindahahan isteri. Isteri mesti suka punyalah!

No. 5. Tahu kehendak & minat suami – Kalau biasanya suami petang-petang habis main badminton, tak perlu tunggu suami minta air. Isteri dah siap sedia secawan kopi Jantan campur madu, contohnya. Suami tak dan tanya, nasi dah terhidang atas meja. Kalau suami minat ambil gambar, berikan sokongan. Boleh applikasikan tips no.5 ni dalam apa jua keadaan. Ada faham, kan? Kata nak pikat hati suami.

cara pikat hati suami Nota untuk suami: Dah isteri layan suami macam raja, layanlah isteri macam permaisuri. Buatlah apa yang isteri suka. Contohnya, tolong sidai baju, lipat baju, basuh pinggan, layan anak-anak, teman dia tengok drama yang dia suka (bukan yang korang suka). Macam-macam lagilah….

Inilah serba ringkas. Mungkin nampak macam melampau atau terlampau tak logik untuk diamalkan oleh seorang isteri/suami, tapi mengertilah bahawa syaitan sentiasa melemparkan jaring dan perangkapnya untuk merosakkan hubungan pasangan suami isteri. Kenalah sama-sama berusaha untuk mendirikan rumahtangga yang bahagia.

Salman al-Farisi pernah bertanya kepada isterinya, “Apakah engkau akan taat kepadaku bila aku menyuruhmu¬† untuk melakukan sesuatu?” Isterinya menjawab, “Engkau wahai suamiku, kini berada dalam kedudukan manusia yang harus aku taati”.

Sungguh indah tutur kata isteri Salman al-Farisi sehingga mampu menyentuh jiwa dan pikat hati suami. Bagaimana kita sebagai seorang suami mahupun isteri?

@hafizmd – Petua pikat hati suami. Banyak lagi, tapi ini yang terlintas untuk dikongsi. Mohon makcik pakcik, abang kakak, perbetul dan berkongsi petua rumahtangga bahagia.