Oh! Bila Hantar Anak ke Nurseri/Pengasuh…

Assalamua’laikum.
Tak sanggup tengok video seorang pengasuh yang bantai anak orang. Kejam, zalim dan berhati binatang. Saya yakin, mana-mana ibubapa yang tertengok pasti rasa geram dan kesal serta resah. Resah juga, sebab kita pun hantar anak-anak ke pengasuh/nurseri. Semuanya kita serahkan pada Allah untuk melindungi anak-anak kita. Sungguh, tinggalkan anak di rumah pengasuh/nurseri antara keputusan berat yang harus dibuat!
Tips Pilih Pengasuh/Pusat Jagaan Anak?
Dua anak kami, dihantar ke pusat jagaan kanak-kanak/nurseri seawal usia 3 bulan rasanya. Iyalah, isteri pun bekerja. Risau, perit dan macam-macam perasaan masa hantar anak ke nurseri. Isteri lagilah. Tak dapat nak gambar dengan kata-kata. Mesti ibu-ibu terutamanya dan bapa-bapa faham sangat perasaan ni, kan?
FASA 1: Antara perkara pertama yang kami berdua periksa SEBELUM hantar anak ke nurseri ialah;
- Nurseri tu berdaftar dengan JKM atau tak. Boleh periksa senarai di laman JKM (klik imej di bawah untuk periksa senarai pusat jagaan kanak-kanak yang berdaftar dengan JKM).
- Sesi bertanya. Saya cuba Google dan kalau ada ibubapa yang hantar anak ke nurseri tu, mintak pandangan mereka. Ok ke tak anak-anak mereka di nurseri tu.
- Perhati juga struktur nurseri tu. Ok ke tak dari segi keselamatan luaran. Sekali tengok, kalau nurseri yang bagus kita dah rasa macam puas hati.
- Buat ‘intipan’ harian. Biasanya waktu bagus nak tengok waktu pagi (masa mak ayah hantar anak) dan waktu petang (masa ambil anak-anak). Kenapa waktu ni? Kita boleh tengok macam mana pekerja nurseri deal dengan anak-anak dan mak ayah budak tu. Bolehlah tengok, ada skill tak pekerja ni nak ambil hati anak-anak yang dihantar ke nurseri tu.
- Perhati tingkah laku anak-anak. Ini sangat penting. Masa buat “intipan” tu, perhatikanlah gelagat anak-anak yang dihantar ke situ. Muka takut ke, menangis melampau ke. Kalau rajin, tanya mak ayah tu. Kot-kotlah, memang anak dia jenis suka melalak pergi nurseri. Sebabnya hanya 1, anak-anak tak reti nak MENIPU. Kalau anak tak suka, memang payah nak ngam dengan pekerja. Ini berdasarkan pengalaman kami sendiri. Setuju tak?
- Kalau rasa macam ok, catat nombor telefon, terus telefon dan cakaplah nak datang tengok nurseri tu. Jangan cakap pukul berapa nak datang, terjah jer. Baru dapat tengok situasi sebenar nurseri tu. Penting yang ni. Take note yer….
FASA 2: Lawatan pertama ke nurseri. Nak buat apa yer?
- Perhati keadaan sekeliling. Tengoklah apa yang patut. Contohnya, pintu pagar nurseri sentiasa berkunci atau tak. Maklumlah, sekarang ni pantang pintu pagar tak kunci, ada yang ‘berminat’ nak masuk. Ada loceng ke tak. Sebab biasanya, pemilik nurseri yang bagus, memang pentingkan benda-benda ni untuk keselamatan anak-anak kita.
- Dah masuk nurseri. Tengoklah apa yang ada dalam nurseri. Ada mainan tak untuk anak-anak. Ada TV untuk pembelajaran atau tak. Ada jadual ‘pembelajaran ringan’ dan jadual harian anak-anak atau tak. Kalau ada, bagus. Silalah bertanya apa yang patut. Kalau takde, tanyalah pulak…apa aktiviti untuk anak-anak. Bukan sepanjang hari (kitapun faham, bukan sekolah, tapi paling tak ada diselitkan aktiviti yang menjana minda anak-anak).
- Mintak izin tengok tempat tidur dan tempat mandi anak-anak. Masa ni, bolehlah tengok toto tahun bila yang pemilik tu guna untuk anak kita tidur. Kalau nampak macam teruk sangat, lupakanlah. Sebab, nanti banyak pulak penyakit berjangkit. Bahaya wooo…
- Kalau anak dah setahun dua, cubalah mintak pekerja nurseri untuk cuba layan anak kita sekejap. Tengok, ok ke tak. Macam ada chemistry ke tak.
- Lupa satu perkara yang amat penting. Kami biasanya akan tengok pekerja nurseri tu dulu. Pakaiannya ok atau tak. Kalau pakai seluar pendek, baju seksi. Memang terus reject!
- Kalau semua ok, bolehlah bersiap mental dan fizikal untuk hantar anak ke nurseri.
FASA 3: Pantau gelagat anak setiap kali dihantar dan diambil dari nurseri.
- Seminggu dua, anak-anak memang biasanya akan buat perangai sikit. Tak nak ke nurseri. Sabarlah yer.
- Penting untuk tengok gelagat anak bila diambil oleh pekerja nurseri. Biasanya, akan ada salah sorang pekerja yang memang baik dan ngam dengan anak kita. Biasanyalah.
- Kalau anak dah pandai bercakap, perhatikan butir percakapannya. Takut-takut, ada perkataan yang kurang elok dituturkan anak-anak. Kalau ada, tanya siapa yang cakap macam tu. Kena pantau baik-baik.
- Perhatikan juga gelagat anak masa kita ambil di waktu petang. Nampak muka ceria atau takut. Kalau tiap-tiap hari muka anak tak ceria, mungkin ada sesuatu yang tak kena. Bertanyalah dulu elok-elok kepada pekerja nurseri tu. Jangan kita main teka-teka.
- Periksa kesihatan luaran anak. Tengok seimbas lalu, kot-kot ada kesan lebam yang ketara. Kalau ada, terus tanya, jangan simpan nak tanya esok.
- Kalau anak masih pakai pampers, periksa tengok. Kot-kot anak berak, tapi tak dibersihkan. Banyak kali juga terjadi pada anak kedua kami. Tegur pekerja, tapi berulang juga. Kesian anak, ada masa naik ruam. Pedih masa mandi nanti. Kita jugak yang geram, kan?
- Kalau anak dah pandai cakap. Tanyalah buat apa kat nurseri. Ada main warna-warna atau tak. Atau tengok tv sepanjang hari? Jangan terkejut, ada pekerja yang pasang filem-filem samseng dan gaduh-gaduh untuk tontonan anak-anak kita. Ini yang anak saya cerita. Adeh!
- Kalau ada rasa sangsi, boleh pasang kamera pada beg anak. Macam kes dera anak yang masih panas lagi tu. Kita mesti sentiasa ada perasaan berhati-hati.
Itulah saja tips bila nak hantar anak-anak ke taska/nurseri atau pengasuh. Maaflah, berjela-jela panjang. Biasalah, bab anak-anak ni, berkajang tulis pun takde masalah….hehehe
Saya sekadar berkongsi pengalaman cetek kami suami isteri. Mula dan akhirnya kenalah berdoa kepada Allah, moga diberi keselamatan dan kebaikan untuk anak-anak. Deria ke-6 seorang ibu amat-amat diperlukan saat sebegini. Gerak rasa hati seorang ibu untuk anak, biasanya insyaAllah, amat bagus.
Kalau ada yang tersilap, maafkan saya. Kalau ada nak tambah. Silakanlah.
@hafizmd – Anak kedua, dah dihantar ke pengasuh baru. Moga-moga dia ok, suka dan sihat di rumah pengasuh baru.
Isteri saya suri rumah sepenuh masa. Urusan membesar anak tidak ada masalah. Bagi ibubapa mereka yang bekerja memang sukar untuk membuat keputusan untuk memilih Nurseri terbaik untuk anak mereka dan memenuhi kriteria bajet.
Alhamdulillah. Senang kerja. Itulah jugak jadi impian ambe utk isteri…ameen
Bjet tu penting jugak…hoho
bagus tips ni gua pun tgh mencaeri tempat nk hantar anak gua ni
Moga berjumpa yg bagus!
dalam pencarian lagi ni bro..mmg pening kepala..rasa risau pun ada
insyaAllah, moga2 ditunjukkan nurseri yg bagus…kalau yg ada byk cawangan…boleh consider gak bro..
bro cuba naik tgk tmpat diorang letak baby…kena tgk sendiri bro..biar puas hati..
nasib baik la gua dah ada tempat hantar anak. Susah gak beb kalau nak cari tempat hantar anak
oklah tu…mmg pening gak fikir…tp demi anak..sanggup masuk 2-3 taska utk cari yg dirasakan sesuai
Memang kena intip sekarang ni, alhamdulillah taska anak aku okay, owner dia pun jiran aku
Alhamdulillah. Harap2 anak2 kita selamat dan sihat
Jiran ek, lagi senang…sbb kita kenal
Tulah ibu bapa kena rajin pantau keadaan anak di taska..sekali sekala buat spot check. Kesian anak-anak yang menjadi mangsa pengasuh yang tak bertanggungjawab dan kejam
Tak ramai, tp sikit sebanyak menyebabkan parents risau dan makin resah
Mmg masalah besar nk cri nursery ni.kdg2 dh bdftar,tp masih juga ada kes2 yg org xtahu.alhamdulillah,skg anak2 dh pndai.dh boleh bgtau apa2 kt taska.
Harap2 pengasuh kali ni ok..
Itulah. Ada yg masa kita masukkan anak berdaftar, selang beberapa bulan, dah expired dan tak sambung2 daftarnya…huhu
okeh. untuk bekalan masa depan gua jugak ni. haha..
hehe…elok sangatlah…kalau dapat cari sekarang, lagi bagus…hehe
Takut sekarang ni bila baca berita kes penderaan pengasuh. Setakat ni hantar anak ke rumah family. Kira macam tumpang family sebab dia mengasuh sorang jer…
Kalau dapat yg kita kenal, legalah….
semakin banyak kes sekarang ni, mesti nak kena pantau anak-anak dan pusat asuhan sebagai langkah berjaga-jaga.
Betul tu tuan. Kena berhati2 dan sentiasa pantau anak2
banyak juga kes mendera anak2 di pusat jagaan ni, ni yg wat ramai tkut nk antar ke nurseri
Itulah. Ramai yg takut…kami yg hantar ni pun ada jugak resah, tp tawakal pada Allah meredakannya…
alhamdulillah moga anak selesa di rumah pengasuh baru, ok kan? hehehe
Alhamdulillah. Ok. Terima kasih Aju =)
Ini semua memang tips dan peringatan yang bagus untuk para ibu bapa yang tercari-cari pusat asuhan yang bagus.
Sekadar berkongsi pengalaman yg sedikit. Moga ada kebaikan =)
Parent sekarang ni dah tak banyak pilihan untuk hantar anak ke nursery ni. Hantar nak ke tempat yang elok, mahal pulak bayarannya. Nak murah, takut nanti entah macam mana pulak layanannya kat anak-anak kita. Dilema jugak nak hantar anak ke pengasuh ni.
Mmg dilema bro..sampai ada masanya, terpksa ambe bawak ke opis..sbb hati tak tenang kenang kat anak2…hoho
alhamdulillah…sekarnag jumpe pengasuh baru…moga2 semuanya ok..ameen
mujur kami dapat pengasuh yang sangat baik
anak2 ada ketika tak mahu pulang
seronok berada di rumah pengasuh
smpai tak mau balik…seronok sgtlah tu..hehe
dengan hari dan waktu kerja yang tidak menentu , den dan wife pilih hantar ke pengasuh berbanding nurseri…alhamdulillah setakat nih kesemua pengasuh Mifz baik2 orangnya…
Pengasuh lebih flesibel..senang nak berurusan
bukan kat nurseri je..kekadang di rumah pun ada gak ibubapa yang tak kesah dengan apa yang anak2 diorang menonton di kaca TV..
itu hari dalam kelas tahun 1, siap dah nak melakonkan semula watak2 filem gangster..memang terlebih terdedah bebudak zaman sekarang ni..
Itulah. Mak bapak tgk tv pun tak agak2…wanau’zubillah
itu yg ngeri tgk budk2 gurau zaman sekarang…kasar…
terbaiklah entry ni beb.. nnt aku dah ade anak kena praktik ni…
elok sangatlah…ank2 ni mmg nak kena tgk selalu =)
thanks bro!
memang ada rancangan juga ke arah itu..
semoga kita lebih prihatan akan mereka yang tka tahu apa apa ini
@suri, sama2 kita prihatin…kalu bukan kita..sape lagikan?
moga dipermudahkan
mendalam juga tips bro ni. ala ala inspector. boleh ikut bila den dah ada anak nanti..hehe
hehe..ajen 008…keh3..
elok tu bro…mmg kena ingat ni…hehe
menarik tips nih.. boleh share dengan kawan-kawan yang dah ada anak…
terima kasih akuro!
Salam ,
Anak2 mesti di pantau selalu .Kadang kita sebagai ibubapa agak tak kisah dengan perkara remeh temeh yang terjadi pada anak kita. Perkara remeh itu kadang menjadi punca terjadi isu besar .
ya macam saya memang sesuai heee..kalau ada panduan mesti ibu bapa lepas ini akan ambil berat
As salam
Itulah, nak kena tanya dan perhati betul2…thanks bro peringat
anak perlu di pantau di rumah pengasuh taska sesekali lawat masa dia sekolah. macma saya selalu buat begitu juga
Tips yg bagus…terima kasih suri
Terima kasih bro kongsikan..emm saya memang tak suka hantar anak ke sini sebab macam2 hal yang selalu saya dgr..entah la kalau dapat anak kedua nanti macam mana..emm…
tapi kena jugak hantar..itulah lumrah kehidupan..mesti diteruskan…moga2 anak2 kita sihat gumbira
Fuh.lengkap panduannya…anak sulung dulu 3 kali tukar nurseri..last2 cari pengasuh
Kalau lah gaji 2 kali ganda sekarng ni memang nak wife jadi housewife dah
Tukar sebab tak puas hati ke cikgu? huhu
Itulah, ambe jugak simpan impian yg sama…sekali ganda dari sekarang pun dah cukup utk “berhentikan” isteri bekerja…ameen ameen ameen
moga impian kita ni tercapai nanti..ameen ameen ameen
School nursery adam pun akak selalu check semua aktiviti & sentiasa pantau sampaikan teacher dia tak selesa akak tanya itu ini hehe….kena ambil tahu jangan lepas kepada nursery aje…bila jadi benda tak elok macam ni pada anak2 kita cepat2 ambil tindakan walaupun kecil..kalau dah jadi menyesal tak sudah nanti 🙂
terbaiklak kak…hehe..kalu sampai teacher pun rasa gitu..bagus jugaklah..baru diorang akan lebih berhati2 dan betul2 buat kerja..
kita pun puas hati..thanks kak berkongsi pengalaman… =)
Assalam.. such a good info. Pening mencari pengasuh /taska nih.. harap2 dpt pengasuh yg baik
Waalaikumussalam.
Mmg cabaran jugaklah utk ibubapa cari taska/pengasuh yg betul berkenan…