Khasiat Minyak Habbatus Sauda!

khasiat minyak habbatus sauda

Assalamua’laikum.

Khasiat Minyak Habbatus Sauda. Habbatus sauda atau nama saintifiknya Nigella sativa. Kalau tak silap, saya mulai serius membaca tentang khasiat minyak habbatus sauda ni kira-kira 6-7 tahun lepas masa arwah Abah dikenalpasti ada masalah kesihatan yang agak kritikal. Boleh kata, banyak juga herba tradisional yang dicari gali maklumatnya. Pepatah orang bercinta, “lautan api sangguh ku renangi” tu seolah-olah menggambarkan kita sanggup buat apa saja demi mereka yang kita sayang. Betul tak?

Khasiat minyak habbatus sauda yang tak terkalah!

Pokok habbatus sauda yang asalnya tumbuh liar di kawasan Mediterranean dan kini meluas ditanam di Utara Afrika terutama Mesir, Syria, Iran, selatan Eropah dan juga India semakin mendapat tempat sebagai ubatan alternatif. Ianya sudah lama menjadi makanan sunnah Rasulullah. Barangkali kita terlupa dengan satu hadis sahih riwayat Imam Bukhari tentang khasiat minyak habbatus sauda;

“Kekallah kamu dengan habbatus sauda kerana padanya itu ada penawar bagi segala penyakit kecuali mati” – Nabi Muhammad S.A.W.

khasiat minyak habbatus sauda
1001 khasiat minyak habbatussauda

Dalam sistem tubuh badan kita, antara perkara penting untuk menangkis serangan pelbagai penyakit ialah sistem ketahanan tubuh badan ataupun kita selalu dengar ianya disebut sistem antibodi badan. Jika sistem antibodi kita kuat, insyaAllah, badan kita tak mudah untuk dijangkiti penyakit. Mungkin salah satu key-point khasiat habbatus sauda ada di sini.

Saya kongsikan beberapa khasiat minyak habbatus sauda yang telah dilakukan penyelidikan samada penyelidikan awal di dalam makmal. Kebanyakkannya, tikus makmal telah dijadikan sampel paling banyak berkorban demi kebaikan manusia!

Jom kita baca antara khasiat minyak habbastus sauda.

1. Mencegah/mengubati diabetes mellitus (kencing manis). Kajian ke atas 50 ekor tikus yang dijangkiti penyakit Diabetes Mellitus menunjukkan keputusan yang positif. Kandungan gula dalam darah didapati menurun dan kadar penghasilan insulin juga turut meningkat (Rujukan: Tohoku J Exp Med, Sept 2003).

2. “Ubat” awet muda. Penyelidikan ke atas tikus yang diaruh penyakit nyanyuk dan kemudian diberi makan habbatus sauda yang tinggi bahan timokuinon menunjukkan keputusan yang positif (Prof. Dr. Latiffah A. Latiff, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia).

3. Menurunkan paras kolesterol dan gula dalam darah. Paras kolesterol dan gula yang tinggi pasti akan mengundang seribu macam masalah kesihatan antaranya tekanan darah tinggi, kencing manis dan penyakit jantung.

4. Agen antiosteoporosis/tulang rapuh. Punca osteoporosis antaranya ialah menopaus dan kekurangan hormon estrogen. Pengambilan minyak habbatus sauda yang konsisten, insyaAllah mampu mencegah penyakit tulang rapuh. Elok juga kita mencegahnya sebelum terlambat (Rujukan: Ahmad Nazrun Shuid et al. Nigella Sativa: A Potential Antiosteoporotoc Agent).

5. Mencegah sakit jantung koronari. Antara hasil kajian saintis di Universiti King As-Saud, Arab Saudi ke atas sampel tikus menunjukkan pemberian habbbatus sauda secara konsisten selama seminggu berjaya menurunkan kadar homosistin dalam darah.

“…lebih 54% pesakit jantung koronari mempunyai tahap homosistin yang tinggi dan jika ianya tinggi, risiko arteri kita tersumbat juga meningkat walaupun tahap kolesterol kita rendah atau normal…” ~ Pengarah Pusat Penyiasatan Klinikal di Jabatan Perubatan Universiti Malaya. Prof. Dr. C.C. Lang.

Ini antara seribu keajaiban yang Allah sembunyikan di dalam habbatus sauda, black seed. Tinggal untuk kita yakin dan beramal dengan makanan yang Nabi Muhammad SAW sendiri rekomen untuk kita.

Saya sudah sendiri sudah mula beramal bermula dengan kapsul habbatus sauda (al-baraka) dan minyak habbatus sauda. Yang jenis minyak ni, saya minum 2 kali sehari. 3 titik dalam air suam.

@hafizmd – Seribu rahmat dalam tumbuhan bernama Habbatus Sauda! Khasiat minyak habbatus sauda memang tak terkalah!