Piala Malaysia 2013 Hangat atau Hangit?

Piala Malaysia 2013

Assalamua’laikum.

Malam esok, masuk perlawanan ke-3 Piala Malaysia 2013. Pasukan Johor FA, PKNS Selangor, Kelantan serta Perak masih belum mampu menarik nafas lega walaupun sedang menerajui takhta kumpulan masing-masing. Pasukan yang sentiasa menjadi perhatian seperti Pahang, Selangor, Terengganu, Johor DT dan Lions XII masih ada peluang yang besar untuk mara ke pusingan kalah mati di suku akhir hanya dengan syarat perlu menang bermula perlawanan pada 27 Ogos!

Jadual Piala Malaysia 27 Ogos 2013

Jom ler yop, kita tengok dulu jadual malam esok. Mana tau, ada masa nak singgah mana-mana stadium. Boleh sokong pasukan kesayangan deme! Semua perlawanan bermula jam 8.45 malam yer.

Kemaskini keputusan penuh perlawanan;

  • Sime Darby 2 vs Selangor 0
  • Johor FA 3 vs ATM 3
  • T-Team 2  vs Johor DT 3
  • PKNS 1 vs Felda United 0
  • Negeri Sembilan 1 vs Kelantan 1
  • Pahang 1 vs Terengganu 1
  • Kedah 0 vs Sarawak 0
  • Perak 1 vs Lions XII 0

Perlawanan tumpuan pastinya ke arah pasukan PKNS yang nampak lebih power berbanding pasukan ‘abang’iaitu Selangor. Anak buah kendalian bekas jurulatih kebangsaan ini, Hj. Abd. Rahman memang dilihat  begitu berdisiplin dalam mengikut taktikal perlawanan. Setakat ni, memang nampak menjadi dan tak mustahil, PKNS akan menjadi pasukan pertama yang layak ke suku akhir!

Terengganu dilihat pasukan yang paling tidak menjadi dalam saingan Piala Malaysia 2013. Masih tiada mata dikutip setakat ini meletakkan pasukan bimbingan E.Elavarasan cukup tertekan. Apa sudah jadi dengan pasukan yang penuh dengan kejutan dan pemain berbakat ini? Apakah Pahang bakal menjadi mangsa pertama pasukan Sang Penyu? Atau Sang Penyu bakal ditunjukkan jalan keluar yang lebih luas malam esok?

Satu lagi pasukan yang cukup menarik ialah Sarawak. Kejayaan Juara Liga Perdana menenggelamkan ego Lions XII, Sabtu lalu cukup mengujakan bukan setakat peminat Ngap Sayot tapi seluruh peminat bola sepak Malaysia. Ia ibarat Sarawak menghadiahkan satu “piala” kepada peminat bola sepak Malaysia. Cukup mengujakan! Satu soalan paling best yang kedengaran sekarang ialah apakah Lions XII bakal menjadi antara pasukan awal yang akan dihantar pulang dalam saingan Piala Malaysia? Ramai yang tertunggu-tunggu, betul ke? Saksikan siaran langsung Kedah vs Sarawak di Astro Arena 801, jam 8.45 malam.

Jangan lupa saksikan secara live streaming. Perlawanan pilihan untuk live streaming ialah;

Live streaming Kedah vs Sarawak & Johor FA vs ATM

@hafizmd – Piala Malaysia 2013. Setakat ni, ambe rasa masih hangit! Harap malam esok, mula wangi…hehehe