Hoki Piala Asia:Malaysia vs Jepun 27 Ogos

berita sukan hoki malaysia

Assalamua’laikum.

Dalam meriahnya bola sepak Piala Malaysia, sukan hoki juga tak kurang hebatnya. Selepas sekali menang ke atas Taiwan 10-2, dan tewas kepada Pakistan 1-4. Malam ni, peluang skuad bimbingan Paul Revington untuk menang bukanlah satu misi yang mustahil. Malaysia hanya perlu seri untuk layak ke separuh akhir, tapi menang pasti lebih baik!

Malaysia vs Jepun

Hoki Piala Asia Malaysia vs Jepun 27 Ogos
Lelaki ‘hoki’ yang berjaya tarik peminat ke stadium!

Dalam perlawanan awal, Jepun juga menang besar ke atas Taiwan, 5-1 dan juga senasib dengan Malaysia apabila dibaham Pakistan 7-0. Kalau ikut keputusan ni, rasanya takde masalah besar buat pasukan hoki Malaysia untuk menang bergaya malam ni. Cuma yang dirisaukan ialah penyudah berkesan sewaktu mengambil pukulan sudut penalti. Tengok saja deretan peluang terhidang semasa bertemu Pakistan. Banyak peluang yang tak dapat disudahkan dengan jaringan. Harapnya pemain bintang Malaysia, Faizal Saari akan merobek gawang Jepun kaw-kaw malam ni!

World Ranking  

Berikut kedudukan terkini skuad hoki Malaysia dan beberapa pasukan yang turut menyertai Kejohanan Hoki Asia 2013.

  • Malaysia: 13
  • Jepun: 16
  • Pakistan: 8
  • India: 11

Perlawanan berlangsung di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh. Apa lagi yop, kalau ada masa singgahlah untuk berikan sokongan padu kepada pasukan hoki Malaysia!

Keputusan penuh: Malaysia 4 vs Jepun 2

@hafizmd – Hoki Piala Asia Malaysia vs Jepun! Sayang, takde siaran langsung hoki malam ni….