Doa Awet Muda & Sihat Tubuh Badan

- 9 April 2013. Updated 24 September 2013Kesihatan

Assalamua’laikum.

Doa Awet Muda & Sihat Tubuh Badan. Kesihatan tubuh badan antara nikmat Allah yang amat besar. Semalam kaki ambe ‘terpeleot’ masa berlari kat taman. Kaki ambe memang mudah terpeleot akibat insiden jatuh anak tangga 13 tahun dulu. Terdengkot-dengkot jugalah bila berjalan. Bila nikmat yang diberi ditarik sedikit, barulah kita sedar yang kita manusia penuh lalai. Barulah ingat nak baca doa sihat tubuh badan.

1. Doa awet muda:Jom hafal dan beramal

Doa petua awet muda & kecergasan badan

“Wahai Tuhan, aku berlindung kepada Mu daripda kelemahan dan ketuaan dan aku berlindung kepada Mu daripada timpaan bala bencana, kecelakaan dan nasib  yang buruk. Ya Allah, daku (insan) yang lemah, kuat dan segarkanlah diriku, ya Allah Yang Maha Pengasih.”

  • Amalkan baca doa awet muda di atas. Mudah-mudahan badan kita sentiasa segar dan cergas untuk menunaikan ibadah kepada Allah.

2. Doa Sihat Tubuh Badan, Minda Aktif dan Cerdas

doa sihat tubuh badan

“Ya Allah kurniakanlah kesihatan pada badanku, ya Allah kurniakanlah kesihatan kepada pendengaranku, ya Allah kurniakanlah kesihatan kepada penglihatanku, ya Allah hamba berlindung kepada Mu daripada kekufuran dan kepapaan, ya Allah hamba berlindung kepada Mu daripada kesengsaraan azab kubur, tiada tuhan melainkan Engkau.”

  • Baca pada waktu pagi dan petang. InshaaAllah, badan, telinga dan pendengaran menjadi sihat serta minda aktif lagi beraura positif.

3. Bagaimana tahap kesihatan seluruh pancaindera dan anggota tubuh badan kita?

  • Ambe mengingatkan diri sendiri terutamnya untuk mengawal lidah, tangan dan mata kita serta seluruh pancaindera daripada melakukan kerosakan. Cepat-cepat kita beristighfar bila melakukan dosa.
  • Berhati-hati bila menulis dan berkata-kata. Nak-nak musim PRU ni. Macam-macam status di FB yang boleh kita baca.
  • Macam-macam panggilan yang kita panggil kepada mereka yang tak sebulu dengan kita.
  • Apakah ini yang Nabi ajarkan kepada kita?
  • Jangan asyik cuba menegakkan sesuatu perkara dengan berkata “Dia buat takpe, kenapa kita tak boleh buat?” Ingat, dosa kita, kita yang tanggung dan menjawabnya nanti!

@hafizmd – Doa Awet Muda & Sihat Tubuh Badan. Orang yang suka senyum, pasti nampak sentiasa muda remaja. Setuju?

{ 40 comments… read them below or add one }

WRizuan April 9, 2013 at 2:31 pm

Terima Kasih Tuan, perkongsian yang banyak manfaat :)

Reply

hafizmd April 10, 2013 at 9:46 am

alhamdulillah.
moga petua kurangkan demam kuning atau jaundis ni berguna buat semua

Reply

hafiz April 9, 2013 at 2:49 pm

alhamdulillah..bagus ni…boleh amalkan..

Reply

hafizmd April 10, 2013 at 9:46 am

alhadmulillah.

kena pakat hafal dan beramal

Reply

akubiomed April 9, 2013 at 3:59 pm

Boleh diamalkan bersama anak-anak.

Reply

hafizmd April 10, 2013 at 9:46 am

Itu yg terbaik.

Reply

fiezaradzi April 9, 2013 at 4:09 pm

moga terus sihat.. hati2 lain kali ye..

gi klinik nak? jom..

Reply

hafizmd April 10, 2013 at 9:45 am

hehe..ameen

dah baik dah kaki ni =)

thanks yer

Reply

anif April 9, 2013 at 4:10 pm

Terima kasih atas peringatan ini. Bila sihat kita lupa Dia!

Reply

hafizmd April 10, 2013 at 9:45 am

Astaghfirullah.

Moga kita cepat2 dan sentiasa ingat pada Allah

Reply

Bean Moreno April 9, 2013 at 4:35 pm

perkongsian yang bagus…trima kasih

Reply

hafizmd April 10, 2013 at 9:41 am

terima kasih kembali

Reply

onlajer April 9, 2013 at 4:51 pm

Alhamdulilah mari kita semua mengamalkanya, supaya badan sihat otak cergas mudahlah kita mengerjakan amal ibadah

Reply

hafizmd April 10, 2013 at 9:41 am

ameen. itu yg kita cari..thanks bro

Reply

KY April 9, 2013 at 5:00 pm

Assalamualaikum,

Alhamdulillah…sama2 kita amalkan

Reply

hafizmd April 10, 2013 at 9:39 am

Waa’laikumussalam

Itu yg sebaiknya…ameen

Reply

auc April 9, 2013 at 5:14 pm

Tepat sekali dengan “doa itu senjata org mukmin” terima kasih atas perkongsian ini

Reply

hafizmd April 10, 2013 at 9:38 am

terima kasih kembali

sama2 kita ingat mengingatkan

Reply

titan April 9, 2013 at 9:10 pm

makan cendol aje banyak-banyak. hehe..

Reply

hafizmd April 10, 2013 at 9:31 am

gua dah agak dah…heheheh

Reply

titan April 10, 2013 at 7:14 pm

haha..nak wat camana..cendol terbukti kesahihannya..

Reply

hafizmd April 10, 2013 at 10:51 pm

@titan, hahaha..tang terbukti tu yang ambe tak tahan tuh…hahahha

Reply

Imran April 9, 2013 at 11:44 pm

petua yang bagus untuk diamalkan

Reply

hafizmd April 10, 2013 at 9:30 am

InshaaAllah. Kena yakin dgn doa kita =)

Reply

Dulu Lain Sekarang Lain April 10, 2013 at 5:25 am

jimat duit eehhh.. tak payah pakai botox…

Reply

hafizmd April 10, 2013 at 9:21 am

lupakan botox…hehehe

baca doa awet muda dan hati mau baik =)

Reply

Lynn April 11, 2013 at 1:07 am

Selain itu boleh juga banyakkan baca doa Nurun Nurbuah dan selawat banyak-banyak terutamanya bila mengadap cermin. Apa pun artikel Hafiz ini memang sangat bermanfaat untuk kita amalkan.

Reply

Denaihati April 11, 2013 at 9:42 pm

nak mengundi pun tubuh kena sihat, sekurang2nya boleh menulis pangkah…
bagus sangat untuk diamalkan.

Reply

hafizmd April 12, 2013 at 2:56 am

Setuju. Moga2 gagoh nok pangkah nanti =)

Reply

Datin Tyka April 11, 2013 at 9:45 pm

selalu juga mengamalkan… same2 kita mengamalkan…

Reply

hafizmd April 12, 2013 at 2:56 am

ameen..sama2 kita jadi muda luar dan dalam

Reply

Amirul Aslam April 14, 2013 at 12:28 am

Alhamdulillah, perkongsian yang bermanfaat. Thanks bro :)

Reply

hafizmd April 14, 2013 at 6:17 pm

Terima kasih kembali. Moga ada manfaat

Reply

metrolisa April 14, 2013 at 6:43 pm

saya akan cuba amalkan bro semoga bisa sihat terus sampai nanti jauh dihari tua

Reply

Hafizul April 17, 2013 at 3:32 pm

Santapan rohani gak ni..hehe..entah la kadang2 mata ni susah nak jaga..

Reply

suri May 22, 2013 at 3:38 pm

susah nak jaga hee…cuba bawak baca buku ker..atau kira kambing sang biri2 ngeheee

Reply

Hairul Azni April 25, 2013 at 12:43 pm

Bagus diamalkan bersama keluarga..

** Saya ada email bro,harap bro dapat reply secepat mungkin..

Reply

hafizmd April 25, 2013 at 10:54 pm

Itu yg terbaik

ps- dah reply..maaf sedikit lambat

Reply

suri May 22, 2013 at 3:37 pm

doa awek mudo pun ad ammg terbaik ini heee

Reply

Cik Jaja September 4, 2017 at 1:06 pm

So much true, kena jaga lisan! Tak kisahlah di fb ke in real ke..baru la sihat fikiran dan minda.

Lagi, jaga pemakanan sihat sama untuk kekal sihat dan awet muda.. Kan kan ????

Reply

Leave a Comment

{ 2 trackbacks }