5 Petua Asah Minda Aktif & Cerdas!

- 18 March 2013. Updated 2 April 2015Kesihatan

 Assalamua’laikum.

5 Petua Asah Minda Aktif & Cerdas! Sah ini bukan cerita otak-otak tu yer. Makan saja…hahaha. Ada orang kata, kalau kurang cerdik dipanggil ‘otak udang’. Ambe keliru kenapa udang yang dipersalahkan? Lupakan pasal udang dan fokuskan pada 5 perkara atau petua yang boleh kita amalkan untuk menjaga dan meningkatkan keaktifan minda kita. Minda yang aktif, inshaaAllah hasil kerja kita juga berkualiti. Malah nak siapkan 10 entri sehari pun boleh! 

Andai kita nak jadi orang baik-baik, kita kena buang sifat buruk. Jadi, kalau mahukan minda yang aktif dan cerdas, kita kenalah buang perkara yang boleh menjadikan minda kita pasif dan kurang cerdas.

5 Sebab Minda Kurang Aktif dan Cerdas!

  1. Tak makan sarapan pagi. Kenapa? Kalau tak makan pagi, mana nak dapat bekalan tenaga? Minda yang aktif, perlukan bekalan tenaga yang mencukupi di waktu pagi. Mudah, kan? Bekalan yang cukup, bukan terlebih!
  2. Terlebih makan. Makan secara melampau juga tidak bagus untuk kesihatan. Semua orang tahu, tapi tak tahu nak beramal. Betul tak? Macam mana nak tahu kita melampau bila makan? Cubalah jeling orang meja sebelah, kalau pinggan kita penuh sampai melimpah, itu maknanya kita sudah terlebih. Mudah, kan?
  3. Kurang berimaginasi. Orang kata suka berangan. Contohnya, antara teknik mudah kuruskan badan ialah dengan berimaginasi bentuk badan kita selepas berjaya kuruskan badan. Mesti kita jadi lebih bersemangat. Berimaginasilah perkara-perkara yang baik sahaja! Minda perlukan suapan positif!
  4. Malas berfikir. Hasil kerja yang bagus pastinya datang daripada perancangan yang berkualiti. Kualiti terhasil daripada perbincangan dan soal jawab yang bagus. Contohnya cukup mudah. Ada perkara yang kita boleh buat sendiri memaksa kita untuk berfikir menyelesaikan masalah. Jika tak berjaya, barulah kita boleh bertanya pada mereka yang lebih tahu. Bertanya itu salah satu hasil kejayaan mereka yang BERFIKIR!
  5. Terlebih tidur. Tidur memang penting. Ibarat handphone juga yang perlu dicaj. Ayuh kita perkuat minda aktif dengan mengaktifkan sel-sel minda kita dengan solat sunat Tahajjud dan solat sunat lain. Bijak pandai ada menyebut, “Mereka yang kurang tidur, mereka lebih lama hidup”

Petua Minda Aktif dan Cerdas?

  1. Membaca al-Quran. Sama-sama kita jadikan amalan seharian walaupun sepotong ayat. Setiap huruf yang kita baca inshaaAllah moga-moga kita dikurnia rahmat Allah.
  2. Sentiasa berfikiran positif. Positif positif dan positif. Minda yang aktif, inshaaAllah kita sentiasa berbaik sangka dan positif.
  3. Amalkan makanan yang sihat. Contohnya supplemen vitamin Minda Aktif. InshaaAllah mampu merangsang minda kita dan anak-anak untuk lebih aktif dan cerdas. Menjadikan badan kita cergas dan lebih sihat. Boleh rujuk laman Minda Aktif 9A Plus untuk sebarang pertanyaan.
  4. Jauhkan diri daripada pencemaran asap terutamanya asap rokok. Tak mustahil, asap rokok mampu menjejaskan sel otak kita untuk lebih aktif!
  5. Awasi pergaulan. Kata orang, berkawan dengan penjual minyak wangi, paling tidak kita juga berbau wangi walaupun kita tidak membeli minyak wanginya. Ingin berjaya, rajin-rajinkan membaca pengalaman mereka yang melalui perit jerit sebelum berjaya seperti cerita ‘Hadiah Sebuah Kesabaran‘ ini.

Petua akan tinggal petua jika tidak beramal. Ibarat “pokok tanpa buah” dan “Titan tanpa cendol”

Maka, kuatkan semangat dan bulatkan tekad untuk menjadi lebih baik dari semalam!

@hafizmd – 5 Petua Asah Minda Aktif & Cerdas! Boleh Like, Tweet dan Share entri ini andai dirasakan ada manfaatnya =)

{ 56 comments… read them below or add one }

Oneblogsocial March 18, 2013 at 10:56 am

Dulu saya tak suka bersarapan pagi .Ternyata bekerja dalam keadaan perut kosong akan melemahkan system penghadaman.

Reply

hafizmd March 18, 2013 at 4:31 pm

Tanpa sarapan pagi melemahkan sistem penghadaman. Terima kasih berkongsi yer.

Reply

Oneblogsocial March 21, 2013 at 12:15 pm

sama sama

Reply

suri March 18, 2013 at 5:13 pm

uik. doet ker haper heee..keje mesti buat tpi perot mau jaga juga meh hee… nnto perot2 berbunyi klr irama cma ner? hii

Reply

yusri March 19, 2013 at 2:03 am

susah gak nak faham ni…hehe

Reply

hafizmd March 19, 2013 at 8:58 am

@yusri, hehe..ambe baca byk kali jugok =)

Reply

yusri March 31, 2013 at 10:11 pm

bahase mende dia paka tu…

hatiputera March 18, 2013 at 12:12 pm

Sarapan pagi tu memang penting untuk menjadikan minda kita aktif,,,lebih-lebih lagi untuk anak-anak ke sekolah.

Reply

hafizmd March 18, 2013 at 4:30 pm

Sarapan pagi mmg pentingkan bro HP?

Anak2 kalau dapat kita didik makan pagi, inshaaAllah bijak dan cerdas akalnya

Reply

hafiz March 18, 2013 at 4:13 pm

biasa sarapan yang ringan2 je…

Reply

hafizmd March 18, 2013 at 4:30 pm

Sarapan ringan2 pun ok..kalau dapat makan buah2 dan makanan bijirin lagi ok…fuh!

Reply

yusri March 19, 2013 at 2:04 am

paling ringan gula kapas…haha
ringan sungguh…

Reply

hafizmd March 19, 2013 at 8:58 am

@yusri, makan benda tu mana nok kenyang..hahaha

Reply

hafiz March 19, 2013 at 5:03 pm

haah mana kenyang, kita makan jemput2 ke, kacang pol ke…

yusri March 31, 2013 at 10:13 pm

haha…kate makanan ringan…ringan sungguh tu…

suri March 18, 2013 at 5:10 pm

salam..
mesti ,alan klu tak sikit. kt pejabat mestia da stok biskut dan milo heee. klu mals beli sarapan sy akan buat milo dan celop biskut. klu tahap gaban mals tu sy minum oat nesvita jer campur milo heee

Reply

hafizmd March 19, 2013 at 9:03 am

As salam,
elok jugak tuh.nestiva tu sedap woo..cuma mahal sikit jer..hehe

Reply

suri March 18, 2013 at 5:12 pm

makan madu sb ia mampu otak kita cerdas dan badan akan rasa lebih bertenaga. sy pernh makan dan buat ternyata ia berhasil. tpi amdu tu dh hbis tggl skit huu..

Reply

hafizmd March 19, 2013 at 9:03 am

Madu antara sumber makanan yg jadi pilihan..jom makan bermadu

Reply

eiela March 18, 2013 at 9:27 pm

yup kena aktif dan cerdas. kena bersenam jugak nak aktif dan cerdas nih baru segar badan baru dapat byk idea.

Reply

hafizmd March 19, 2013 at 9:01 am

Bersenam. Lupa plak ambe nak masukkan. Thanks eiela =)

Reply

leeza dayasari March 18, 2013 at 10:57 pm

mari sama2 amalkan yg perlu. hindarkan yg tidak wajar. :-)

Reply

hafizmd March 19, 2013 at 9:01 am

Cantek! Itu yg terbaik

Reply

titan March 18, 2013 at 11:39 pm

gua makan cendol ajelah yang gua mampu.

Reply

hafizmd March 19, 2013 at 9:01 am

Yg ni boleh masuk list juga ni..hehe

Reply

Datin Tyka March 19, 2013 at 8:52 pm

kalori tinggi wo

Reply

Hafizul March 19, 2013 at 1:02 am

Hehe..kuat berimaginasi yer?habis la lepas ni..haha..petua yang menarik untuk dikongsi..

Reply

yusri March 19, 2013 at 2:05 am

koya lebih…haha
memang kena kuat imaginasi barulah ada visi dan misi…haha

Reply

hafizmd March 19, 2013 at 8:57 am

@yusri, hahahaha…koya kena jugok..setuju tu boh..keh3

Reply

hafizmd March 19, 2013 at 9:00 am

@bro pk, hahaha..kena koya jugok siket2..kasi power minda kita

Reply

Hafizul April 2, 2013 at 11:37 am

Haha..setuju..kadang2 tak koya otak jadi berkarat pulak..Yusri hebat lalu komen dia.visi dan misi nahh..haha

Reply

yusri March 19, 2013 at 2:02 am

selalu miss sarap…qada’ dengan lunch sekali…huhu

Reply

hafizmd March 19, 2013 at 8:58 am

Bab qada’ sarap tu yang kureng tu boh…hihi

Reply

papa mifz March 19, 2013 at 3:33 pm

perkongsian yg bagus bro, boleh di aplikasikan…:)

Reply

onlajer March 19, 2013 at 5:23 pm

Rasanya aku kena kuat berimiginasi nih hehe

Reply

suri March 31, 2013 at 11:05 pm

he fikirkan perkara2 yang bai sahaja ya

Reply

fariq March 19, 2013 at 5:48 pm

kurang berimiginasi pun jadi minda tak aktif ye, baru tau.. hehehe
kawan terkurang tidur, jadi nak masuk golongan yang mane ek..

Reply

Datin Tyka March 19, 2013 at 8:49 pm

yang asap tu confuse..
kawan den kuat isap rokok tapi tang belajar, paling bijak dalam kelas… dekan setiap sem..
tu kelebihan dia agaknya kan…

Reply

rosmaisara March 20, 2013 at 12:15 am

lecturer saya kata, kalau tak sarapan,otak kita akan jadi macam orang tua berumur 72 tahun…heheheh…
Pagi2 masa pergi kerja tu mainlah game sudoku ke game teka gambar ke, bagi otak tu bergerak pagi2…semata2 nak hilangkan ngantuk tak nak tertidur dalam train..heheh

Reply

TehR March 20, 2013 at 12:22 am

aku memang masuk kantin sebelum masuk kelas
nak elak dari tersilap ‘makan budak’ kat dalam kelas
haha

Reply

ohcikgu March 20, 2013 at 5:35 am

macam itulah plak. hehe..

Reply

AkmaOmar March 20, 2013 at 9:55 am

Saya jarang sarapan pagi dan selalu kurang tido hehehe

Reply

hafizmd March 21, 2013 at 9:39 am

erm..maybe lepas ni boleh try sikit2 dulu…takut perut terkejut..hehehehe

Reply

Dulu Lain Sekarang Lain March 20, 2013 at 8:39 pm

Petua yg baik dan kawe sangat2 setuju dengan senarai tips yg diberikan. Cuma kalau utk kawe tu, kalau nak extra cergas, pekena kopi satu cawan… kaw kaw jadinya…

Reply

hafizmd March 21, 2013 at 9:31 am

Kopi ek? Baguih jugak tuh…kasi laju minda utk berfungsi…kaw2 mmg best…hehe

Reply

akubiomed March 21, 2013 at 1:33 pm

Cukup liat menyuruh anak-anak untuk bersarapan. Ketika saya bersekolah dahulu tidak pernah tinggal sarapan.

Reply

hafizmd March 23, 2013 at 4:23 pm

Nak kena cari jalan jugak utk anak2 sarapan pagi…

Reply

suri March 31, 2013 at 11:00 pm

org kta jgn ckp benda tak elok nnti cpt pelupa

Reply

suri March 31, 2013 at 11:02 pm

makan madu skrg ada madu yg manis2 huhu..

Reply

suri March 31, 2013 at 11:04 pm

rasanya bersukan blh buat badan cerdas otk siht

Reply

Asyrof Asri April 2, 2013 at 3:57 pm

Setuju dengan poin asah minda aktif dan cergas dengan teknik sentiasa membaca Al-Quran. ;)

Ya, Al-Quran pengubat segalanya, termasuk sihir. ;)

Reply

ummuhana September 13, 2014 at 12:56 am

assalamualaikum…alhamdulillah tips bermanfaat…
saya seorang ummi yg inginkan yg terbaik untuk anak saya..

jemput ke blog saya
http://hanasihat.blogspot.com/

Reply

AkmaOmar October 4, 2014 at 11:06 pm

Tidur tak cukup pun salah satu punca otak dan badan kita tidak dapat berfungsi dengan baik kan.

Reply

nadhrah December 3, 2014 at 4:25 pm

sarapan pagi mmg penting sebelum memulakan sesuatu perbuatan yang baru di awal pagi..at least sarapanlah apa2 pon asalkan alas perut sperti oatmeal ke? ;) kalau tidak sarapan, nnti badan pula tidak bermaya, minda yang cergas bermulaaaaa drpd badan yang sihat! ^^ kan? Thanks 4 the info :)

Reply

hafizmd April 2, 2013 at 9:52 am

@yusri, hahaha..kena sunggoh ti lah tu..keh2

Reply

hafizmd April 2, 2013 at 9:55 am

@yusri, puan suri nok laju sangat tu…hehe

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }