5 Petua Asah Minda Aktif & Cerdas!

asah minda aktif

ย Assalamua’laikum.

5 Petua Asah Minda Aktif & Cerdas!ย Sah ini bukan cerita otak-otak tu yer. Makan saja…hahaha. Ada orang kata, kalau kurang cerdik dipanggil ‘otak udang’. Ambe keliru kenapa udang yang dipersalahkan? Lupakan pasal udang dan fokuskan pada 5 perkara atau petua yang boleh kita amalkan untuk menjaga dan meningkatkan keaktifan minda kita. Minda yang aktif, inshaaAllah hasil kerja kita juga berkualiti. Malah nak siapkan 10 entri sehari pun boleh!ย 

Andai kita nak jadi orang baik-baik, kita kena buang sifat buruk. Jadi, kalau mahukan minda yang aktif dan cerdas, kita kenalah buang perkara yang boleh menjadikan minda kita pasif dan kurang cerdas.

5 Sebab Minda Kurang Aktif dan Cerdas!

  1. Tak makan sarapan pagi. Kenapa? Kalau tak makan pagi, mana nak dapat bekalan tenaga? Minda yang aktif, perlukan bekalan tenaga yang mencukupi di waktu pagi. Mudah, kan? Bekalan yang cukup, bukan terlebih!
  2. Terlebih makan. Makan secara melampau juga tidak bagus untuk kesihatan. Semua orang tahu, tapi tak tahu nak beramal. Betul tak? Macam mana nak tahu kita melampau bila makan? Cubalah jeling orang meja sebelah, kalau pinggan kita penuh sampai melimpah, itu maknanya kita sudah terlebih. Mudah, kan?
  3. Kurang berimaginasi. Orang kata suka berangan. Contohnya, antara teknik mudah kuruskan badan ialah dengan berimaginasi bentuk badan kita selepas berjaya kuruskan badan. Mesti kita jadi lebih bersemangat. Berimaginasilah perkara-perkara yang baik sahaja! Minda perlukan suapan positif!
  4. Malas berfikir. Hasil kerja yang bagus pastinya datang daripada perancangan yang berkualiti. Kualiti terhasil daripada perbincangan dan soal jawab yang bagus. Contohnya cukup mudah. Ada perkara yang kita boleh buat sendiri memaksa kita untuk berfikir menyelesaikan masalah. Jika tak berjaya, barulah kita boleh bertanya pada mereka yang lebih tahu. Bertanya itu salah satu hasil kejayaan mereka yang BERFIKIR!
  5. Terlebih tidur. Tidur memang penting. Ibarat handphone juga yang perlu dicaj. Ayuh kita perkuat minda aktif dengan mengaktifkan sel-sel minda kita dengan solat sunat Tahajjud dan solat sunat lain. Bijak pandai ada menyebut, “Mereka yang kurang tidur, mereka lebih lama hidup”

Petua Minda Aktif dan Cerdas?

  1. Membaca al-Quran. Sama-sama kita jadikan amalan seharian walaupun sepotong ayat. Setiap huruf yang kita baca inshaaAllah moga-moga kita dikurnia rahmat Allah.
  2. Sentiasa berfikiran positif. Positif positif dan positif. Minda yang aktif, inshaaAllah kita sentiasa berbaik sangka dan positif.
  3. Amalkan makanan yang sihat. Contohnya supplemen vitamin Minda Aktif. InshaaAllah mampu merangsang minda kita dan anak-anak untuk lebih aktif dan cerdas. Menjadikan badan kita cergas dan lebih sihat. Boleh rujuk laman Minda Aktif 9A Plus untuk sebarang pertanyaan.
  4. Jauhkan diri daripada pencemaran asap terutamanya asap rokok. Tak mustahil, asap rokok mampu menjejaskan sel otak kita untuk lebih aktif!
  5. Awasi pergaulan. Kata orang, berkawan dengan penjual minyak wangi, paling tidak kita juga berbau wangi walaupun kita tidak membeli minyak wanginya. Ingin berjaya, rajin-rajinkan membaca pengalaman mereka yang melalui perit jerit sebelum berjaya seperti cerita ‘Hadiah Sebuah Kesabaran‘ ini.

Petua akan tinggal petua jika tidak beramal. Ibarat “pokok tanpa buah” dan “Titan tanpa cendol”

Maka, kuatkan semangat dan bulatkan tekad untuk menjadi lebih baik dari semalam!

@hafizmd – 5 Petua Asah Minda Aktif & Cerdas! Boleh Like, Tweet dan Share entri ini andai dirasakan ada manfaatnya =)