10 Perkara Yang Dibuat Bila Blogwalking

Assalamua’laikum.

10 Perkara Yang Ambe Buat Bila Blogwalking. Perkara wajib bagi blogger amatur macam ambe ialah aktiviti blogwalking. Kekerapan blogwalking bergantung kepada tahap ke’perasan’an ambe sibuk dan juga kekuatan zahir serta batin ambe di saat mengadap blog anda. Apa 10 perkara yang biasa ambe buat bila blogwalking? Takkan setakat komen ajer? 

Antara 10 perkara yang selalu ambe buat bila menjenguk blog rakan blogger ialah;

  1. Pastinya membaca entri terkini blog anda. Maka, kalau blog jarang dikemaskini, jarang jugaklah ambe menerjah blog anda. Melainkan…(baca point berikutnya)
  2. Anda rajin meng’ping’ entri lama anda di sudut commentluv di entri ambe. InshaaAllah, ambe akan terjah kembali entri tu walaupun entri tu 4 tahun yang lepas.
  3. Melihat paparan blog anda melalui iPad. Samada responsive atau biasa macam ambe. Ternyata, blog yang mengguna pakai theme responsive lebih laju loadingnye.
  4. Mengkaji ruang sidebar blog anda. Apa yang ambe perhatikan ialah entri terkini, top commentator dan iklan yang dipasang untuk dikaji bila perlu.
  5. Klik butang sosial yang ada seperti butang Google Plus, Tweet dan Like Fb. Maka agak rugilah bagi blog yang belum memasang butang perkongsian sosial ni. Kekerapan ambe meng’klik’ sangat bergantung kepada daya tarikan sesuatu entri.
  6. Melihat score SEO Doctor. Benda dah siap dipasang, jadi ambe rajinkan diri untuk klik score blog anda. Ambe tengok mana yang boleh ambe cedok ilmunya.
  7. Belajar memberi komen dengan betul. Antara perkara yang ambe suka buat bila berkelapangan ialah memberi respons. Komen sedaya upaya ditulis menggunakan bahasa yang difahami dan tidak berulang-ulang serta terlampau pendek. Kalau topik entri menarik, memang boleh jadi laman sembang!
  8. Periksa Alexa blog anda. Nak buat apa? Salah satunya sebagai sumber motivasi. Juga untuk melihat review blog anda di Alexa. Kalau belum ada, mungkin ambe akan masukkan dalam projek yang akan disambung nanti iaitu ‘Projek Review Blog di Alexa’
  9. Belajar kepelbagaian teknik penyampaian entri. Kalau anda perasan, ada blog yang ditulis sentiasa mementingkan SEO. Ada yang selang-seli dan ada juga yang tidak menggunakan SEO.
  10. Memahami niche blog anda. Kenapa? Supaya senang untuk ambe buat rujukan dan memberi backlink percuma bila perlu.

Ada juga beberapa perkara yang ambe bataskan bila berblogwalking antaranya ialah tidak menilai seorang blogger itu hanya berdasarkan komen dan cara penyampaian entri mereka!

Sila ambil perhatian: Ada antaranya baru dipraktikkan. “Ambe bapak budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan”

@hafizmd – 10 Perkara Ambe Buat Bila Blogwalking. Berblogging dah jadi hobi yang menyeronokkan!

Published by Hafizmd

Artikel ditulis berdasarkan pengalaman peribadi dan juga melalui pembacaan. Sebarang kehilangan, kerosakan dan komen pembaca adalah tanggungjawab anda. Dapatkan bantuan pakar berkaitan jika memerlukan khidmat nasihat yang tepat. Jika entri ini bermanfaat, mohon 'Like, Tweet & G+' kepada rakan anda. Terima kasih dan selamat membaca.