Siri 2: 5 Petua Tingkatkan Mood Diri & Pasangan

- 25 April 2013Motivasi

Assalamua’alaikum.
Siri 2: 5 Petua Tingkatkan Mood Diri Sendiri. Mood yang positif penting untuk kita hasilkan impak yang super berkesan. Seorang tukang buat burger pasti membakar daging burger dengan lebih sedap. Seorang pekerja menyiapkan tugasan dengan lebih cekap. Seorang isteri mengurus rumahtangga dengan lebih super seronok. Bagaimana? Jom, baca 5 lagi petua untuk tingkatkan/kembalikan mood kita dan pasangan.

5 petua kembalikan/tingkatkan mood pasangan dan diri

1. Makan coklat. Iya. Ambe tahu, coklat dan wanita tak dapat dipisahkan. Bau dan tekstur coklat saja dah mampu membuatkan pasangan dan diri kita kembali senyum. Kalau isteri merajuk, boleh cuba berikan coklat dengan bentuk love. Tengoklah kesannya nanti! Kalau suami suka cendol, silalah beli cendol semangkuk untuk dia…hehe

2. Luahkan perasaan dengan seni. Ambil kertas dan pen. Lepas tu, silalah conteng. Tak reti melukis, contenglah apa saja yang mampu meredakan dan mengembalikan mood diri sendiri. Menulis dalam diari juga mungkin membantu. Menulis dalam blog, mungkin boleh mengundang bahaha di kemudian hari.

petua tingkatkan mood motivasi diri dan pasangan

3. Bersenamlah. Cuba ambil masa lebih kurang 30 minit setiap hari untuk bersenam. Senaman yang ringkas-ringkas pun jadilah. Berjoging dan berjalan sekitar taman pun dah cukup. Tengok pokok yang menghijau dan berbunga mungkin membuatkan kita seolah-olah berada di Pulau Jeju, Korea. Jom pergi Korea! Tetiba! hahaha. Nak tahu cara bakar 300 kalori? Baca entri ini –> 5 Cara Bakar 300 Kalori di Rumah

4. Peluk seseorang. Ada kajian (oleh Universiti North California) menyebut, menyentuh seseorang meningkatkan endorphin seperti serotonin dan mampu mengurangkan tekanan darah. Jadi, carilah seseorang untuk dipeluk atau disentuh. Inilah antara hikmah sebuah perkahwinan. Ada isteri untuk dipeluk-dipeluk. Ada suami untuk dimanjai. Tak kahwin lagi? Peluklah kucing anda. Takde kucing? Bantal peluk pun jadilah! Ok. Bantal bukan manusia. Rugi hang..hehehe

5. Menyanyilah walau suara tak sedap. Rasa takde mood? Cuba menyanyi waktu memandu dalam perjalanan pergi kerja. Ada kajian lagi oleh Universiti Manchester (*tahniah Manu jadi juara BPL*) yang menyebut, ada satu bahagian dalam telinga dalam berhubung dengan bahagian otak yang mengawal rasa gembira. Ok. Nak lagi bagus, kita baca al-Quran. Tenang, mood diri pun jadi bagus, pahala pun dapat.

Itulah saja perkongsian tentang siri 2, 5 Petua Tingkatkan Mood Diri Sendiri. Moga-moga dapat kita gunakan bila diri takde mood ataupun bila pasangan kita kurang gembira. Apa yang lebih seronok selain melihat pasangan kita ceria dan diri kita kelihatan berharga.

Baca Siri 1: 5 Petua Tingkatkan Mood

@hafizmd – 5 Petua Tingkatkan Mood Diri Sendiri. Misi mengurangkan berat badan mula menunjukkan hasil. Jom joging petang ni, my sweetheart!

216 total views, 1 views today

{ 42 comments… read them below or add one }

Denaihati April 25, 2013 at 11:25 am

Luahkan perasaan dengan seni, bab conteng-conteng ni lama dah tak buat…heeee.
Baca entri terkini Blogger Denaihati´s: Review Terbaik Blog Denaihati

Reply

hafizmd April 25, 2013 at 11:00 pm

kiranya, dalam blog DH boleh dikira luahan jugaklah…hehe

Reply

KiD April 25, 2013 at 11:36 am

nombor 1,4 dan 5.. hehehehe… tapi ada kajian kata coklat bagus.. hehehe
Baca entri terkini Blogger KiD´s: Ulama’ tidak boleh jadi Umarak?

Reply

hafizmd April 25, 2013 at 10:58 pm

mmg coklat bagus bro..boleh bantu release hormon tenang..hehe

Reply

Ummi Hanie April 25, 2013 at 12:01 pm

yes, sy paling suka petua nombor 1 walaupun m’gemukkan. haha! ;)
Baca entri terkini Blogger Ummi Hanie´s: [Gambar] Majlis Aqiqah & Cukur Redza Syah Irfhan

Reply

hafizmd April 25, 2013 at 10:58 pm

hahaa…kalau makan tiap2 hari, mungkinlah…haha

benda sedap woo..mana nak tolak

Reply

Hanif Menhad April 25, 2013 at 12:10 pm

sekali sekala join jemaah tabligh… satu pengalaman yang tak dapat dilupai…
Baca entri terkini Blogger Hanif Menhad´s: MANIFESTO PAKATAN RAKYAT NEGERI JOHOR (download softcopy .pub untuk .jpeg)

Reply

hafizmd April 25, 2013 at 10:56 pm

Itu juga terbaik!
Terima kasih bro hanif berkongsi idea yg amat bagus

Reply

iOS Gear April 25, 2013 at 12:40 pm

Petua di bahagian no. 1 tu pernah dengar..
Baca entri terkini Blogger iOS Gear´s: Volkswagen ‘iBeetle’ Dengan Integrasi iPhone

Reply

hafizmd April 25, 2013 at 10:55 pm

Tu petua glamer tu…hhee

Reply

akubiomed April 25, 2013 at 12:51 pm

Untuk kembalikan mood pasangan senang sahaja bro belikan gelang emas. :-)

Reply

hafizmd April 25, 2013 at 10:54 pm

hahaha..lau camtu, buatnya tiap2 bulan, pengsan pasangan tu..haha

Reply

Ibu Mifzal Arsyad April 25, 2013 at 1:11 pm

ada petua2 di atas yg sy dah cuba..menjadi juga utk dapatkan kembali mood yang dah ke laut..
Baca entri terkini Blogger Ibu Mifzal Arsyad´s: Luang Masa Di Zoo Taiping

Reply

hafizmd April 25, 2013 at 10:54 pm

Terbaik! Maksudnya, mmg benarlah kajian mereka ni..hehe

Reply

onlajer April 25, 2013 at 1:20 pm

sekarang ini aku nak peluk sapa arr, hehehe
Baca entri terkini Blogger onlajer´s: Usaha Mengatasi Duka!

Reply

hafizmd April 25, 2013 at 10:53 pm

sape ade kat sebelah?

Reply

fyna April 25, 2013 at 1:41 pm

petua yang sangat berguna. boleh lah praktiskan lepas nih.
Baca entri terkini Blogger fyna´s: Gambar Terkini Anak Azizulhasni Awang Yang Comel, Amna Maryam

Reply

hafizmd April 25, 2013 at 10:53 pm

cantiklah..moga2 berguna time2 diperlukan

Reply

BeritaKaki April 25, 2013 at 2:03 pm

makan coklat itu yg dipercayai .. :)
Baca entri terkini Blogger BeritaKaki´s: Coklat Dari Jus Buah Elak Gemuk

Reply

hafizmd April 25, 2013 at 10:52 pm

hehe..mmg ramai yg suke coklat..hehe

Reply

Oneblogsocial April 25, 2013 at 2:04 pm

Terimakasih atas perkongsianya,
Baca entri terkini Blogger Oneblogsocial´s: Review Untuk Onlajer

Reply

hafizmd April 25, 2013 at 10:51 pm

terima kasih kembali singgah sini

Reply

maza April 25, 2013 at 5:31 pm

errr.. bab bersenam tu semacam ada sengal2 sikitlah.. ahaks..

heheheh…;)
Baca entri terkini Blogger maza´s: Rusuh itu berlaku lagi

Reply

hafizmd April 25, 2013 at 10:50 pm

keh3…biasalah, bila tiba time bersenam, tiba2 sengal habis sendi2..hehe

Reply

maza April 25, 2013 at 5:32 pm

Bab menyanyi maza kurang mahir, mungkin lagi beberapa tahun kalau praktis berterusan boleh menyertai pertandingan KILAUAN EMAS.. HEHEHE
Baca entri terkini Blogger maza´s: Rusuh itu berlaku lagi

Reply

hafizmd April 25, 2013 at 10:50 pm

hahaha..kalau bang maza masuk, ambe kenalah buat kain rentang khas utk undi bang maza..hhoho

Reply

papa mifz April 25, 2013 at 6:53 pm

petua yang berguna bro…:)
Baca entri terkini Blogger papa mifz´s: 6 Koleksi FM Terbaru

Reply

hafizmd April 25, 2013 at 10:49 pm

moga2 berguna utk kita =)

Reply

titan April 25, 2013 at 8:00 pm

em..gua tengah takde mood nih..
Baca entri terkini Blogger titan´s: Kegemilangan TNX masih tak terkalah.

Reply

hafizmd April 25, 2013 at 10:49 pm

ok, lu ada beberapa pilihan jer, p makan cendol atau peluk maikel =)

Reply

ajumohit April 25, 2013 at 8:06 pm

bab makan coklat tu saya setuju ;)
Baca entri terkini Blogger ajumohit´s: WW ~ Warna-warni birthday Najiha

Reply

hafizmd April 25, 2013 at 10:46 pm

hehe..ni mesti pencinta coklat..betul tak?hehe

Reply

Datin Tyka April 26, 2013 at 12:36 am

selalu pergi karoke je.. bayar rm10 untuk 1 jam.. hah puas… ilang tensyen.. tp selalu juga cerita masalah dengan mak.. mak je faham diri ini
Baca entri terkini Blogger Datin Tyka´s: Keturunan Rono Sengojo

Reply

hafizmd April 26, 2013 at 10:00 am

Nak ken cuba jugak ni..heheh

Itu untungnya kalau rapat ngn parents kan?

Reply

yusri April 28, 2013 at 10:18 am

thanks for the tips…bagus untuk dipraktikkan…
Baca entri terkini Blogger yusri´s: Di sebalik Kejadian Nabi Adam

Reply

hafizmd May 9, 2013 at 1:28 am

sama sama kita beramal…mood baik, kerjapun power!
Baca entri terkini Blogger hafizmd´s: Wordless Wednesday #37 Permainan Uji Minda Prof. Fizzwizzle

Reply

fiezaradzi April 29, 2013 at 11:07 am

tgk citer yg diri sendiri minat.. kalau suka kartun, layan lah kartun.. haha

tapibaca quran tu, mmg boleh buat tenang.. wpun kena buka tafsir utk maknanya..
Baca entri terkini Blogger fiezaradzi´s: Bila Budak Mula Baca Doa

Reply

hafizmd May 9, 2013 at 1:30 am

hehe..citer korea ler tu…hihi

yg ni, mmg 110 percent psti…
Baca entri terkini Blogger hafizmd´s: 3 Sisi Tak Terkalah Blog AhmadFaizal.com!

Reply

Hafizul April 29, 2013 at 3:28 pm

No 4 dan 5 tu memang saya selalu buat..memang terbukti menjadi…hahaha
Baca entri terkini Blogger Hafizul´s: Pendapatan Ke 12 Dari Jobdirumah

Reply

hafizmd May 9, 2013 at 1:29 am

bgus bro pk…bru tmbh hensem!
Baca entri terkini Blogger hafizmd´s: Sir Alex Ferguson Bersara!

Reply

Mentari Minda May 11, 2013 at 10:13 am

petua yang berguna…thank bro…boleh saya praktikan petua nie…
Baca entri terkini Blogger Mentari Minda´s: Dilarang Kentut Di Tempat Awam

Reply

hafizmd May 13, 2013 at 10:32 am

Sama2 berkongsi petua, moga2 ada kebaikan

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge