Siri 2: 5 Petua Tingkatkan Mood Diri & Pasangan

Assalamua’alaikum.
Siri 2: 5 Petua Tingkatkan Mood Diri Sendiri. Mood yang positif penting untuk kita hasilkan impak yang super berkesan. Seorang tukang buat burger pasti membakar daging burger dengan lebih sedap. Seorang pekerja menyiapkan tugasan dengan lebih cekap. Seorang isteri mengurus rumahtangga dengan lebih super seronok. Bagaimana? Jom, baca 5 lagi petua untuk tingkatkan/kembalikan mood kita dan pasangan.

5 petua kembalikan/tingkatkan mood pasangan dan diri

1. Makan coklat. Iya. Ambe tahu, coklat dan wanita tak dapat dipisahkan. Bau dan tekstur coklat saja dah mampu membuatkan pasangan dan diri kita kembali senyum. Kalau isteri merajuk, boleh cuba berikan coklat dengan bentuk love. Tengoklah kesannya nanti! Kalau suami suka cendol, silalah beli cendol semangkuk untuk dia…hehe

2. Luahkan perasaan dengan seni. Ambil kertas dan pen. Lepas tu, silalah conteng. Tak reti melukis, contenglah apa saja yang mampu meredakan dan mengembalikan mood diri sendiri. Menulis dalam diari juga mungkin membantu. Menulis dalam blog, mungkin boleh mengundang bahaha di kemudian hari.

petua tingkatkan mood motivasi diri dan pasangan

3. Bersenamlah. Cuba ambil masa lebih kurang 30 minit setiap hari untuk bersenam. Senaman yang ringkas-ringkas pun jadilah. Berjoging dan berjalan sekitar taman pun dah cukup. Tengok pokok yang menghijau dan berbunga mungkin membuatkan kita seolah-olah berada di Pulau Jeju, Korea. Jom pergi Korea! Tetiba! hahaha. Nak tahu cara bakar 300 kalori? Baca entri ini –> 5 Cara Bakar 300 Kalori di Rumah

4. Peluk seseorang. Ada kajian (oleh Universiti North California) menyebut, menyentuh seseorang meningkatkan endorphin seperti serotonin dan mampu mengurangkan tekanan darah. Jadi, carilah seseorang untuk dipeluk atau disentuh. Inilah antara hikmah sebuah perkahwinan. Ada isteri untuk dipeluk-dipeluk. Ada suami untuk dimanjai. Tak kahwin lagi? Peluklah kucing anda. Takde kucing? Bantal peluk pun jadilah! Ok. Bantal bukan manusia. Rugi hang..hehehe

5. Menyanyilah walau suara tak sedap. Rasa takde mood? Cuba menyanyi waktu memandu dalam perjalanan pergi kerja. Ada kajian lagi oleh Universiti Manchester (*tahniah Manu jadi juara BPL*) yang menyebut, ada satu bahagian dalam telinga dalam berhubung dengan bahagian otak yang mengawal rasa gembira. Ok. Nak lagi bagus, kita baca al-Quran. Tenang, mood diri pun jadi bagus, pahala pun dapat.

Itulah saja perkongsian tentang siri 2, 5 Petua Tingkatkan Mood Diri Sendiri. Moga-moga dapat kita gunakan bila diri takde mood ataupun bila pasangan kita kurang gembira. Apa yang lebih seronok selain melihat pasangan kita ceria dan diri kita kelihatan berharga.

Baca Siri 1: 5 Petua Tingkatkan Mood

@hafizmd – 5 Petua Tingkatkan Mood Diri Sendiri. Misi mengurangkan berat badan mula menunjukkan hasil. Jom joging petang ni, my sweetheart!

Published by Hafizmd

Artikel ditulis berdasarkan pengalaman peribadi dan juga melalui pembacaan. Sebarang kehilangan, kerosakan dan komen pembaca adalah tanggungjawab anda. Dapatkan bantuan pakar berkaitan jika memerlukan khidmat nasihat yang tepat. Jika entri ini bermanfaat, mohon 'Like, Tweet & G+' kepada rakan anda. Terima kasih dan selamat membaca.