5 Cara Tingkatkan Mood!

- 15 April 2013Motivasi

Assalamua’laikum.

10 Cara Tingkatkan Mood/Motivasi Diri. Biasalah, ada harinya kita hilang mood. Nak buat kerja pun berkira. Terutamanya hari Isnin. Ada saja serba tak kena. Silap haribulan, lupa nak zipkan seluar. Awas! Itu semua mainan emosi. Jiwa kacau dengan pelbagai cerita yang mengecewakan dan menyerabutkan. Bagaimana caranya untuk kita kembalikan mood kita? Ada yang cakap, mood sudah ‘kelaut!’ 

10 Cara Tingkatkan Kembali Motivasi Diri/Mood

1. Jangan salahkan diri sendiri. Habis tu nak salahkan siapa? Ok. Pointnya ialah jangan salahkan diri sendiri dan orang lain. Sebaliknya cari kelemahan diri dan cuba baiki kelemahan diri. Besar bezanya antara mencari salah dan mencari kelemahan diri. Mencari salah meletakkan diri kita rasa lemah, pasif dan rasa down. Sebaliknya, mencari lemah diri sendiri mampu menukar kelemahan menjadi satu kekuatan!

2. Berfikiran positif. Penting sangat ke nak kena fikir positif? Biasa sangat kita dengar kata bijak pandai, “Pasti ada sinar dihujung lorong”. Lebih kurang camtulah. Apa maksudnya? Maksudnya ialah jangan berputus harap pada Allah. Itu yang utama. Apa jua masalah, Allah wajib menjadi tempat kita bergantung harap. Bukan pada manusia!

cara kawal emosi tingkat motivasi

3. Dapatkan tidur yang berkualiti. Ramai antara kita yang suka berjaga malam. Blogging dan apa jua alasan sepatutnya tak menjadikan kita melawan fitrah tubuh badan kita. Mungkin sekarang kita belum rasa natijahnya suka berjaga malam, namun hakikatnya tidur yang berkualiti penting untuk kesihatan tubuh dan mental. Ambe tahu, ramai blogger yang sanggup sekang mata demi blog! Bersederhanalah wahai rakan-rakan.

4. Ceriakan diri dengan haiwan comel. Ambe tak nafi, bila kita tengok kucing, hati rasa gembira dan best. Betul tak? Sebab apa? Sebabnya hormon ‘ceria’ seperti serotonin, prolactin, dan oxytocin dah mula dihasilkan serta hormon penyebab tekanan iaitu cortisol direndahkan. Tiada haiwan nak dibelai? Macam-macam game ada kat internet. Bela ayam, bela itik, tanam pokok. Pilih saja, cuma jangan sampai kemaruk dan tak cukup tidur!

5. Senyum. Kalau payah sangat, paksalah diri untuk senyum. InshaaAllah, senyum membuatkan kita rasa lapang dan lega. Jangan asyik serius jer sepanjang hari. Mood kita kadangkala menyebabkan orang sekeliling kita beraura negatif. Senyum cukup membuatkan sesiapa saja senang dengan kehadiran kita. Betul tak?

Cukuplah ambe berkongsi 5 cara/petua untuk kembalikan mood kita yang ‘ke laut’. Ambe ada juga berkongsi beberapa entri berkaitan seperti di bawah;

@hafizmd – 5 Cara Tingkatkan Mood! Hidup ini indah jika kita bijak kawal emosi. Mengadulah pada Yang Maha Mendengar.

{ 48 comments… read them below or add one }

hafiz April 15, 2013 at 12:15 pm

semoga mood sentiasa baik…
Baca entri terkini Blogger hafiz´s: Pemain import baru Johor Darul Takzim

Reply

hafizmd April 18, 2013 at 9:46 am

alhamdulillah, mood ambe sentiasa dalam kawalan, kadang2 jer lari sikit..hehe

thanks bro
Baca entri terkini Blogger hafizmd´s: Pengalaman Live Streaming Dengan TM Unifi!

Reply

Hafizul April 15, 2013 at 12:16 pm

Betul tu..walau apa pun masalah yang dihadapi, Allah tetap setia menemani..pohon padanya selalu..thank bro atas artikel ni..rasa lega sikit perasaan dan emosi yang kelaut tu..
Baca entri terkini Blogger Hafizul´s: Sudah Cukup Sudah

Reply

hafizmd April 18, 2013 at 9:47 am

alhamdulillah. Moga ada manfaat diraih dari artikel ni

biasalah bro PK..hidup mesti ada rase resah, tp kalau kita sentiasa redha dan ingat utk bersangka baik pada Allah…semuanya akan jadi tenang dan lapang =)
Baca entri terkini Blogger hafizmd´s: Pengalaman Live Streaming Dengan TM Unifi!

Reply

Oneblogsocial April 15, 2013 at 12:29 pm

H h senyum,owrite.banyak orang kata jika banyak semyum akan awet muda.
Baca entri terkini Blogger Oneblogsocial´s: Terimakasih Untuk Wanzawawi.com

Reply

hafizmd April 18, 2013 at 9:48 am

betul tu.

senyum mmg boleh jadikan kita nampak muda sbb kita sentiasa ceria..org keliling pun suka tgk kita
Baca entri terkini Blogger hafizmd´s: Nak Kuruskan Badan? 5 Cara Cepat Bakar 300 Kalori!

Reply

Hazmin Hamudin April 15, 2013 at 2:29 pm

Confius jap ni bro.. 10 cara ke 5 cara ni. Hehe
Baca entri terkini Blogger Hazmin Hamudin´s: Pesanan Ikhlas Dari Perdana Menteri Malaysia

Reply

anif April 15, 2013 at 4:10 pm

5 lagi sambung next entry! 😀 hehe..
Baca entri terkini Blogger anif´s: F1 – Fernando Alonso Menang Di Chinese GP 2013

Reply

hafizmd April 15, 2013 at 4:20 pm

hehee…betul tu…tunggu next entry..panjang2 tak sempat nak baca…hehehehe

Reply

ohcikgu April 15, 2013 at 2:39 pm

memang payah nak aktifkan mood budak-budak sekolah nih..
Baca entri terkini Blogger ohcikgu´s: Cik Hazanis – Terima kasih kerana memilih saya..

Reply

pipoq April 15, 2013 at 6:58 pm

ajak main je..mesti baik punya mood kalau budak2 sekolah..hehehe..tapi kita la pulak yg pening kepala..
Baca entri terkini Blogger pipoq´s: Desa Cattle Farm, Mesilau Kundasang

Reply

hafizmd April 16, 2013 at 12:04 pm

@pipoq, betul jugak tu..tp nayalah kalau tiap2 hari budak2 tu buat takde mood…saje nak main..haru jadinya

Reply

hafizmd April 16, 2013 at 2:28 pm

@OC, gitulah budak2…kang ada anak akan lebih faham perangai budak2 ni…hehe

Reply

Gen-Q April 15, 2013 at 3:19 pm

Saya paling sering berubah-ubah mood.. kadang mudah sedih, mudah senang, mudah emosi. Hmmm., bisa jadi karena perasaan wanita mudah berubah juga 😀 ,. cara 1, 2 dan 5 mungkin bisa saya lakukan tapi kalau yang nomor 3 sulit karena saya insomnia.. dan nomor 4 juga tidak bisa karena saya takut sama hewan ^^
Baca entri terkini Blogger Gen-Q´s: Tepat Waktu Boss!

Reply

hafizmd April 16, 2013 at 12:06 pm

Elok juga dicuba mana2 yg mampu. Moga2 mood kita terkawal dan sentiasa elok utk melakukan tugasan harian =)

Reply

maza April 15, 2013 at 3:41 pm

izinkan maza menambah petua no. 6 iaitu gi dengar ceramah agama.. kalau tak ghut (tak larat) boleh tengok ceramah kat tv alhijrah.. hehehe
Baca entri terkini Blogger maza´s: Lelaki baik sudah pupus

Reply

hafizmd April 16, 2013 at 12:06 pm

Inilah petua bangkitkan motivasi terbaik…thanks bang maza

Reply

WRizuan April 15, 2013 at 4:41 pm

tidur yang berkualiti tu aku setuju sebab aku selalu pratikkan hehehe
Baca entri terkini Blogger WRizuan´s: Pindah Hosting Ke DataKL

Reply

hafizmd April 16, 2013 at 12:05 pm

Penting sgt..kalau tak badan mesti lesu

Reply

Khairul Zamri April 15, 2013 at 5:17 pm

aku dah main nga meow, dah senyum, dah tak salahkan diri sendiri, dah fikir positif dan dah tidur dgn ckup. ok semangat nak sambung wat kerja :)
Baca entri terkini Blogger Khairul Zamri´s: 10 Cara melupakan sahabat yang jahat

Reply

hafizmd April 16, 2013 at 12:05 pm

canteklah..dah lengkap, kerja mesti tambah power..

terbaik bro

Reply

Amirul Aslam April 15, 2013 at 5:46 pm

Hahaha. Den pun sama macam Bro Hazmin gak, konfius 5 ke 10 tips. Hehe. Rupanya akan disambung.

Den suka tips yang pertama tu… 😀 Teruskan perkongsian 😀
Baca entri terkini Blogger Amirul Aslam´s: Kolam Ikan Di Tengah Jalan Pantai Baharu?

Reply

hafizmd April 16, 2013 at 12:05 pm

hahahha..mula2 mmg nak tulis 10, sekali bila dah tulis, panjang pulak dah membebelnya…kadi sambunglah..

thanks bro

Reply

pipoq April 15, 2013 at 6:59 pm

ingat Allah banyak2..pasti mood akan sentiasa okey..
Baca entri terkini Blogger pipoq´s: Desa Cattle Farm, Mesilau Kundasang

Reply

hafizmd April 16, 2013 at 12:03 pm

terbaik! itu yg no 1 terutamanya

Reply

eiela April 15, 2013 at 8:36 pm

lupakan benda yg merungsingkan kepala dan buat apa yg kita suka. hiburkan hati baru ada mood.
Baca entri terkini Blogger eiela´s: Bila Orang Muda Mula Bertukang

Reply

hafizmd April 16, 2013 at 12:03 pm

Betul tu. Cuma kadang2 kita tiba2 hilang mood sbb org lain..jadi, nak tak nak, kena jugak pandai kawal mood..kalau tak, seharian moody jer…tak best tu

Reply

Denaihati April 15, 2013 at 9:07 pm

no.5 paling senang, senyum je…ha ha. mood naik turun memang biasa.
Baca entri terkini Blogger Denaihati´s: Pondokkecil.com di sini Impian Bermula

Reply

hafizmd April 16, 2013 at 11:58 am

naik turun tu adat..cuma macam mana kita nak handle pasang surut mood..tu yg penting..betul tak tuan DH?

Reply

Denaihati April 16, 2013 at 12:46 pm

betuk tu. kalau memanjang takde mood pun tak jadi kerjalah jawabnya..
Baca entri terkini Blogger Denaihati´s: Pondokkecil.com di sini Impian Bermula

Reply

hafizmd April 18, 2013 at 9:51 am

nak layan mood jer..payah..kena buang tepi..baru kerja buatpun hepi
Baca entri terkini Blogger hafizmd´s: Nak Kuruskan Badan? 5 Cara Cepat Bakar 300 Kalori!

Reply

akubiomed April 15, 2013 at 10:52 pm

Senyum sokmo itu sedekah elok diamalkan. :-)

Reply

hafizmd April 16, 2013 at 11:57 am

Btul. Jadi, senyumlah kita sokmo2..hehe

Reply

hanafi abdullah April 16, 2013 at 12:14 am

ada orang sentiasa konsisten moodnya iaitu orang yang berprinsip ‘happy go lucky’..betul ke?
Baca entri terkini Blogger hanafi abdullah´s: Bila Si Abang Dan Si Adik Berbicara Tentang Politik

Reply

hafizmd April 16, 2013 at 11:56 am

Org yg sentiasa pandang positif rasanya akan sentiasa relaks dan tenang =)

Reply

Juan April 16, 2013 at 2:26 am

pasal haiwan tu saya rasa nak cuba lah bela apa apa binatang
Baca entri terkini Blogger Juan´s: LoanStreet – Malaysia Home Loan Comparison Tool

Reply

hafizmd April 16, 2013 at 10:36 am

elok jugak tu..ambe payah sikit nak bela binatang ni, kawasan rumah tak mengizinkan

Reply

Bean Moreno April 16, 2013 at 12:54 pm

Kalau saya, saya just fikirkan tanggung jawab then mood tu akan sampai hehe
Baca entri terkini Blogger Bean Moreno´s: Ber’Pukung’ Bukan Satu Penderaan Bayi

Reply

hafizmd April 18, 2013 at 9:52 am

Ni satu cara jugak ni..terbaiklah!
Baca entri terkini Blogger hafizmd´s: Pengalaman Live Streaming Dengan TM Unifi!

Reply

yas April 16, 2013 at 2:22 pm

Memang tgh down nih….hehehe
Baca entri terkini Blogger yas´s: Banjir Kilat di Kuala Lumpur

Reply

hafizmd April 18, 2013 at 9:52 am

kasi relaks bro..moga cepat2 up balik =) hehe
Baca entri terkini Blogger hafizmd´s: Nak Kuruskan Badan? 5 Cara Cepat Bakar 300 Kalori!

Reply

Dulu Lain Sekarang Lain April 16, 2013 at 9:08 pm

Mau pekena kopi secawan dulu ehhh…
Baca entri terkini Blogger Dulu Lain Sekarang Lain´s: Kre-O’s Super Robot Constructicon Devastator

Reply

hafizmd April 18, 2013 at 9:53 am

kopi ok jugak..kasi minda segar dan sedor..hehe
Baca entri terkini Blogger hafizmd´s: Pengalaman Live Streaming Dengan TM Unifi!

Reply

ejam April 17, 2013 at 8:41 pm

apa ni, manifesto kata 10 cara tapi yang ditunaikan hanya 5 sahaja, kami tuntut hak kami, manifesto itu janji…hehe
Baca entri terkini Blogger ejam´s: Perubahan Tarikh Seminar Buat Duit Dengan Blog Anjuran Denaihati.com

Reply

hafizmd April 18, 2013 at 9:45 am

hahahahaha..sabor2…akan ditunaikan secepat mungkin…

jgn saman ambe! hehe
Baca entri terkini Blogger hafizmd´s: Pengalaman Live Streaming Dengan TM Unifi!

Reply

iAwani April 21, 2013 at 10:15 pm

wah! 5 tips ini bagus untuk di amalkan.

Reply

iOSGEAR April 24, 2013 at 1:29 pm

Mood baik,idea untuk menulis blog pun datang.. :-)
Baca entri terkini Blogger iOSGEAR´s: Volkswagen ‘iBeetle’ Dengan Integrasi iPhone

Reply

hafizmd April 25, 2013 at 11:11 pm

Betul tu bro..mood baik, entri pun power

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 1 trackback }