Oh! Persepsi

- 12 March 2013. Updated 18 October 2015Keluarga

 Assalamua’laikum.

Oh! Persepsi. Persepsi bermaksud gambaran atau bayangan dlm hati atau fikiran (ttg sesuatu). Maka ramai antara kita yang terlampau ‘bijak’ memberi persepsi negatif pada orang lain. Jika dilihat seseorang itu selekeh, disangkanya orang itu akan menyusahkan kita. Jika dilihat orang itu begini, kita berpersepsi orang itu pasti begini dan begitu. Ramai yang terlalu ‘bijak’ dalam memberi persepsi kepada orang lain. Apa dah jadi dengan kita?

1. Ada eloknya kita baca tafsiran ayat 12, Surah al-Hujurat ni dulu;

Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Apakah seseorang antara kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu berasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah adalah Maha Penerima taubat lagi Maha Mengasihani.

2. Dalam dunia tanpa sempadan ni, ambe melihat media sosial seperti facebook, blog dan twitter seolah-olah menjadi medan melepaskan persepsi buruk masing-masing. Ingatlah, persepsi itu hanyalah anggapan. Anggapan belum tentu benar. Sesuatu yang belum tentu benar jika dikeber (diuar-uarkan) boleh menjadi fitnah. Malah Islam menganjurkan kita menutup aib selagi boleh.

3. Dalam dunia blogging, macam-macam boleh jadi. Contohnya jika kita ingin meminta tolong seorang blogger lain tapi tiada balasan atau lambat. Janganlah kita berpersepsi blogger itu sombong. Apa salahnya kita berfikir positif? Mungkin blogger itu memang benar-benar sibuk. Lagipun kita yang nak mintak tolong, kan?

4. Lagi merosakkan keadaan bila kita keluarkan persepsi buruk tentang seseorang di fb, twitter dan blog. Lebih perit bila ada kawan yang Like dan Tweet menjadikan persepsi tadi mungkin viral fitnah! wanau’zubillah.

5. Habis, bagaimana persepsi yang betul? Bersangka baiklah dengan segalanya. Namun mesti disertai dengan sikap berhati-hati.

6. Apakah kita rugi jika selalu berpersepsi positif? Sila baca balik point nombor 1.

@hafizmd – Oh! Persepsi. Kadang-kadang rimas dengan persepsi buruk geng-geng yang taksub politik.

{ 45 comments… read them below or add one }

fiezaradzi March 12, 2013 at 11:59 am

biasalah tu, manusia.. pun cuba mengajar diri utk jadi lebih positif dan ‘berlapik’ bila bercakap.. mudah2an dipermudahkannya..

pun rimas, dgn politik melampau sesetenagh kawan, harap mereka lebih bersikap pentingkan hubungan sesama Islam..

Reply

hafizmd March 13, 2013 at 10:05 am

Apa2pun kalau melampau mmg buruk padahnya.

Reply

Kujie March 12, 2013 at 12:03 pm

kak jie sentiasa sediakan zone selamat utk diri sendiri, sebab itu nampak mcm ada sempadan dlm apa perbuatan kt online… utk jangka panjang

nak tulis komen panjang, tp tersinggah kejap sementara tunggu intan bersiap nk ke sekolah

Reply

hafizmd March 12, 2013 at 12:53 pm

Bila kita dah tetapkan zon selamat, kita pasti tau mana batasnya.

Masalahnya kak jie, ramai juga rakan2 terutamanya di fb main pukul rata jer. Ingat semua yg dia anggap tu betul dan org lain pun fikirkan benda yg sama.

p.s.ala..baru nak syok baca…kak jie dah stop…hehe..

Reply

suri March 12, 2013 at 12:12 pm

tunggu dn liht jerlah hee.. sy tka sure tak akan like slu baca jetr bhya juga klu like2 ibart kita setuju pula..alahai..

Reply

hafizmd March 13, 2013 at 10:06 am

Itulah. Mereka main tulis dan sebar dgn harapan mungkin nak timbulkan persepsi buruk

Reply

suri March 12, 2013 at 12:13 pm

politik slu sy degar2 bgtu jer kwn2 bercerita. klud ia mtk oendapat sy sy ia kan jer klu tak ia kan nnti dia kata ko pun sama! erk…aduh sabarlah hati..

Reply

hafizmd March 13, 2013 at 10:06 am

hehe.sabor jerlah..

politik ni ada byk sepak terajangnya

Reply

suri March 12, 2013 at 12:14 pm

sebab itu islam suruh kita berzkir, selawat dan solat taubat sellu. supaya kita tak terjerumus kancah si syaitan itu.bila busuk hati, benci, fitnah itu semua kerja mereka nak laga2 kita sbg penganut agama islam

Reply

hafizmd March 13, 2013 at 10:08 am

Betul tu suri. Nak kena persiap diri dgn benteng2 zikir

Reply

onlajer March 12, 2013 at 1:32 pm

No.1 memang terbaik la bro

Reply

hafizmd March 13, 2013 at 10:08 am

No 1 tu kena buat rujukan sepanjang hayat

Reply

akubiomed March 12, 2013 at 1:33 pm

Sukar untuk menilai kalau ia bukan daripada fakta dan sumber yang boleh dipercayai.

Reply

hafizmd March 13, 2013 at 10:08 am

Sumberpun dah berkecamuk sekarang =)

Reply

hatiputera March 12, 2013 at 2:18 pm

Saya hadkan diri saya untuk segala benda didunia ini supaya tak memudaratkan diri sendiri mahupun orang lain.

Reply

hafizmd March 13, 2013 at 10:04 am

Alhamdulillah. Kalau kita tahu hadnya, inshaaAllah selamat dunia akhirat

Reply

staibaqhang March 12, 2013 at 2:42 pm

bila dah bagi persepsi yang salah pada orang ..lepas tu tak mau minta maaf pula… adoi.. bertambah dosa… moga dijauhkan dari sifat buruk ini..

Reply

hafizmd March 13, 2013 at 10:03 am

wanau’zubillah.
antara sifat tercela

Reply

papa mifz March 12, 2013 at 3:11 pm

ada juga terlihat status kawan2 di FB yang agak fanatik dengan politik masing2…hmm…terasa nak remove jer dorang dari friendlist…

Reply

hafiz March 12, 2013 at 3:25 pm

samalah bro. mereka suka burukkan bangsa sendiri…

Reply

hafizmd March 12, 2013 at 3:31 pm

@hafiz, itu satu hal jugak…main sedap mulut jer…adoi

Reply

hafizmd March 12, 2013 at 3:29 pm

Betul tu bro. Dia anggap semua org suka dgn persepsi dan post2nya…

Nak reply takut rosak ukhwah

Reply

khairul asrol March 12, 2013 at 7:19 pm

bersangka baik, aku suka ayat tu. dalam blogging ni mana boleh nak buruk sangka. banyak dah berlaku akibat buruk sangka ni. tak pasal2 kena ban. haha

Reply

hafizmd March 13, 2013 at 9:58 am

haha..kena ban satu hal..
nanti org cop kita macam2..jadi kena pasang batas2 tertentu

Reply

puteri kasih March 12, 2013 at 9:23 pm

sebolehnya kita perlu sentiasa bersangka baik. Jangan terlalu cepat menghakimi seseorang kan

Reply

hafizmd March 13, 2013 at 9:55 am

“Jgn terlalu cepat menghakimi orang” Terbaik!

Reply

KiD March 12, 2013 at 10:09 pm

nombor 2 memang sentiasa berlaku sekarang…

Reply

hafizmd March 13, 2013 at 9:54 am

Itu yg tak syok tu. Blogger jadi medan lepas geram. Kureng etikanya

Reply

Kulanzsalleh March 12, 2013 at 10:59 pm

persepsi baik boleh mengelakkan kita daripada buruk sangka kepada orang lain.. di samping tu perlu sentiasa mengawal diri menggunakan akal fikiran yang waras supaya kita terlibat dalam mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung orang lain..

Reply

hafizmd March 13, 2013 at 9:48 am

Malangnya, ramai org lebih suka bercakap dan menulis tanpa berfikir ttg fakta dan cara berkomunikasi dgn betul. Akhirnya, masalah masyarakat semakin parah dgn lambakan persepsi buruk

Reply

TehR March 13, 2013 at 12:10 am

nasihat yang baik
usah sebar fitnah dan cerita buruk

Reply

hafizmd March 13, 2013 at 9:45 am

Sama2 kita perbaiki diri..
nasihat diri sendiri jugak =)

Reply

Hazmin Hamudin March 13, 2013 at 9:08 am

Kena bersangka baik. Kalau dah ada bukti baru boleh bersangka yang sepatutnya. Hehe

Reply

hafizmd March 13, 2013 at 9:45 am

Mmg kena ajar diri utk bersangka baik. Kalau tak, diri akan sentiasa jadi negatif bila pandang orang lain. wanau’zubillah

Reply

yas March 13, 2013 at 2:10 pm

Persepsi x bape nk tau….pepsi tau arrr….:D

Reply

hafizmd March 14, 2013 at 11:08 am

Pepsi semua tau..hehehe

Reply

Oneblogsocial March 13, 2013 at 7:49 pm

Persepsi yang baik boleh membentuk kepada perilaku baik

Reply

hafizmd March 14, 2013 at 10:56 am

Setuju 100%

Reply

sop March 14, 2013 at 8:25 pm

Berperasangka baik tidak rugi apa2 pun berbanding persepsi negatif
Jika kita fikir negatif, byk yg buruk tetapi kadang kala perlu tetapi perlu bukti yg kukuh. Jangan ikut melulu ikut hati :)

Reply

hafizmd March 15, 2013 at 10:34 am

Setuju tu bang sop. Negatif ni byk tak baiknya.

Reply

Hafizul March 15, 2013 at 5:36 pm

bahaya..menda ni bahaya sangat..kena bendung habis2 dalam masyarakat ni..hehe..terima kasih..perkongsian yang berguna..

Reply

hafizmd March 17, 2013 at 1:27 am

Mmg kena bendung. Kalau tak, masyarakat kita penuh dgn hasad dengki dan prasangka buruk. Melihat seseorang pada zahirnya sahaja!

Reply

Hafizul April 15, 2013 at 12:19 pm

Betul tu bro..sokong2..haha

Reply

Ladfe Amir March 17, 2013 at 5:04 am

kita memang wajar kena selalu bersangka baik. mulakan bersangka baik kepada Allah. dan kemudian bersangka baik pada setiap kejadian yang berlaku

Reply

hafizmd March 18, 2013 at 9:16 am

Subhanallah. Itu yg perkara utama. InshaaAllah, jika kita bersangka baik pada Allah, hatipun tenang.

Terima kasih bro ladfe!

Reply

Leave a Comment

{ 2 trackbacks }