Awasi Percakapan Kita!

- 22 March 2013Agama

¬†Assalamua’laikum.

Awasi Percakapan Kita!¬†Alhamdulillah. Kita masih lagi dapat celik mata hari ni. Moga-moga kita juga lebih celik hati. InshaaAllah. Bahang PRU 13 makin terasa. Anda boleh tengok sendiri betapa meriahnya bendera di pacak sana-sini. Kain rentang dibentang merata-rata. Blog-blog politik semakin lancang mencanang agenda tersendiri. Segala lemah dan aib dibuka seluas-luasnya tanpa berfikir panjang! Apa jua yang ditulis dan dicanang, ingatlah satu perkara iaitu ‘Awasi Percakapan Kita’. Jom ambe kongsikan intipati buku mini bertajuk ‘Menjadi Muslim Terbaik’, karya Ustaz Aa Gym.

1. Antara integriti sifat Rasulullah ialah Siddiq (benar dalam perbuatan dan lisan). Maksud firman Allah dalam surah Maryam ayat 50;

” Dan Kami anugerahkan kepada mereka sebahagian dari rahmat Kami dan Kami jadikan mereka buah tutur yang baik lagi tinggi”

2. Antara mutiara kata menarik tentang mengawasi tutur kata ialah “mulut bagaikan muncung teko yang hanya tahu mengeluarkan isinya”

3. Ketahui 4 tahap perkataan bila bercakap. Di manakah kita bila kita mula bersembang dan berkata-kata?

  • Perkataan orang dangkal. Ciri-cirinya ialah sibuk bercerita kehebatan diri sendiri. Mengungkit pemberian dan jasa yang dibuat. Berhati-hatilah kita. Kita hidup untuk beribadah kepadaNYA. Apakah kita perlu mengharapkan penghargaan manusia?
  • Perkataan orang yang martabatnya rendah. Ciri-cirinya ialah bila bercakap sentiasa mengeluh, menghina, caci dan maki. Biasanya, apa saja yang ada depan mata, ada saja yang tak kena. Nak bangkang saja. Bila diberi makan, bersungut kata tak sedap. Nak tambah kicap. Dah tambah kicap, nak tambah telur mata pulak. Ada saja tak puas hati. Ada saja persepsi negatif yang keluar bila bercakap. Apakah kita sebegini?
  • Perkataan orang biasa. Bila bercakap hanyalah sekadar sembang kosong. Takde isi dan manfaat. Habis isu nak diulas tanpa sebarang pengajaran, ilmu dan ingatkan Allah. Wanau’zubillah. Sama-sama kita perbaiki diri terutamanya kita yang sentiasa bersosial samada secara nyata atau di alam maya. Astaghfirullah.
  • Perkataan orang yang bijak. Bila bercakap pasti ada manfaatnya hingga orang yang membacanya dan mendengarnya terasa tak rugi berada dalam golongan mereka yang bijak bila berbicara. Golongan ini juga biasanya banyak berdiam diri dan mendengar percakapan orang lain untuk mengambil manfaatnya. Perlu juga kita awas dengan mereka yang petah berkata-kata. Petah berbicara tanpa kebijaksaan bakal mengundang padah yang lebih durjana!

4. Ayuh kita pakat sama-sama muhasabah diri masing-masing. Janganlah kita sibuk mencari aib dan salah orang kerana setiap antara kita akan ditanya tentang perbuatan dan percakapan diri sendiri.

5. Sama-sama kita perbanyakkan zikir dan selawat serta salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Jom kita paksa hati kita kembali kepada fitrah kenal Allah!

@hafizmd – Awasi Percakapan Kita! Diam itu lebih baik.

Rujukan: Menjadi Muslim Terbaik – Aa Gym

{ 46 comments… read them below or add one }

hafiz March 22, 2013 at 11:23 am

tapi memang susah nak buat, apa2 pun kena fikir sebelum bercakap…

Reply

hafizmd March 23, 2013 at 4:10 pm

Memang susah tp kena buat jugak =)

Reply

akubiomed March 22, 2013 at 3:18 pm

Ada bidalan ‘Sebabkan mulut badan binasa’.

Reply

hafizmd March 23, 2013 at 4:09 pm

Bidalan ni nak kena ingat dalam2

Reply

diana March 22, 2013 at 3:41 pm

sebelum bercakap kita kena berfikir dulu la supaya apa yang kita cakap tak sia2..

Reply

hafizmd March 23, 2013 at 4:09 pm

Setuju. Jgn sia2kan mulut dan lidah kita

Reply

suri March 22, 2013 at 3:58 pm

bahaya klu2 kita tahi tahu hal yg sebenar.baik diam2 shja.

Reply

hafizmd March 23, 2013 at 4:08 pm

Diam tak merugikan kita

Reply

suri March 22, 2013 at 3:59 pm

kt opis kecoh heee , mls ckp byk sllu pasang telinga jer hi…

Reply

hafizmd March 23, 2013 at 4:08 pm

Baik kita mendengar dan tapis jer..kadang2 kita diam lagi bagus

Reply

Hazmin Hamudin March 22, 2013 at 4:17 pm

Setiap apa yang kita nak cakap sepatutnya kita fikir dulu. kalau terlajak kata, buruk padahnya.

Reply

hafizmd March 23, 2013 at 4:07 pm

Terlajak tulis keyboard boleh diundur selagi tak publish
Terlajak kata, meranalah badan

Reply

Denaihati March 23, 2013 at 9:52 am

peringatan yg baik untuk kita, mudahan kata2 kita sentiasa terpelihara.

Reply

hafizmd March 23, 2013 at 4:05 pm

Peringatan utk diri ambe jugak ni..

Sama2 kita diri dan keluarga

Reply

titan March 23, 2013 at 11:37 am

hoho..selagi apa yang kita cakap tu benar. Tak perlu peduli sangat apa orang lain fikirkan..

Reply

hafizmd March 23, 2013 at 4:04 pm

Betul tu. Berani kerana benar..hehe

Tp, kena pastikan ianya benar2 benar..bukan sekador citer kedai kopi

Reply

titan March 23, 2013 at 4:42 pm

sebab tu kalau benar, tak yah takut. hoho..

Reply

hafizmd March 25, 2013 at 7:37 am

@titan, yeaaah…kalau takut tak bertempat, payah jugak…

ramai yg salah, tapi berani bercakap seolah2 hanya dia sorang jer yg berada di pihak benar…hehe

Reply

TehR March 23, 2013 at 1:55 pm

hati2 bila berbicara
tak pasal2 masuk penjara

hehe

Reply

hafizmd March 23, 2013 at 4:03 pm

hehe…naya aje
diri susah
keluarga lagilah susah hati

Reply

Puan Bardboo March 23, 2013 at 8:17 pm

Kadang2 berdiam diri tu lebih baik kan. Sebab kita ni kalau dah mula bersuara, kadang2 tak sedar apa yang dikeluarkan. Tahu2 je, kita dah banyak menyakitkan hati orang.

Reply

hafizmd March 25, 2013 at 7:36 am

Tu yg bahaya tu. Kena fikir 2-3 kali sebelum bercakap. Baru kita dapat jaga silaturrahim kita dgn baik. Kalau nak jugak kena cakap sebb nak tegur, kena atur elok2 ayat2nye..tak gitu Bard?

Reply

ahmadyani March 23, 2013 at 9:46 pm

Berfikir dahulu baharulah bercakap bukan bercakap dahulu baharulah berfikir.

As Salam untuk tuan punya blog dan penjenguk.

Reply

hafizmd March 25, 2013 at 7:35 am

Ramai yg bercakap dulu, tapi sampai ke sudah tak fikir2…

As salam kembali utk bro Ahmad Yani. Terima kasih bro singgah sini

Reply

Mus March 24, 2013 at 12:42 am

bercakap dulu baru berfikir sering melanda orang zaman sekarang.. dah terlajak kata.. memang buruk padahnya..

Reply

hafizmd March 25, 2013 at 7:33 am

Terlajak kata, boleh merana badannya

Reply

Datin Tyka March 24, 2013 at 1:37 am

ya Allah , masyaAllah benar… kekadang tak perasan apa yang kita cakap boleh buat orang lain sakit hati..
semoga kita sentiasa diampuni..

Reply

hafizmd March 25, 2013 at 7:29 am

Tu yg kita takut tu. Takut depan kita dia ok, belakang kita dia terasa ngn kita sbb kita cakap ntah pe2

Reply

dja@sishaza March 24, 2013 at 1:22 pm

silap cakap,makan diri….sebab tu dlm Islam ada di sebut, diam itu lebih baik daripada berkata- kata. Kadang2 orang bercakap banyak krn nak tunjuk diri serba tahu, tp tersilap cakap hanya menonjolkan kebodohan diri

Reply

hafizmd March 25, 2013 at 7:28 am

Terbaik!
Islam mmg sempurna. Tinggal nak follow ke tak ajer..thanks dja =)

Reply

WRizuan March 24, 2013 at 1:35 pm

bila terlebih cakap juga akan menampakan juga kebodohan kita…:) tp hati2 dgn setiap percakapan kita..thanks bro info yg baik

Reply

hafizmd March 25, 2013 at 7:27 am

Itu mungkin jugak. Terlbih tulis sama jugaklah..hehe

Terima kasih kembali

Reply

Hafizul March 24, 2013 at 3:25 pm

Hehe…yang kedua tu macam sedap jugak kalau guna ayat kiasan mcm tu..hehe..terima kasih kongsikan ilmu mcm ni..

Reply

hafizmd March 25, 2013 at 7:27 am

hehehe..tu pepetah baru tu..keh3

terima kasih kembali

Reply

amirulfaiz March 24, 2013 at 4:38 pm

Bagi blogger pula, awasi penulisan kita. Ia sebuah bentuk percakapan. :)

Reply

hafizmd March 25, 2013 at 7:26 am

Betul tu. Kalau tak, mungkin boleh merana badan

Reply

Dulu Lain Sekarang Lain March 24, 2013 at 8:35 pm

Rasanya majoriti rakyat Malaysia bercakap dgn sopan dan berhemah. Yang rude dan kurang sopan ialah golongan fanatik dan punyai agenda tersendiri. Kita tak boleh nak halang mereka dari bersifat demikian, cuma yg boleh kita buat ialah mengawal diri kia agar tidak menjadi seperti mereka.

Reply

hafizmd March 25, 2013 at 7:26 am

Betul tu Bro DLSL. Cuma yg ambe risaukan ialah anak muda yg mula ambe tgk tak berapa nak ‘cerdik’ bermain dengan perkataan bila tulis kat fb dan twitter.

Ada yg main sebar jer, main tulis ikut sedap tngan jer…itu sekarang. Apa akan jadi 5 tahun lagi kalau benda2 camni takde usaha utuk dibendung?

p.s. Akhirnya, kawalan utk diri sendiri dan keluarga yg macam bro sebutkan tu amat penting. Thanks bro!

Reply

Asyrof Asri March 25, 2013 at 10:54 am

Betul kata Nabi Muhammad, apabila kita tidak ada ilmu, diamkan diri.

Diamkan diri itu lebih baik dari bercakap perkara yang kita tak tahu. ;)

Reply

hafizmd March 25, 2013 at 11:57 am

Betul tu. Nabi punya tak banyak cakap. Lebih byk mendengar.

Kita? Sama2 kita renung dan hadami =)

Terima kasih bro Asyrof

Reply

E-sihat.com March 25, 2013 at 11:17 am

lebih baik berdiam dari berkata-kata jika kata-kata itu tidak memberi manfaat pada yang lain.
Sihat itu indah

Reply

Izzat Eshak March 25, 2013 at 10:37 pm

Musim2 nak PRU ni banyak fitnah berleluasa

Reply

chii March 27, 2013 at 4:40 pm

sebab tu kadangkala chii lebih suka mengambil langkah berdiam dan mendengar berbanding berckp..tp pd certain org je la..ehehe..
salah ckp..x pasal2..leh mngundang kontroversi pula nnt

Reply

hafizmd March 29, 2013 at 12:20 am

Tepat tu chii..kdg2 diam buat kita lebih dihormati

Reply

Hairul Hissam March 28, 2013 at 1:42 am

bagus nasihat bro.. bila bercakap, kenalah ada manfaatnya.. barulah kita disayangi dan disegani… :D

Reply

hafizmd March 28, 2013 at 12:24 pm

Terima kasih kmbali.
Ramai yg dibenci krn silap cakap…kna hati jugak..

Reply

Leave a Comment