Akhlak Rasulullah SAW & Salam Maulidur Rasul

Assalamua’laikum.

salam maulidur rasul

Kami Cinta Rasulullah SAW & Salam Maulidur Rasul. Pejam celik pejam celik, kita semakin menghampiri hari kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Setiap kali diadakan sambutan Hari Maulidur Rasul, bergemalah selawat dan salam ke atas Baginda di stadium, di jalanraya, malahan juga di tv. Apakah sekadar itu cinta dan sayang kita kepada manusia yang membawa risalah Allah dan rahmat ke sekalian alam? Kita pakat-pakatlah tepuk diri sendiri dan tanya diri masing-masing.

Salam Maulidur Rasul – Kisah Saidina Abu Bakar dipatuk ular

Nabi Muhammad SAW tak pernah bersua dengan kita, tapi Baginda begitu sayangkan kita hingga disebut-sebut diakhir hayat Baginda. Subhanallah. Insan yang tak pernah kita berjumpa, tapi begitu dalam sayangnya pada kita. Bagaimana pula kasih dan cinta kita terhadap Baginda? Kita mana mampu menandingi kesetiaan dan pengorbanan Saidina Abu Bakar as-Siddiq. Beliau yang mula-mula masuk ke dalam Gua Thur. Membersihkan Gua Thur dan menutup semua lubang-lubang yang dihuni binatang berbisa. Hingga akhirnya beliau sendiri dipatuk ular berbisa. Menitis air mata beliau menahan sakit, namun jauh sekali untuk mengejutkan Baginda yang tertidur dipangkuannya. MashaAllah! Sungguh luar biasa kecintaan Abu Bakar terhadap Baginda Nabi SAW.

Sambutan Maulidur Rasul 1434H – Contohi 16 Akhlak Rasulullah Bersama Sahabat!

  • Rasulullah SAW seorang yang periang – bukan seorang yang nampak murung
  • Pekertinya mudah dilayan – tak suka mengada-ngada
  • Selalu berlemah lembut
  • Tidak keras dan bengis – jauh sekali panas baran
  • Tidak kasar atau suka berteriak-teriak
  • Tutur katanya tak kotor – jauh sekali nak memperkecilkan orang lain
  • Tak banyak bergurau – jauh sekali bergelak ketawa berdekah-dekah di mana-mana saja. Kita? Dalam masjidpun boleh ketawa sampai keluar air mata?
  • Segera melupakan apa yang tak disukainya – ambil yang positif, tinggalkan yang negatif
  • Tak pernah mengecewakan mereka yang berharap padanya – ayuh kita menolong selagi terdaya
  • Tak suka menyebabkan orang lain berputus asa – jangan suka kondem orang lain!
  • Tak suka mencari keaiban orang lain – jangan suka sangat tulis dan cakap pasal orang lain sebab Nabi Muhammad SAW (baca point berikut..)
  • Tak suka cakap hal orang lain melainkan ada faedah dan menghasilkan pahala – jauhkan buat dosa mudah di laman sosial!
  • Tak mengharap pujian selepas menolong sesiapa – kita mengharapkan redha Allah jua
  • Tak menggalakkan sesiapa untuk memujinya – elakkan suka meminta dipuji atau dibodek!
  • Tak pernah menyampuk kata-kata sesiapa pun sehingga mereka habis bercakap – elakkan suka menyampuk dan potong line orang lain

Ini hanyalah antara contoh akhlak mulia yang ditunjukkan Rasulullah ketika Baginda bersama-sama dengan para sahabat mahupun didatangi tetamu. Apakah kita berjaya dalam mencontohi sifat dan akhlak Rasulullah SAW? Kalau tak semua pun, kita ikhtiarkan mana yang mampu. Aplikasikan dalam hidup kita bermula kita bangun tidur sehinggalah kita tidur kembali.

InshaaAllah, moga-moga usaha kita untuk mengamalkan sunnah Rasulullah SAW dan berakhlak seperti akhlak Rasulullah, bakal menghadirkan kecintaan dan kasih sayang terhadap diri Baginda Nabi Muhammad SAW. IshaaAllah.

@hafizmd – Akhlak Rasulullah SAW & Salam Maulidur Rasul. Moga dipermudah untuk beramal dengan sunnah Nabi Muhammad SAW.