Sila Jangan Sekadar Dengar Dengar Dengar Sahaja!

- 17 January 2013. Updated 29 April 2014Motivasi

Assalamualaikum.

Boleh tahan panas juga isu “dengar dengar dengar” ni. Macam-macam respons yang timbul selepas video tersebut dimuatnaik ke YouTube. Kuasa viralnya begitu besar. Impaknya juga merebak ke bidang pemasaran seperti yang dilaporkan oleh blogger INI. Cukup menarik. Suara mahasiswa semakin lantang. Apakah ada telinga-telinga yang dipunyai oleh mereka yang memegang kuasa sudi mendengar “rintihan” mereka? Sila jangan sekadar dengar dengar dengar sahaja!

  1. Dari satu segi, kita janganlah hanya pandai meminta untuk didengari dan dipenuhi segala kemahuan. Sedangkan kita tidak berusaha untuk memberikan sesuatu.
  2. Andai kita mahu dihormati, hormatilah diri sendiri. Adab sopan perlu dijaga tak kira apa pegangan agama dan bangsa kita seperti kata Cikgu INI.
  3. Andai mahu suara kita didengari, ada masanya kita perlu mengajar diri kita untuk menjadi pendengar yang baik.
  4. Ada juga masanya, kita hanya perlu diam. Diam tak beerti kita kalah dan tak tahu. Contohi diam Nabi Muhammad SAW pada 4 perkara iaitu kerana adab sopan santun, berhati-hati, mempertimbangkan sesuatu antara manusia dan kerana bertafakur.
  5. Permohanan maaf mungkin mampu menyelesaikan masalah. Bahasa yang lembut lebih mudah melunakkan hati seperti bicara Cikgu INI. Cumanya, jangan kerana “nila setitik, rosak susu sebelanga”. Bukan semua mahasiswa sebegitu rupa.
  6. Alang-alang berbicara soal listen listen listen ni, ada baiknya ambe taburkan permata peribahasa Melayu kita tentang DENGAR.  Semoga kita sudi memberi ruang kepada mata hati kita untuk menjadi pendengar tulen!
  • Khabar jauh dengar-dengarkan, khabar dekat fikir-fikirkan.  (Tiap-tiap khabar yang diterima hendaklah diselidik dengan saksama supaya jangan tertipu)
  • Dengar cakap enggang, makan buah beluluk; dengar cakap orang, terjun masuk lubuk. (Maksud: Sesuatu pekerjaan itu hendaklah difikirkan sendiri masak-masak sebelum dikerjakan dan jangan sekali-kali mendengar cakap orang)
  • Dilambai tak nampak, diseru tak dengar. (Maksud: Tiada mahu mendengar nasihat orang)
  • Berkata siang melihat-lihat, berkata malam mendengar-dengar. (Maksud: Jika hendak membicarakan sesuatu, harus berhati-hati jangan sampai menyinggung perasaan orang)
  • Bercakap memandang-mandang, silap lidah jiwa hilang. (Maksud: Memperkatakan sesuatu hal orang lain hendaklah berhati-hati)
  • Lantai dan dinding bertelinga belaka. (Maksud: Mempercakapkan sesuatu rahsia hendaklah beringat-ingat)

Diharap isu sebegini tidak memecahbelahkan mahasiswa khasnya yang sudah sedia terpecah. Kita jangan sekadar dengar-dengar sahaja. Banyak benda perkara yang boleh disumbangkan untuk pembangunan negara. Kalau sekadar membangkang semata, kita takkan ke mana!

@hafizmd – Sila Jangan Sekadar Dengar Dengar Dengar Sahaja! Berapa ramai antara kita yang sudi buat kerja sukarela?

{ 49 comments… read them below or add one }

pipoq January 17, 2013 at 1:47 pm

agak panas isu ni..tapi betul la tu, kalu asyik semuanya nak dibangkang je, jenuh jugak..
Baca entri terkini Blogger pipoq´s: Melatih anak berdikari

Reply

hafizmd January 22, 2013 at 12:17 pm

Bangkang biarlah membina

Reply

anif January 17, 2013 at 3:29 pm

Buat apa pun kenalah bertempat…
Baca entri terkini Blogger anif´s: Fenomena Listen, Listen, Listen, Listen! – Cerita Kedai Kopi

Reply

hafizmd January 22, 2013 at 12:16 pm

Penting tu. Biar bertempat!

Reply

booblogs January 17, 2013 at 5:21 pm

dari dulu aku pegang dengan satu prinsip. korang respect aku, aku akan cuba ‘double’ recpect korang balik. dan sebaliknya. samalah dalam kes listen! ni.
Baca entri terkini Blogger booblogs´s: 5 Beza Rokok Bateri dengan Rokok Tembakau

Reply

hafizmd January 22, 2013 at 12:16 pm

Prinsip ni semua pakat kena pegang…thanks bro berkongsi

Reply

suri January 17, 2013 at 5:36 pm

wah mmg berat gak isu ni atra2 mslh berat heee..

sukar nak kata klu ikut hati kata org badan binasakan alahui…

Reply

hafizmd January 22, 2013 at 12:15 pm

Jnganglah diikutkan hati sangat

Reply

suri January 17, 2013 at 5:42 pm

bila tiada rasa hormat org akan naik marah,asyik nk degar kata2 dia shja hee..beginikah sikap terbuka namanya..?

Reply

hafizmd January 22, 2013 at 12:15 pm

Kononnya rasa terbuka padahal mungkin sebaliknya

Reply

TehR January 17, 2013 at 9:08 pm

yups, jangan setakat dengar saja
cuba fikir dan ambil tindakan juga

masalah lebih besar bila langsung tak mahu dengar
hehe
Baca entri terkini Blogger TehR´s: Pantun Maki Orang

Reply

hafizmd January 22, 2013 at 12:15 pm

Itulah yg terbaiknya…inshaaAllah lebih maju

Reply

Hairul Hissam January 17, 2013 at 10:23 pm

mari kita membantu membangunkan negara daripada asyik menyalahkan sana dan sini.. sampai bila nak asyik salahkan org..
Baca entri terkini Blogger Hairul Hissam´s: Cara Mengatasi Stress Kemurungan Dgn Makanan. Dimana Rasionalnya

Reply

hafizmd January 22, 2013 at 12:15 pm

Asyik bangkang dan putar..pening kepala dan rimas juga…

Reply

Ummikami January 17, 2013 at 10:44 pm

As Salam…

Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar…
Kalau ada orang yang bercakap mestilah jadi pendengar yang baik…
Bagus penulisan Hafiz.. 😀
Baca entri terkini Blogger Ummikami´s: Pantun Ku Jual Silalah Membeli..

Reply

hafizmd January 22, 2013 at 12:14 pm

As salam kak,
Itulah yg terbaik. Terima kasih

Reply

Ummikami January 17, 2013 at 10:47 pm

Jangan asyik nakkan orang dengar cakap kita je…kadang kadang cakap dan idea orang lain juga harus diambilkira…dan jangan asyik dengar je tapi no action.. :)
Baca entri terkini Blogger Ummikami´s: Pantun Ku Jual Silalah Membeli..

Reply

hafizmd January 22, 2013 at 12:13 pm

Dengar, fikir fikir fikir dan bertindak =)

Terima kasih kak ummi

Reply

daddydee January 18, 2013 at 12:04 am

ada pengajaran yang boleh di ambil dari video tue sebenarnya.
Baca entri terkini Blogger daddydee´s: Listen Listen Listen : Tips Komunikasi Berkesan

Reply

hafizmd January 22, 2013 at 12:13 pm

Kalau kita berfikir positif, pasti ada perkara baik yg boleh diambil sebgai teladan

Reply

papa mifz January 18, 2013 at 12:24 am

ada antara peribahasa tuh 1st time den baca…huhu nice sharing bro…
Baca entri terkini Blogger papa mifz´s: Gelagat Peminat Barcelona Makan Aiskrim

Reply

hafizmd January 22, 2013 at 12:12 pm

Ambepun ada yg baru terbaca..terima kasih kembali

Reply

sharafie January 18, 2013 at 11:30 am

sekarang ni apa sahaja isu pasti akan menjadi bahan untuk dipolitikkan. Maklumla pilihan raya dah nak menjelang tiba..hehe..banyak dah aku baca pasal isu terbaru ni..dan masih berfikir. Bak kata orang, Yang baik kita jadikan amalan, yang buruk kita jadikan sempadan.(betul ke?)hahaha

Reply

hafizmd January 22, 2013 at 12:12 pm

Kalau terlebih dipolitikkan..rosaklah segalanya =)

Betul dah tu

Reply

hairulafiz January 18, 2013 at 12:58 pm

memang kita kena amalkan cakap siang pandang2, cakap malam dengar2…
Baca entri terkini Blogger hairulafiz´s: Keputusan penuh Johor Darul Takzim vs ATM

Reply

hafizmd January 22, 2013 at 11:49 am

Itu yg sepatutnya. Sebelum bercakap, kenalah berfikir dulu

Reply

sweetkurma January 18, 2013 at 1:03 pm

i just read here hehe
Baca entri terkini Blogger sweetkurma´s: berani untuk jatuh ketika mendaki

Reply

hafizmd January 22, 2013 at 11:48 am

hehe..sayepun baca kat blog baru tau…

Reply

Izwan January 18, 2013 at 4:06 pm

yang bertanya soalan bertindak menanyakan soalan diluar waktu Q&A
yang merespon si penanya soalan juga menafikan ruang untuk penjelasan..
Baca entri terkini Blogger Izwan´s: Sepatutnya Berapa Kali Kena Update Blog?

Reply

hafizmd January 22, 2013 at 11:47 am

Itulah masalahnya. Masalah komunikasi

Reply

Hamdan January 18, 2013 at 4:54 pm

Video ni dah jadi isu terhangat minggu ini…

Reply

hafizmd January 22, 2013 at 11:46 am

Terhangat dalam dot dot dot

Reply

fiezaradzi January 18, 2013 at 5:24 pm

asalnya isunya simple je. tapi bila dah upload sana sini, pjg lah jadinya..

apa pun, beradablah walau di mana kita berada dan di mana kita menulis.. kadang2 nak juga cakap ikut rasa hati, tapi bila terfikirkan ada saudara dan kenalan yg mungkin berbeza pendapat dgn kita, lupakan saje. kang ada terasa hati, lagi jauh ukhwah kita.. macam ni, bila kita nak bersatu?
Baca entri terkini Blogger fiezaradzi´s: Review Buku | Badiuzzaman Said Nursi

Reply

hairulafiz January 19, 2013 at 1:53 am

betul tu perkara kecik, tapi dgn adanya teknologi jadi besar
Baca entri terkini Blogger hairulafiz´s: Bantuan Lesen 1 Malaysia @ BL1M

Reply

hafizmd January 22, 2013 at 11:42 am

@hairulafiz, biasalah…kalau nak cepat tersebar…masuk media massa

Reply

hafizmd January 22, 2013 at 11:45 am

@fieza, cam yg kita bincanglah..kalau ikut hati cakap, hancurlah..

Reply

syaifuddin alias January 19, 2013 at 9:23 pm

video tu jadi suatu kebangkitan ? saya rasa tidak kerana isu ini adalah isu yg bukan remeh dan pasti akan ada tindakan tak kira baik atau tak nanti
Baca entri terkini Blogger syaifuddin alias´s: 10 Blogger Terbaik Malaysia

Reply

hafizmd January 22, 2013 at 11:36 am

tidaklah sampai menjadi kebangkitan, cuma mungkin akan lebih dipandang oleh pemimpin atasan..harapnya..

namun, peranan mahasiswa dalam mencorak negara haruslah diiktiraf dan mahasiswa jugak harus lbih bijak dalam berdiplomasi dan berdiskusi

Reply

aimannajmy January 20, 2013 at 3:58 pm

hehe video listen tu cepat giler merabak.. dalam sehari trending non stop
Baca entri terkini Blogger aimannajmy´s: Lepak memancing di jambatan Pulau Bunting Yan

Reply

hafizmd January 22, 2013 at 11:32 am

Itu kuasa viral..dasat!

Reply

akubiomed January 20, 2013 at 5:14 pm

Zaman teknologi mudah sahaja perkongsian dilakukan dengan sekelip mata.
Baca entri terkini Blogger akubiomed´s: Aktiviti hujung minggu dengan blog walking

Reply

hafizmd January 22, 2013 at 11:31 am

Itulah bezanya dulu dan sekarang…semua pantas

Reply

Hafizul January 24, 2013 at 1:13 am

betul kan..diam tak bermakna kita kalah..bentikdak bila kita dah bersedia..entah ler..sy malas nak komen bab mcam ni..hahaha..
Baca entri terkini Blogger Hafizul´s: Sepetang Bersama Blogger 2013 – #SBB2013

Reply

hafizmd January 30, 2013 at 10:18 am

hahaha..elok kita diam…hehehe

Reply

Ladfe Amir January 24, 2013 at 4:05 am

tidak kira sebesar mana pun kedudukan kita, rasa hormat dan berbudi bahasa kepada orang lain memang perlu kerana ia melambangkan keperibadian kita yg sebenarnya
Baca entri terkini Blogger Ladfe Amir´s: Wordless Wednesday (So Close)

Reply

hafizmd January 30, 2013 at 10:15 am

Itulah. Ilmu tanpa amal dan amal tanpa ilmu mmg merugikan

Reply

iAwani January 28, 2013 at 9:14 pm

sebaik-baik pendengar adalah orang yang sentiasa diam apabila kita meluah isi hati padanya, apabila kita marahkan dia. Orang macam ni susah nak jumpa.

Reply

hafizmd January 30, 2013 at 9:44 am

Betul tu. Ramai yg jenis tak sabar nak bercakap…

Reply

topijerami90 February 18, 2013 at 5:52 pm

bab diam 2 aku setuju… :)
Baca entri terkini Blogger topijerami90´s: Semakan Keputusan SPM 2012 Online dan SMS

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge