10 Responsive Themes Percuma!

Assalamua’laikum.

Responsive Themes Percuma. Apa itu responsive themes? Penting sangat ke nak pasang wordpress responsive themes? Ada tak responsive themes percuma? Iyalah. Semua orang sukakan benda percumakan? Itu juga soalan yang ambe fikir 3-4 bulan lalu. Ambe antara spesis blogger yang suka menggodek themes. Kesudahan pahit bercampur manis seperti blog jadi serabut dah jadi asam garam seorang blogger. Sekarang, mungkin masanya untuk kita fikirkan pasal responsive themes percuma. Itupun kalau anda suka main-main dengan blog anda!

1. Apa itu responsive theme?

Setakat yang ambe faham, kalau kita guna responsive theme ni, secara automatik paparan blog kita akan bertukar menjadi mesra pengguna tablet dan smartphone. Mesra maksudnya paparan blog kita akan mengecil dan membesar ikut saiz skrin tablet/smartphone yang diguna. Paparan juga menjadi lebih lengkap tanpa kemungkinan hilang paparan gambar dan sebagainya.

2. Boleh tambah ilmu dengan membaca entri blogger INI yang menghadiri ‘Introduction to MWT’ anjuran Amanz EDU & Jom Social.

3. Kebaikan menggunakan responsive themes?

  • Mesra pengguna tablet dan smartphone. Maklumlah, sekarang ramai yang dah mampu milik smartphone mahupun tablet. Cuba bayangkan seorang pemilik iPad yang menulis keyword “tempat makan menarik di Bangi”. Responsive themes percuma atau premium akan berfungsi dengan lebih baik & menarik!
  • Responsive themes ni akan memaparkan blog kita sepenuhnya dalam paparan portait atau landscape mengikut peranti yang diguna samada dekstop atau tablet/smartphone. Berbeza kalau kita guna plugin seperti MobilePress¬† yang memaparkan ringkasan tajuk blog kita sahaja.
  • Ianya minimalist. Senang cerita, ianya themes yang ringkas. Lagi ringkas kod-kod blog kita, lagi lajulah blog kita dicapai pengguna.
  • Ada responsive themes percuma yang dilengkapi dengan teknologi retina yang digunapakai pada peranti iPad, MacBook Pro, iPhone 4S/iPhone 5.

4. Mana nak download responsive themes percuma?

Ambe nak berkongsi beberapa wordpress responsive themes percuma untuk anda. Mana tahu, ada yang nak godek-godek blog mereka dalam usaha menjenamakan blog masing-masing. Boleh tengok versi demo dulu. Kalau berkenan, boleh download wordpress responsive themes percuma ni =)

  1. Twenty twelve.  Download | Demo
  2. Responsive.Download | Demo
  3. Neuro. Download | Demo
  4. Eclipse. Download | Demo
  5. iFeature. Download | Demo
  6. Path. Download| Demo
  7. Oxygen. Download| Demo
  8. Origami. Download | Demo
  9. DailyPost. Download | Demo
  10. Montezuma. Download | Demo

5. Kalau ada link yang telah rosak atau tak boleh buka, sila maklumlah yer.

6. Sila baca dulu butir-butir lengkap setiap responsive themes percuma di setiap link yang ambe sertakan. Sila pastikan kesesuaian dengan versi platform wordpress yang anda gunakan sekarang. Mana tau, ada yang tak ngam.

7. Nak tengok contoh? Ini contoh ringkas paparan responsive themes percuma atau premium seperti di bawah;

contoh paparan responsive themes percuma 8. Alternatif lain selain responsive theme? Boleh guna plugin MobilePress seperti yang digunakan oleh Blog Sweetkurma.com. Paparan blog seperti berikut;

plugin ganti responsive themes percuma

9. Jadi, penting atau tak untuk pasang responsive themes percuma? Terpulang pada anda. Boleh cuba untuk merasai perbezaannya sendiri.

10. Andai ada kesilapan fakta, harap ada pakar web yang sudi membetulkannya. Ambe hanyalah seorang blogger biasa-biasa saja.

@ hafizmd – 10 Responsive Themes Percuma! Ambe “terpaksa” pilih untuk pakai plugin nanti sebab masih sayangkan theme thesis ni…hehe

Published by Hafizmd

Artikel ditulis berdasarkan pengalaman peribadi dan juga melalui pembacaan. Sebarang kehilangan, kerosakan dan komen pembaca adalah tanggungjawab anda. Dapatkan bantuan pakar berkaitan jika memerlukan khidmat nasihat yang tepat. Jika entri ini bermanfaat, mohon 'Like, Tweet & G+' kepada rakan anda. Terima kasih dan selamat membaca.