Sila Jangan Sekadar Dengar Dengar Dengar Sahaja!
Assalamualaikum.
Boleh tahan panas juga isu “dengar dengar dengar” ni. Macam-macam respons yang timbul selepas video tersebut dimuatnaik ke YouTube. Kuasa viralnya begitu besar. Impaknya juga merebak ke bidang pemasaran seperti yang dilaporkan oleh blogger INI. Cukup menarik. Suara mahasiswa semakin lantang. Apakah ada telinga-telinga yang dipunyai oleh mereka yang memegang kuasa sudi mendengar “rintihan” mereka? Sila jangan sekadar dengar dengar dengar sahaja!
- Dari satu segi, kita janganlah hanya pandai meminta untuk didengari dan dipenuhi segala kemahuan. Sedangkan kita tidak berusaha untuk memberikan sesuatu.
- Andai kita mahu dihormati, hormatilah diri sendiri. Adab sopan perlu dijaga tak kira apa pegangan agama dan bangsa kita seperti kata Cikgu INI.
- Andai mahu suara kita didengari, ada masanya kita perlu mengajar diri kita untuk menjadi pendengar yang baik.
- Ada juga masanya, kita hanya perlu diam. Diam tak beerti kita kalah dan tak tahu. Contohi diam Nabi Muhammad SAW pada 4 perkara iaitu kerana adab sopan santun, berhati-hati, mempertimbangkan sesuatu antara manusia dan kerana bertafakur.
- Permohanan maaf mungkin mampu menyelesaikan masalah. Bahasa yang lembut lebih mudah melunakkan hati seperti bicara Cikgu INI. Cumanya, jangan kerana “nila setitik, rosak susu sebelanga”. Bukan semua mahasiswa sebegitu rupa.
- Alang-alang berbicara soal listen listen listen ni, ada baiknya ambe taburkan permata peribahasa Melayu kita tentang DENGAR. Semoga kita sudi memberi ruang kepada mata hati kita untuk menjadi pendengar tulen!
- Khabar jauh dengar-dengarkan, khabar dekat fikir-fikirkan. (Tiap-tiap khabar yang diterima hendaklah diselidik dengan saksama supaya jangan tertipu)
- Dengar cakap enggang, makan buah beluluk; dengar cakap orang, terjun masuk lubuk. (Maksud: Sesuatu pekerjaan itu hendaklah difikirkan sendiri masak-masak sebelum dikerjakan dan jangan sekali-kali mendengar cakap orang)
- Dilambai tak nampak, diseru tak dengar. (Maksud: Tiada mahu mendengar nasihat orang)
- Berkata siang melihat-lihat, berkata malam mendengar-dengar. (Maksud: Jika hendak membicarakan sesuatu, harus berhati-hati jangan sampai menyinggung perasaan orang)
- Bercakap memandang-mandang, silap lidah jiwa hilang. (Maksud: Memperkatakan sesuatu hal orang lain hendaklah berhati-hati)
- Lantai dan dinding bertelinga belaka. (Maksud: Mempercakapkan sesuatu rahsia hendaklah beringat-ingat)
Diharap isu sebegini tidak memecahbelahkan mahasiswa khasnya yang sudah sedia terpecah. Kita jangan sekadar dengar-dengar sahaja. Banyak benda perkara yang boleh disumbangkan untuk pembangunan negara. Kalau sekadar membangkang semata, kita takkan ke mana!
@hafizmd – Sila Jangan Sekadar Dengar Dengar Dengar Sahaja! Berapa ramai antara kita yang sudi buat kerja sukarela?
agak panas isu ni..tapi betul la tu, kalu asyik semuanya nak dibangkang je, jenuh jugak..
Bangkang biarlah membina
Buat apa pun kenalah bertempat…
Penting tu. Biar bertempat!
dari dulu aku pegang dengan satu prinsip. korang respect aku, aku akan cuba ‘double’ recpect korang balik. dan sebaliknya. samalah dalam kes listen! ni.
Prinsip ni semua pakat kena pegang…thanks bro berkongsi
wah mmg berat gak isu ni atra2 mslh berat heee..
sukar nak kata klu ikut hati kata org badan binasakan alahui…
Jnganglah diikutkan hati sangat
bila tiada rasa hormat org akan naik marah,asyik nk degar kata2 dia shja hee..beginikah sikap terbuka namanya..?
Kononnya rasa terbuka padahal mungkin sebaliknya
yups, jangan setakat dengar saja
cuba fikir dan ambil tindakan juga
masalah lebih besar bila langsung tak mahu dengar
hehe
Itulah yg terbaiknya…inshaaAllah lebih maju
mari kita membantu membangunkan negara daripada asyik menyalahkan sana dan sini.. sampai bila nak asyik salahkan org..
Asyik bangkang dan putar..pening kepala dan rimas juga…
As Salam…
Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar…
Kalau ada orang yang bercakap mestilah jadi pendengar yang baik…
Bagus penulisan Hafiz.. 😀
As salam kak,
Itulah yg terbaik. Terima kasih
Jangan asyik nakkan orang dengar cakap kita je…kadang kadang cakap dan idea orang lain juga harus diambilkira…dan jangan asyik dengar je tapi no action.. 🙂
Dengar, fikir fikir fikir dan bertindak =)
Terima kasih kak ummi
ada pengajaran yang boleh di ambil dari video tue sebenarnya.
Kalau kita berfikir positif, pasti ada perkara baik yg boleh diambil sebgai teladan
ada antara peribahasa tuh 1st time den baca…huhu nice sharing bro…
Ambepun ada yg baru terbaca..terima kasih kembali
sekarang ni apa sahaja isu pasti akan menjadi bahan untuk dipolitikkan. Maklumla pilihan raya dah nak menjelang tiba..hehe..banyak dah aku baca pasal isu terbaru ni..dan masih berfikir. Bak kata orang, Yang baik kita jadikan amalan, yang buruk kita jadikan sempadan.(betul ke?)hahaha
Kalau terlebih dipolitikkan..rosaklah segalanya =)
Betul dah tu
memang kita kena amalkan cakap siang pandang2, cakap malam dengar2…
Itu yg sepatutnya. Sebelum bercakap, kenalah berfikir dulu
i just read here hehe
hehe..sayepun baca kat blog baru tau…
yang bertanya soalan bertindak menanyakan soalan diluar waktu Q&A
yang merespon si penanya soalan juga menafikan ruang untuk penjelasan..
Itulah masalahnya. Masalah komunikasi
Video ni dah jadi isu terhangat minggu ini…
Terhangat dalam dot dot dot
asalnya isunya simple je. tapi bila dah upload sana sini, pjg lah jadinya..
apa pun, beradablah walau di mana kita berada dan di mana kita menulis.. kadang2 nak juga cakap ikut rasa hati, tapi bila terfikirkan ada saudara dan kenalan yg mungkin berbeza pendapat dgn kita, lupakan saje. kang ada terasa hati, lagi jauh ukhwah kita.. macam ni, bila kita nak bersatu?
betul tu perkara kecik, tapi dgn adanya teknologi jadi besar
@hairulafiz, biasalah…kalau nak cepat tersebar…masuk media massa
@fieza, cam yg kita bincanglah..kalau ikut hati cakap, hancurlah..
video tu jadi suatu kebangkitan ? saya rasa tidak kerana isu ini adalah isu yg bukan remeh dan pasti akan ada tindakan tak kira baik atau tak nanti
tidaklah sampai menjadi kebangkitan, cuma mungkin akan lebih dipandang oleh pemimpin atasan..harapnya..
namun, peranan mahasiswa dalam mencorak negara haruslah diiktiraf dan mahasiswa jugak harus lbih bijak dalam berdiplomasi dan berdiskusi
hehe video listen tu cepat giler merabak.. dalam sehari trending non stop
Itu kuasa viral..dasat!
Zaman teknologi mudah sahaja perkongsian dilakukan dengan sekelip mata.
Itulah bezanya dulu dan sekarang…semua pantas
betul kan..diam tak bermakna kita kalah..bentikdak bila kita dah bersedia..entah ler..sy malas nak komen bab mcam ni..hahaha..
hahaha..elok kita diam…hehehe
tidak kira sebesar mana pun kedudukan kita, rasa hormat dan berbudi bahasa kepada orang lain memang perlu kerana ia melambangkan keperibadian kita yg sebenarnya
Itulah. Ilmu tanpa amal dan amal tanpa ilmu mmg merugikan
sebaik-baik pendengar adalah orang yang sentiasa diam apabila kita meluah isi hati padanya, apabila kita marahkan dia. Orang macam ni susah nak jumpa.
Betul tu. Ramai yg jenis tak sabar nak bercakap…
bab diam 2 aku setuju… 🙂