Dilema Menantu Belum Mengandung…

masalah petua isteri mengandung

Assalamua’laikum.

Dilema Menantu Belum Mengandung. Banyak kali ambe disapa dengan cerita isteri atau anak menantu belum lagi mengandung/hamil walaupun telah hampir bertahun kahwin. Ada antaranya diceritakan oleh kawan-kawan, pakcik makcik dan juga melalui corong-corong radio. Banyak pasangan yang tertekan dengan soalan ‘cepu emas’ dan tak kurang juga sindiran oleh rakan taulan.

Bila isteri belum mengandung…

1. Tekanan ‘kesalahan” belum mengandung selalunya akan diarahkan kepada si isteri. Mungkin perlbagai kata sindiran dilemparkan kepada mereka. Lebih memberi tekanan kepada pasangan ialah bilamana soalan dan kata-kata berunsur sindiran dilemparkan sendiri oleh ibu mertua. Sebab itu tajuk entri ini ada perkataan “menantu”. Biasanya, ibu kepada si isteri lebih memahami. Maklumlah, anak sendirikan? Mungkin juga ‘kesalahan’ belum hamil diletakkan pula kepada si menantu lelaki.

2. Tekanan demi tekanan banyak kali menyebabkan pasangan suami isteri mungkin bergaduh saling mencari salah siapa. Lupa pada beberapa perkara yang lebih perlu diberi perhatian dan difikirkan. Di pihak keluarga mertua, tak perlulah mengeruhkan keadaan dengan bertanya setiap kali anak menantu balik ke rumah. Jom kita fikirkan beberapa perkara tentang ini.

Isteri Tertekan Akibat Belum Hamil

3. Pasangan mana yang tak mahukan anak. Malah ramai yang sanggup berhabis wang ringgit berubat sana-sini. Soalan-soalan yang tak patut ditanya hanya akan menambah tekanan kepada isteri terutamanya. Tekanan amat tidak bagus kepada isteri kerana ia boleh mengganggu kitaran haid isteri. Bila kitaran haid isteri terganggu, bagaimana mahu menetapkan masa kesuburan dengan lebih tepat?

4. Ada baiknya keluarga mertua di kedua-dua belah sama-sama memberi sokongan dan galakan kepada anak menantu. Dengan cara ini, pasangan kurang rasa tertekan dan semakin bermotivasi untuk mengambil langkah susulan seperti berubat, mengurut dan mungkin juga mendapatkan nasihat daripada Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

5.Β  Apakah kita lupa kepada Qada & Qadar Allah? Hingga ada yang sanggup merendah-rendahkan anak menantu sendiri? Ingatlah, bahawa rezeki dikurniakan anak juga tertakluk di dalam ketentuan Allah. Kita hanya mampu berusaha sedaya upaya yang ada mengharap rahmat limpahan rezeki Allah untuk kita. Siapa kita seolah-olah mempersoal Qada’ & Qadar Allah?

Ada petua untuk mudah mengandung/hamil?

6. Doa. Inilah senjata utama kita. Setiap kali selepas solat Subuh dan Maghrib, amalkan baca ayat-ayat di bawah;

  • Al-Fatihah
  • Β Ayat 89 surah Al-Anbiya’
  • Β Ayat 38 surah Ali Imran
  • Ayat 30 surah Al-Anbiya’
  • Kemudian baca 7 kali doa berikut: “Subhanahu man amruhu baynal kaafi wan nuun. Subhanahu man amruhu iza araada syai an an yaquula lahu kun fayakuun. As ‘alullah al-‘azim rabbul ‘arsyil ‘azim an yashfiyana.” (Sumber asal: http://ukhtiez.blogspot.com)

7. Petua lain? Kena tentukan secara tepat waktu kesuburan isteri. Kalau kitaran haid isteri normal, biasanya waktu subur dia ialah antara hari ke 10 dan ke 15 dari hari pertama isteri didatangi haid. Untuk bacaan lanjut (kitaran haid tak normal), boleh baca entri di ini, “5 Petua & Tips Mudah Hamil

Dapatkan Panduan Rahsia Isteri Mudah Hamil & Tips Kesuburan Untuk Isteri

8. Suami juga perlu diperiksa tahap kesuburannya. Jangan malu jangan segan!

9. Ingatlah, kita mampu berusaha. Usahalah sekuat mana. Doa jangan dilupakan. Kerana yang mendekatkan kita dengan rahmat Allah ialah doa kita.

@hafizmd – Dilema Menantu Belum Mengandung. Selamat berusaha!