Takut Nak Kahwin Muda? Baca Dulu 10 Pendapat Tentang Kahwin Muda!

harapan kebaikan keburukan kahwin muda masih belajar

Assalamua’laikum.

Takut Nak Kahwin Muda? Baca Dulu 10 Kebaikan Kahwin Muda! Saya pernah menulis tentang kebaikan dan keburukan kahwin bini muda di entri ini, “Kahwin Muda, Antara Kebaikan dan Keburukan.” Ramai yang memberi respons positif tentang perkahwinan di usia muda. Kahwin muda. Adakah faktor umur menjadi penghalang untuk kahwin muda? Ada had umur tertentu ke nak kahwin muda ni? Suka saya kongsikan pelbagai respons di entri ni. Semoga entri ni boleh membuka sekelumit jalan penyelesaian jika ada pasangan yang sedang pening nak buat keputusan samada nak kahwin muda atau tangguh dahulu.

Kebaikan Kahwin Muda

Jom kita baca 10 pandangan tentang kahwin muda ni. Ada pendapat datangnya daripada mereka yang kahwin muda. Sama-sama kita fikir dalam-dalam. Kahwin ni bukan setakat seronok saja semata-mata.

1. Kelapangan dalam tunaikan tanggungjawab – Kahwin muda, dapat anak awal. Bila usia persaraan, tanggungjawap untuk persekolahan anak-anak pun berakhir. Kak Jie kawen muda jugalah..umur 24 tahun. Sekarang anak sulung pun dah lepas SPM. Rasanya kebaikan lebih banyak dari keburukan… jadi fikir-fikirlah. (Blogger Kak Jie)

2. Menjaga kesucian dan maruah diri – Banyak kebaikan dari keburukan yang ada bila kawin muda. Sekurang-kurangnya mampu menjaga kesucian dalam perhubungan seperti yang telah disyariatkan Islam. Bukannya dengan berkapel, pegang sana sini tanpa ada ikatan halal. (Mivida)

3. Senang uruskan anak-anak – Antara kebaikan kawin muda ialah boleh dapat anak awal. Jadi bila pencen, anak-anak dah habis belajar. Keburukan pula mungkin belum puas enjoy masa bujang. Ditakuti bila dah kahwin asyik keluar malam. Saya kahwin umur 22 tahun. Sekarang ni anak sulung dah darjah 5. (Blogger Nadri)

4. Takut anak salah pilih pasangan – Mungkin sebab ibu bapa takut anak tersalah pilih pasagannya. Maklumlah si ibu ayah masih sayangkan anak-anaknya lebih-lebih lagi perempuan, gadis sunti. (Blogger Suri)

5. Isu kewangan – Mentaliti ibubapa sekarang kebanyakannya nakkan anak habis belajar dulu. Kunci kepada pernikahan dengan habis belajar dulu. Tapi kalau student dgn student nak kahwin, lebih baiklah bertahan smpai habis belajar sebab isu kewangan mungkin jadi penyebab menggugat rumahtangga melainkan mereka adalah dari keluarga yg berada..wallahua’lam. (Blogger Adele)

6. Nak kahwin tapi masih belajar – Untuk student yg ingin berkahwin tidak perlu boros. Cukup sekadar buat yang termampu dan wajib. Moga-moga dengan perkahwinan serta niat suci kita akan mendapat keberkatan dariNya. (Shu)

7. Bagaimana perspektif kita tentang kahwin muda? – Saya ni seorang pelajar IPTA yang akan berkahwin. Saya rasa ada kebaikan dan keburukan dan ia mengikut keadaan individu tu sendiri, atau style pasangannya. Penting untuk berfikiran positif.

8. Kumpul duit – Kenapalah nak kahwin awal sangat. Relaks dulu. Keje dulu, dapat duit. Tak payahlah kahwin pakai duit mak ayah. (Fadhil Blex)

9. Orang Arab nak kahwin awal – Nak kahwin muda kalau ikut Islam, InsyaAllah takde banyak masalah. Pemikiran rakyat Malaysia sebenarnya memang dah kena racun dengan mereka yang berniat utk jatuhkan Islam. Wallahu’alam. Budak Arab kat IPT tempat saya belajar ni, kena kahwin awal. Diorang pulak takde calon. Terbalik betul! Saya suka dengan cara orang Arab, diorang lagi nak anak diorang nikah awal-awal.

10. Kahwin umur 19 – Saya kahwin muda, juga, 19 tahun, sekarang dah jadi ibu dan masih belajar (Farahdina).

11. Ilmu rumahtangga – Jika sudah cukup ilmunya. Sudah bersedia fizikal dan mental untuk pikul tanggungjawab sebagai seorang suami/isteri, silakanlah kahwin. Umur bukan ukuran kematangan anda (Hafizmd).

Dalam Islam, ibadah mereka yang dah kahwin pahalanya berkali ganda berbanding mereka yang belum kahwin. Fikir-fikirkanlah =) Boleh sambung baca di entri INI.

@hafizmd – Kebaikan dan keburukan kahwin muda. Kahwin bakal mengisi ruang “kosong” diri kita.