Takut Nak Kahwin Muda? Baca Dulu 10 Pendapat Tentang Kahwin Muda!

Assalamua’laikum.
Takut Nak Kahwin Muda? Baca Dulu 10 Kebaikan Kahwin Muda! Saya pernah menulis tentang kebaikan dan keburukan kahwin bini muda di entri ini, “Kahwin Muda, Antara Kebaikan dan Keburukan.” Ramai yang memberi respons positif tentang perkahwinan di usia muda. Kahwin muda. Adakah faktor umur menjadi penghalang untuk kahwin muda? Ada had umur tertentu ke nak kahwin muda ni? Suka saya kongsikan pelbagai respons di entri ni. Semoga entri ni boleh membuka sekelumit jalan penyelesaian jika ada pasangan yang sedang pening nak buat keputusan samada nak kahwin muda atau tangguh dahulu.
Kebaikan Kahwin Muda
Jom kita baca 10 pandangan tentang kahwin muda ni. Ada pendapat datangnya daripada mereka yang kahwin muda. Sama-sama kita fikir dalam-dalam. Kahwin ni bukan setakat seronok saja semata-mata.
1. Kelapangan dalam tunaikan tanggungjawab – Kahwin muda, dapat anak awal. Bila usia persaraan, tanggungjawap untuk persekolahan anak-anak pun berakhir. Kak Jie kawen muda jugalah..umur 24 tahun. Sekarang anak sulung pun dah lepas SPM. Rasanya kebaikan lebih banyak dari keburukan… jadi fikir-fikirlah. (Blogger Kak Jie)
2. Menjaga kesucian dan maruah diri – Banyak kebaikan dari keburukan yang ada bila kawin muda. Sekurang-kurangnya mampu menjaga kesucian dalam perhubungan seperti yang telah disyariatkan Islam. Bukannya dengan berkapel, pegang sana sini tanpa ada ikatan halal. (Mivida)
3. Senang uruskan anak-anak – Antara kebaikan kawin muda ialah boleh dapat anak awal. Jadi bila pencen, anak-anak dah habis belajar. Keburukan pula mungkin belum puas enjoy masa bujang. Ditakuti bila dah kahwin asyik keluar malam. Saya kahwin umur 22 tahun. Sekarang ni anak sulung dah darjah 5. (Blogger Nadri)
4. Takut anak salah pilih pasangan – Mungkin sebab ibu bapa takut anak tersalah pilih pasagannya. Maklumlah si ibu ayah masih sayangkan anak-anaknya lebih-lebih lagi perempuan, gadis sunti. (Blogger Suri)
5. Isu kewangan – Mentaliti ibubapa sekarang kebanyakannya nakkan anak habis belajar dulu. Kunci kepada pernikahan dengan habis belajar dulu. Tapi kalau student dgn student nak kahwin, lebih baiklah bertahan smpai habis belajar sebab isu kewangan mungkin jadi penyebab menggugat rumahtangga melainkan mereka adalah dari keluarga yg berada..wallahua’lam. (Blogger Adele)
6. Nak kahwin tapi masih belajar – Untuk student yg ingin berkahwin tidak perlu boros. Cukup sekadar buat yang termampu dan wajib. Moga-moga dengan perkahwinan serta niat suci kita akan mendapat keberkatan dariNya. (Shu)
7. Bagaimana perspektif kita tentang kahwin muda? – Saya ni seorang pelajar IPTA yang akan berkahwin. Saya rasa ada kebaikan dan keburukan dan ia mengikut keadaan individu tu sendiri, atau style pasangannya. Penting untuk berfikiran positif.
8. Kumpul duit – Kenapalah nak kahwin awal sangat. Relaks dulu. Keje dulu, dapat duit. Tak payahlah kahwin pakai duit mak ayah. (Fadhil Blex)
9. Orang Arab nak kahwin awal – Nak kahwin muda kalau ikut Islam, InsyaAllah takde banyak masalah. Pemikiran rakyat Malaysia sebenarnya memang dah kena racun dengan mereka yang berniat utk jatuhkan Islam. Wallahu’alam. Budak Arab kat IPT tempat saya belajar ni, kena kahwin awal. Diorang pulak takde calon. Terbalik betul! Saya suka dengan cara orang Arab, diorang lagi nak anak diorang nikah awal-awal.
10. Kahwin umur 19 – Saya kahwin muda, juga, 19 tahun, sekarang dah jadi ibu dan masih belajar (Farahdina).
11. Ilmu rumahtangga – Jika sudah cukup ilmunya. Sudah bersedia fizikal dan mental untuk pikul tanggungjawab sebagai seorang suami/isteri, silakanlah kahwin. Umur bukan ukuran kematangan anda (Hafizmd).
Dalam Islam, ibadah mereka yang dah kahwin pahalanya berkali ganda berbanding mereka yang belum kahwin. Fikir-fikirkanlah =) Boleh sambung baca di entri INI.
@hafizmd – Kebaikan dan keburukan kahwin muda. Kahwin bakal mengisi ruang “kosong” diri kita.
Salam,
KakYan kahwin umur 23 tahun, tak muda tak tua sangat kot hehee, alhamdulillah banyak pengalaman kahwin muda ni, memang seronok., dapat anak dalam usia muda, tak ke untung tu…besok-besok jalan anak beranak orang ingat adik beradik ehehee.
Tapi apa pun biar persediaan mental, fikizal, ilmu dan kewangan tu ada, dikhuatiri nanti akan timbul cerita yang tidak baik selepas perkahwinan, mungkin sebab ini juga ibu bapa takut nak bagi anak kahwin awal, takut bakal menantu tak boleh jaga anak orang, tak boleh nak membimbing.
Betul jugak tu Kak Yan. Mmg byk yg saya dengar camtulah. Takut bakal suami tak mampu nak jaga si anaknya. Maklumlah, parents mesti tgk bakal suami anaknya betul2 sebelum lepas hak kepada bakal suami.
Thanks kak yan berkongsi pengalaman =)
p/s-bestnya kahwin muda, dikatakan awet muda jugak…hehe
wah adik beradik gitu.. kakak sulung dengan adik bongsu ya
setuju juga kahwin muda, lebih bertanggugngjawab…
Ramai yg takut nak pikul
aku pun hairan dengan mereka yang tak mahu kawin muda ni
rezeki isteri, rezeki anak2, allah dah tentukan
ramai yg “kurang yakin” dgn yg ni…
kalau kita tgk org dulu2.. kebanyakkan kawin muda dan bahagia ke anak cucu…. bila jodoh mereka pilihan ibu bapa dan dpt keredaan ibu bapa.. ia sebenarnya byk akan membantu mempermudahkan kehidupan mereka kerana keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa…
Setuju. Berkat ibubapa no 1.
Kahwin muda ni banyak baik dari buruk nya. sekurangnya apa yang kita buat ada yang akan menegur salah silap. Ada orang tika jatuh dan bangun itu yang seronok
Betul tu bro. Itu yg melengkapkan kita =)
hoho..gua masih kategori muda dan kacak lagi. haha..
hohoho…jgn biar lama2…keh3
dah tu, kawen le..
@fieza, dia tunggu org tu masuk minang katanya =)
kahwin muda nih bagus…dapat anak cepat…bila kita dah umur 40an anak dah besar-besar dah….leh enjoy..ade masa lebih untuk beribadah pula… ermm..dapat cucu pun mungkin cepat..
Betul jugak tu bro..
Byk benda yg disimpan dalam sebuah perkahwinan ni
perkenalkan den ngan arab tu..hehehe
keh3..nak kena contact minah ni dulu..hehee
kalau nak kahwin pun biarlah habis bulan ramadhan dulu…eh! salah ke?
Sebenarnya bila hati dah berkenan dan sanggup pikul tanggungjawab kahwin je lah untuk elak maksiat zina…
yup…itulah jalannya
yg atas tu…boleh jer…jalan jerlah =)
jika seseorang tuh rasa ilmu dah cukup , mampu dari segi mental , fizikal dan kewangan…then teruskan kahwin…syok wor kahwin…hehe
betul tu bro PM…syok wooo..hhee
setakat ni saya masih berpendapat kahwin muda lebih banyak kebaikannya berbanding kahwin dalam usia yang lanjut. Mungkin kerana saya sendiri adalah wanita yang berkahwin pada usia muda. Walau banyak cabaran yang terpaksa saya tempuhi sepanjang 1 dekad yang lepas, namun saya rasa ianya berbaloi. Kalau nak tahu lebih lanjut, apa kata korang kahwin dulu 🙂
Tak menggalakkan tau…
hehe…betul tu..kahwin dulu tapi biarlah sedia batin zahir fizikal dan mental
tak menggalakkan, tapi hanya menyokong =)
kawin awal lagi baik daripada bercinta tanpa ada ikatan…
Pastinya lebih baik
hehehe. sebenarnya orang kita ni takut nak kahwin awal. takut kalau2 tak mampu menyara keluarga. ni termasuklah den sendiri 🙂
hehehe…jgn takut…pasti lebih power lepas kahwin! =)
terasa. Ehem ehem.
maafkan ambe…ohoho
Rasanya bila kawin ada kaitan dengan ‘jodoh’. Kalau dah jumpa tu biasanya kita dah tak pikir panjang lagi umur tu muda atau tua, terus angkat nikah jer 😀
Of course, bab2 kebaikkan dan keburukkan ni ramai yg dah kaji dan terangkan. Cuma kawe wonder, kalau kita dah betul-betul jumpa ‘the one’, kita mahu tangguh lagi ker kawin?
Bila dah jumpe ‘the one’ tu bro..ada jugak banyak kes cinta makan tahun…
ambe pun wonder2 jugak…kenapa…
diorang cakap, “belum terbuka nak kahwin”
eh?
nak kahwin tapi belum ada calon, kerja pun belum lagi.
Ok. Sila kerja dulu =)
Emm kawin muda…yup saya pun kawin muda..memang secara peribadinya banyak yang boleh dijadikan panduan untuk mereka yang ingin berkahwin muda..apa-apa pun, selagi berpegang pada agama, insyaAllah rumah tangga akan bahagia..kawin muda, banyak dugaannya..cemburu, panas baran, susah nak toleransi..dan mcm2 hal lagi..haha…
hehe..betul tu boh..
selagi mana agama jadi tiangnya…insyaAllah, baranlah sepanas mana pun, cemburulah segila mana pun, insyaAllah ada ubatnya bila agama jadi tiangnya =)
hehe yang ini memang aku galakan sangat lah siapa – siapa nak kahwin muda.
Kalau aku sehabis sekolah tingkatan 5 jer terus kahhhwinn hehehe
heehhehe…lagi dasat ni..
Entahlah… Aku baru je keje, baru abes belajar. Tak sesuai lagi nak kahwin kot… Huhu
hehe…elok kumpul duit dulu ni..hehehe
kawin lambat takut si dia lari lak haha
hahahaha…haaaa…tu yg bahaya tu bro
tak kira kahwin muda atau tua yg penting dah sedia tanggungawab
kahwin tua pun masalah kalau kahwin xcukup bekalan 🙂
cuma skrg ini nak kahwin kena belanja byk.. tu yg tua baru baru ada duit,, hehehe
ehehe…belanja kahwin sekarang mmg dengar katanya tinggi2..patutlah ramai jugak yg tertangguh jer…
kita dah selamat dah bang sop…hehehe
nak kena tengok ceramah ustaz kazim…kalau dah jodoh…nikah je. untuk lelaki faktor ekonomi jadi kekangan no. 1. walaupun kos semua tinggi, sekarang ada pilihan nikah beramai-ramai.
betul tu bro DH…syok tgk ceramah ustaz kazim ni..byk tips nak kahwin, nak kekalkan rumahtangga bahagia…
kekangan kewangan mmg faktor utama, tp macam bro DH cakaplah…pilihan lain ada =)
memang bagus kawin muda.. jangan jadi cam den.. dah 35 baru nak bertunang.. huhuhuhuh.. tapi lebih baik dari tak kawin langsung kan?
terbaiklah bro zool!
moga dilancarkan semuanya…ameen
nice sharing 🙂
Terima kasih
dua2 ada baik ada buruknya.. yg penting diri sendiri dah sedia dari segala aspek. dan ada calon. calon pun kena sedia gak..
lagi satu kawin keranaNya, in shaa Allah dipermudahkan segala yg susah… jadi, jgn takut nak kawin..
kata orang mesti lengkapkan ilmu ibu bapa dulu heee
@suri, itu sudah pasti…ilmu kena belajar dan terus belajar waima dah kahwin sekalipun, tapi praktikal kena kahwin dulu
@fieza, setuju tu..kalau takut, apepun tak jadi..
kalau masa belajar ada duit banyak hasil berniaga sendri aku nak kwin cepat2 dok susah2 bawa anak kecil hulu hilir heeeee..ahaks
hohoho..tak dapek den nolong =)
Bagi pasangan muda yang sudah siap menikah tak ada salahnya untuk segera melangsungkan pernikahan, kalau ditunda takutnya malah akan menjerumus ke maksiat ni 🙂
Satu jalan jika sudah sampai tahap wajib kahwin, kenalah kahwin =)
Walaupun takut mereka masih kurang matang nak kendalikan dugaan berumahtangga, tapi itu the best way utk prevent drpd benda2 x elok..
Dari satu segi, mmg point yg ada benarnya
Bila kahwin rezeki akan bertambah-tambah. Contoh macam kawan saya, dia kahwin pada umur dia 20 tahun dan isteri dia dalam 18-19 tahun. Masa dia nikah, dia cuma ada RM20-RM30 sahaja. Lepas kahwin rezeki dia bertambah-tambah sampai jadi usahawan berjaya dengan income 5 angka sebulan sampai dah jadi seorang sifu dalam perniagaan..
p/s: Cakap orang pandai. Saya sendiri tak kahwin lagi hahaha
Terima kasih Bidarari. Ni contoh yg ramai org jarang jumpe.
Ramai jugak yg takut buat keputusan sbb ‘risau bab rezeki’. Lupa yg rezeki anak isteri juga Allah dah tulis siap2…janji usaha
hehehe…tgh kutip penglaman ler tukan?
Bila melangkah ke alam rumah tangga perlu bersedia dari segi mental dan fizikal.
assalmualaikum tuan tanah @hafizmd….
sy pendatang bru blog ni…hehe…sy ske topik ni….sbnr ny kebaikan kahwin awal ni lg bnyk dr keburukan….contoh ny sy sndri….sy kawen thun lpas umur 22….isteri 20….skrg anak bru nk msuk sorng….mcm sy ni dlu mse bujng mmg ske berpoya-poyo….hahah….slalu kluar mlm smpi x ingt nk blik rumah..sgala kemaksiatan sume dok dlm poket ni….tp skrg alhamdulillah….ap yg kemaksiatan sy buat dlu trus dilupakan….hope berkekalan la kan…aminn..so pesan sy pd kwan2 yg blom nkah tu elok la cpt2 kalu da ad duit….x perlu nk njoy sgt……lpas khwin pon boleh je njoy….xde mslah…..nk dating smpi lwat mlm pon xpe sbb da jd bini kite…..hehe……
Wa’alaikumussalam saudara nazirul
alhamdulillah…ni yg kita nak dengar ni..kebaikan kahwin muda insyaAllah mampu ubah kita jadi lebih baik…tahniah bro nazirul
betul tu, dah kahwin…ada anak isteri lagi best nak enjoy…hnaya yg dah kahwin jer tau… =)
moga kekal bahagia dgn famili tersayang
thanks bro nazirul sudi berkongsi!
tuan tanah udoh kahwin ke???heheheh….
Nazirul, tuan tanah dah kahwin…kahwin awal jugak…umur 24 tahun…hehehehehe
rasa nak kahwin pulak dah.. he he he…
tapi calonnya belum ada..
macam mana nak kahwin ni
hehe..nampaknya, kena carik calon dululah =)
Oleh itu moh la kitew kahwin mude 🙂
dah ade sebelas kebaikan tu..
🙂
byk dah tu kebaikan kahwin muda..silakan yer
Mmg klu diikutkan pemikiran ttg cabaran kehidupan sekarang agak risau kahwin muda ni.. yelah, ttg tanggungan dsb. Tp jodoh pertemuan, ajal maut semua di tgn Allah.. klu dah jodoh mmg lebih baik kahwin.. soal rezeki pasti ada.. Allah juga yg memberinya.. berdoa dgn usaha & tawakkal.. in shaa Allah, dipermudah semuanya.. 🙂 🙂
usaha doa tawakal..tiga serangkai yg perlu kita buat…samada dalam soal kahwin muda dan termasuk juga soal2 lainnya.
terima kasih bro Khir.
Bagus kawen muda ni. Dapat buat everythg dgn tenang dgn adanya si dia disisi. Tapi selalu nya parents pulak susah nak bagi izin disebabkan faktor muda atau bagi mereka pasangan muda masih belum matang untuk pikul tanggungjawab, lebih2 dari segi kewangan. Katanya org muda tak pndai menjaga atau berurusan dgn wang. Wallahualam. Bagi sy kawen muda bagus. Yg ragu2 hilang ragunya. Yg tak kusyuk, kusyuk jadinya. Wallahualam.
Setuju dgn pandangan Elfiqa. InsyaAllah lebih khusyuk dan fokus dalam hidup seharian.
Then bab kewangan, Nak pandai, kenalah buat dan lalui sendiri dgn menambah ilmu dan beramal. InsyaAllah aman damai. Betul tak?