Jom Sertai Projek Iqra’ Dengan Menaja Anak Yatim!

Assalamua’laikum.

Jom Sertai Projek Iqra’ dengan Menaja Anak Yatim Shopping Raya 2013. Kita selalu ucap, kita sayangkan Rasululullah. Kita selalu cakap, kita rindukan Rasulullah. Namun, cukupkah amalan kita untuk membolehkan kita menjadi seseorang yang dibanggakan oleh Baginda? Rasulullah seorang anak yatim. Nabi dan anak yatim dalam syurga seperti jari telunjuk dan jari tengah (petikan riwayat Bukhari). Nampak tak? Betapa Nabi begitu sayang dan mengambil berat kepada anak-anak yatim? Inilah peluang kita. Projek Iqra’.

Jom Sertai Projek Iqra’ Menaja Anak Yatim

Sedekah di bulan Ramadan pasti ganjarannya lebih besar. Lebih berlipat kali ganda bila kita sedekahkan kepada anak-anak yatim. Rezeki yang Allah kurniakan kepada kita pasti ada bahagiannya untuk orang lain. Jomlah kita pakat sama-sama untuk berkongsi keriangan menyambut Hari Raya tahun ni, dengan menaja seberapa ramai anak yatim melalui program Iqra’ ni.

Bagaimana untuk sertai program Iqra’ ini?

1. Jika berniat untuk menaja seorang anak yatim (RM188 seorang anak yatim), bolehlah membuat bayaran ke akaun berikut;

AKAUN: MAYBANK
NAMA AKAUN: PERSATUAN KEBAJIKAN PROJEK IQRA’ SEMALAYSIA (jika isu cheque, jangan lupa tanda ‘ pada perkataan Iqra’)
NO AKAUN: 564810504003
EMAIL: info@projekiqra.com
NO TEL: 019-2175597 (En. Suhaimi – Bendahari) / 017-274 8904 (Sharifah Sharina – Timbalan Pengerusi)

Selepas membuat bayaran, sila isi  borang di sini Projek Shopping Raya 2013 atau  SMS/MMS ke nombor telefon diatas ikuti maklumat di Facebook Projek Iqra.

2. Jika hendak sumbangkan tenaga dan masa, boleh menjadi sukarelawan konvoi shopping raya di 4 lokasi berikut (boleh hubungi 019-2175597 (En. Suhaimi – Bendahari) / 017-274 8904 (Sharifah Sharina – Timbalan Pengerusi);

  1. Pertubuhan Baitul Ehsan Al-Khairi, Taman Maluri (Kuala Lumpur) – 27 Julai 2013
  2. Rumah Anak Yatim At-Taqwa Putra Perdana, Puchong (Selangor) – 27 Julai 2013
  3. Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Semarak, Nilai (Negeri Sembilan) – 27 Julai 2013
  4. Rumah Gemilang, Sik (Kedah) – 20 Julai 2013

3. Sebarkan maklumat berkenaan Projek Iqra’ ini kepada ahli keluarga, saudara mara, sahabat handai, rakan sepejabat dan jiran tetangga.

Ayuh, sama-sama kita berkongsi rezeki yang Allah kurniakan kepada kita dengan sedekah jariah ini. Kalau bukan sekarang, bila lagi?

projek iqra' menaja anak yatim shopping raya 2013

Kita boleh berkongsi menaja seorang anak yatim. Kalau RM188 berkongsi 4 orang, seorang bayar RM47.

@hafizmd – Jom Sertai Projek Iqra’ Dengan Menaja Anak Yatim Sedekah Amal Jariah. Terima kasih Kak Jie berkongsi entri asal projek di berita komuniti INI.

Published by Hafizmd

Artikel ditulis berdasarkan pengalaman peribadi dan juga melalui pembacaan. Sebarang kehilangan, kerosakan dan komen pembaca adalah tanggungjawab anda. Dapatkan bantuan pakar berkaitan jika memerlukan khidmat nasihat yang tepat. Jika entri ini bermanfaat, mohon 'Like, Tweet & G+' kepada rakan anda. Terima kasih dan selamat membaca.