Jom Sertai Projek Iqra’ Dengan Menaja Anak Yatim!

- 15 July 2013Agama

Assalamua’laikum.

Jom Sertai Projek Iqra’ dengan Menaja Anak Yatim Shopping Raya 2013. Kita selalu ucap, kita sayangkan Rasululullah. Kita selalu cakap, kita rindukan Rasulullah. Namun, cukupkah amalan kita untuk membolehkan kita menjadi seseorang yang dibanggakan oleh Baginda? Rasulullah seorang anak yatim. Nabi dan anak yatim dalam syurga seperti jari telunjuk dan jari tengah (petikan riwayat Bukhari). Nampak tak? Betapa Nabi begitu sayang dan mengambil berat kepada anak-anak yatim? Inilah peluang kita. Projek Iqra’.

Jom Sertai Projek Iqra’ Menaja Anak Yatim

Sedekah di bulan Ramadan pasti ganjarannya lebih besar. Lebih berlipat kali ganda bila kita sedekahkan kepada anak-anak yatim. Rezeki yang Allah kurniakan kepada kita pasti ada bahagiannya untuk orang lain. Jomlah kita pakat sama-sama untuk berkongsi keriangan menyambut Hari Raya tahun ni, dengan menaja seberapa ramai anak yatim melalui program Iqra’ ni.

Bagaimana untuk sertai program Iqra’ ini?

1. Jika berniat untuk menaja seorang anak yatim (RM188 seorang anak yatim), bolehlah membuat bayaran ke akaun berikut;

AKAUN: MAYBANK
NAMA AKAUN: PERSATUAN KEBAJIKAN PROJEK IQRA’ SEMALAYSIA (jika isu cheque, jangan lupa tanda ‘ pada perkataan Iqra’)
NO AKAUN: 564810504003
EMAIL: info@projekiqra.com
NO TEL: 019-2175597 (En. Suhaimi – Bendahari) / 017-274 8904 (Sharifah Sharina – Timbalan Pengerusi)

Selepas membuat bayaran, sila isi  borang di sini Projek Shopping Raya 2013 atau  SMS/MMS ke nombor telefon diatas ikuti maklumat di Facebook Projek Iqra.

2. Jika hendak sumbangkan tenaga dan masa, boleh menjadi sukarelawan konvoi shopping raya di 4 lokasi berikut (boleh hubungi 019-2175597 (En. Suhaimi – Bendahari) / 017-274 8904 (Sharifah Sharina – Timbalan Pengerusi);

  1. Pertubuhan Baitul Ehsan Al-Khairi, Taman Maluri (Kuala Lumpur) – 27 Julai 2013
  2. Rumah Anak Yatim At-Taqwa Putra Perdana, Puchong (Selangor) – 27 Julai 2013
  3. Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Semarak, Nilai (Negeri Sembilan) – 27 Julai 2013
  4. Rumah Gemilang, Sik (Kedah) – 20 Julai 2013

3. Sebarkan maklumat berkenaan Projek Iqra’ ini kepada ahli keluarga, saudara mara, sahabat handai, rakan sepejabat dan jiran tetangga.

Ayuh, sama-sama kita berkongsi rezeki yang Allah kurniakan kepada kita dengan sedekah jariah ini. Kalau bukan sekarang, bila lagi?

projek iqra' menaja anak yatim shopping raya 2013

Kita boleh berkongsi menaja seorang anak yatim. Kalau RM188 berkongsi 4 orang, seorang bayar RM47.

@hafizmd – Jom Sertai Projek Iqra’ Dengan Menaja Anak Yatim Sedekah Amal Jariah. Terima kasih Kak Jie berkongsi entri asal projek di berita komuniti INI.

{ 43 comments… read them below or add one }

fyna July 15, 2013 at 11:03 am

bagus projek nih.

Reply

hafizmd July 15, 2013 at 1:34 pm

Terbaik!

Reply

Anuar July 15, 2013 at 11:13 am

Terima kasih di atas perkongsian info… Sebagai entri ini akan dapat menggalakkan rakyat Malaysia supaya turut besedekah…

Reply

suri July 15, 2013 at 11:29 am

saat inilah kata orang kita bersedah byk akan dapat lebih dari apa kita milik sebelum ini..lebih lagi bulan yang mulia ini

Reply

hafizmd July 15, 2013 at 1:25 pm

@suri, setuju 100%

Reply

hafizmd July 15, 2013 at 1:31 pm

Amen. Moga2 kita lebih banyak bersedekah…ameen ameen ameen

Reply

suri July 15, 2013 at 11:25 am

wah comelnya banner itu..amalan yang baik mesti kami sokong

Reply

zuan July 15, 2013 at 12:08 pm

sangat senang melakukan amal pada masa kini ^^

Reply

hafizmd July 15, 2013 at 1:24 pm

@zuan, betul tu..tinggal nak atau tak

Reply

hafizmd July 15, 2013 at 1:25 pm

Mesti sokong!

Reply

Hafizul July 15, 2013 at 12:51 pm

Hehe..projek yang baik ni mesti akan mendapat sambutan yang menggalakkan..sedih kan bila kenangkan nasib mereka..

Reply

hafizmd July 15, 2013 at 1:24 pm

Sama2 kita sebar dan bantu mana yg termmpu..

betul tu…

Reply

akubiomed July 15, 2013 at 1:35 pm

Bantuan yang dihulurkan dapat memberikan cahaya kegembiraan kepada anak-anak yatim untuk rayai hari Raya walaupun tidak sempurna seperti insan yang lain.

Reply

hafizmd July 16, 2013 at 6:58 am

Itu yg kita harapkan…ameen

Reply

Denaihati July 15, 2013 at 2:18 pm

mudahan ramai yang beri sumbangan. bulan ramadhan, insyaAllah berganda-ganda ganjaranya.

Reply

hafizmd July 16, 2013 at 6:57 am

ameen…pakat rebut peluang yg ada

Reply

onlajer July 15, 2013 at 3:53 pm

ya bro bulan puasa ni lah masanya nak membuat jariah

Reply

hafizmd July 16, 2013 at 6:55 am

setuju sangat..bulan didik diri

Reply

papa mifz July 15, 2013 at 4:09 pm

mulia sungguh projek nih…pasti akan mendapat sambutan punya…Insya-Allah…

Reply

hafizmd July 16, 2013 at 6:48 am

insyaAllah…sama2 perbanyak bekal

Reply

munir ardi July 15, 2013 at 6:30 pm

siapa yang memelihara satu anak yatim maka Allah membangunkan buatnya sebuah istana di Surga

Reply

hafizmd July 16, 2013 at 6:48 am

subhanallah
terima kasih bang munir

Reply

hafizrahim July 15, 2013 at 7:13 pm

bagus projek ni..cuma aku je yang masih belum bagus nak sedekahkan pada anak-anak yatim..nak buat kira2 dlu..insha Allah kalau ada lebih, nak bagi jugak

Reply

hafizmd July 16, 2013 at 6:47 am

bagus2…selain perbelanjaan utk fakir miskin, belanja utk keluarga juga mendapat ganjaran besar di sisi Allah =)

Reply

sendirian July 15, 2013 at 9:53 pm

terbaik.jom masing2 beramal

Reply

hafizmd July 16, 2013 at 6:47 am

jom sama2 tingkatkan amal ibadah

Reply

Khairul Zamri July 15, 2013 at 10:07 pm

murah dah tu, kepada yg berkemampuan jgn tangguh2 ini bulan Ramadhan semuanya berganda2

Reply

hafizmd July 16, 2013 at 6:46 am

betul tu…

jomlah KZ

Reply

khairul asrol July 16, 2013 at 2:50 am

thanks sharing bro. kita bersedekah ni kan harta kita makin banyak sebenarnya. teringat kisah seorang blogger kat facebook dia share, sedekah kat masjid je lepas tu dapat email post berbayar. subhanallah. Allah bayar cash!

Reply

hafizmd July 16, 2013 at 6:41 am

Subhanallah…itu yg kita nampak…yg kita tak nampak..

Reply

kakiblog July 16, 2013 at 6:04 am

peluang untuk tambah saham akhirat…

Reply

hafizmd July 16, 2013 at 6:40 am

betul tu…pakat tambah mana yg boleh

Reply

titan July 16, 2013 at 7:29 am

OHH. ini agak bagus. hoho..

Reply

hafizmd July 17, 2013 at 12:18 am

Mmg bagus.. =)

Reply

blackrosehunter July 16, 2013 at 8:13 am

bagus program macam ni disamping bersedekah kepada anak yatim

Reply

hafizmd July 17, 2013 at 12:18 am

Moga memberi manfaat kepada mereka yg memerlukan…ameen

Reply

fiezaradzi July 16, 2013 at 9:16 am

ok jugak ni.. jom… nanti bagitau ek..

moga bulan ramadan ni titik mula bagi amal jariah ni hingga ke bulan2 seterusnya..

Reply

hafizmd July 17, 2013 at 12:18 am

orait…set…moga2 dipermudahkan urusan…ameen

Reply

Hairul Hissam July 16, 2013 at 6:34 pm

saya suka aktiviti mcm nie.. semoga bro dapat pahala menyebarkan usaha murni ini.. aminn

Reply

hafizmd July 17, 2013 at 12:10 am

Ini yg terdaya ambe buat sebgai seorang blogger dan sesama sedara =)

ameen

Reply

Datin Tyka July 25, 2013 at 8:54 am

bagus projek ni.. sambil sambil tu buat amal jariah kan.. dapat pahala….

Reply

hafizmd July 25, 2013 at 9:00 am

betul tu…tolong mana yg mampu

Reply

Bungkilan May 22, 2014 at 4:14 pm

Semoga aktiviti seperti ini berkekalan. Tolong menolong setakat yang mampu.

Reply

Leave a Comment