Harimau Muda A Akhirnya Tewas di Universiade Rusia
Assalamua’laikum.
Keputusan penuh Harimau Muda A vs Jepun, Universiade Kazan, Rusia. Malaysia [0] Jepun [4]. Akhirnya Harimau Muda A tewas 0-4 kepada Jepun, juara bertahan bola sepak Sukan Universiti Dunia di Kazan, Rusia. Walaupun tewas, pencapaian mara ke peringkat suku akhir cukup membanggakan. Kalau tak silap, tahun lepas tak lepas pun peringkat kumpulan.
Harimau Muda A terus mengaum!
Lebih bangga bila pasukan kita layak adalah top 8 pasukan terbaik bola sepak universiti dunia. Cukup bangga tu! Bukan senang untuk sampai ke peringkat ni. Maksudnya pasukan kita sudah semakin hampir dengan pasukan bertaraf dunia yang lain seperti Brazil, Jepun, Itali dan kuasa besar bola sepak yang lain.
Kali ni, kita memang agak tertekan sebab hanya bawa 17 pemain ke Kazan, Rusia. Khabarnya ada pasukan negeri yang tak nak lepaskan pemain mereka untuk mewakili Harimau Muda A ke kejohanan Sukan Universiti Dunia ni. Atas alasan apa, taklah dapat dipastikan.
Apapun, tahniah kepada jurulatih Ong Kim Swee yang nampaknya memang betul-betul kenal potensi dan bijak mengasah bakat pemain muda negara. Harap ramai lagi pemain seperti Wan Zack Haikal akan muncul nanti.
@hafizmd – Harimau Muda A semakin tajam kukunya! Majulah sukan untuk negara!
Tak apa la tewas bermaruah,mungkin tekanan dan bulan puasa jadi penghalang
tak apa. cuba lagi tahun hadapan.
alhamdulillah, ada peningkatan untuk pasukan negara kita
Ala kenapa pla tewas. Sedihnya huhu
majulah sukan untuk negara!! ^_^
Memang membanggakan, moga konsisten prestasi skuad Harimau Muda A ini. 🙂
Yang penting Malaysia dapat tewaskan Italy yang ada 9 orang pemain bawah 21 skuad kebangsaan Italy. Great britain pun kalah dengan Italy. Kalau la Malaysia ada pemain yang cukup, mesti keputusan akan berlainan. Walaupun kekurangan pemain, skuad harimau muda dah boleh survive. Sepatutnya skuad Ong Kim Swee sudah diangkat sebagai sekuad senior, skuad senior rajagopal patut terus dibubar dan Rajagopal patut step down. Dia dah tak relevan dah
Semalam kalah (penalti) dengan Ireland lak. Still pencapaian yg baik buat Malaysia.
Yup. Top 8 dalam dunia…kira bagus dah ni
namanya dah harimau muda..memnag kuat dah gagah perkasa lagi lah..hehe
macam kitalah boh…muda, gagah perkasa…hahaha
tahun depan ada lagi…apa pun tahniah walaupun sampai ketahap ini…
salam ramadhan dari bunda…
moga lebih sukses
salam Ramadan utk Bunda sefamili
takpe.teruskan usaha harimau muda
yeah! top 8 pun dah power dah
Apa yang penting mereka mempunyai semangat juang yang tinggi.
Huh,.. Dah agak dah. Memang konform kalah punya lah Harimau tah hape2 nie..
hehe…takkan kita harap nak menang…mmg kurang realistik =)
susah la cakap kalau malaysia hampir setaraf itali tu…patut sedar yang malaysia jauh tertinggal di belakang dan patut buat perubahan…ingat la ini pasukan universiti jepun..bukan pasukan kebangsaan jepun… harimau muda pula pasukan professional dan mmg satu team bermain bola full time…ini dah bukti kita sdah jauh tertinggal di belakang jepun..
harap harap ini jadi pengajaran kepada kita…
Ada benarnya. Namun dalam kesebelasan pemain Italy, ramai yg juga pemain bawah 23 yg mewakili negara. Jadi, mereka mmg juga pemain pro macam pemain kita.
Untuk itu, saya ttp rasa bangga dngan pencapaian skuad harimau muda A di Kazan, Rusia =)
terima kasih bro singgah
Alhamdulillah. Semakin maju kehadapan.
Sukan ni medium perpaduan. Semoga berterusan menyatukan