Menang Kontest Blogger Tanah Arab Mesir

Assalamua’laikum.

Alhamdulillah. Rezeki Ramadhan dari Mesir melalui Blogger Asyrof Asri. Rezeki Allah pastinya melalui pelbagai bentuk dan cara serta tak terduga. Betul tak? Cuma tinggal untuk kita berfikir dan menghayati setiap sesuatu yang ada pada kita sekarang. Semuanya sudah Allah tentukan. Bila, di mana dan bagaimana semuanya sudah termaktub dalam ilmu Allah. Buktinya, usaha atas kudrat yang Allah pinjamkan, hari ni ambe mendapat berita gembira menang kontest anjuran Saudara Asyrof Asri. Kita tak tahu, kita hanya usaha, Allah yang tentukan. Betul ke idok yop?

Rahsia menang kontest?

Tiada apa-apa rahsia pun. Cuma buat apa yang penganjur inginkan. Maksudnya;

  • Ikut saja syarat-syarat yang penganjur tetapkan. Jika diminta klik itu dan ini, klik sajalah.
  • Jika diminta kemaskini senarai penaja, buat sajalah.
  • Jika diminta semak balik entri kontest kita, semaklah betul-betul.
  • Jika diminta untuk tambah mana yang patut, tambahlah mana-mana yang patut.

Resepinya cukup mudah. Ikut undang-undang penganjur. Penganjur ada hak untuk buat apa jenis peraturan sekalipun. Jika kita tak dapat ikut, senang cerita. Jangan turut serta dan jangan paksa penganjur untuk ubah itu dan ini. =) – Penganjur kontest memang kena hati kering…hohoho

Akhirnya, terima kasih kepada Saudara Asyrof Asri yang sudi pilih entri ambe yang ini, “Jejak Kembara Blogger Kacak Tanah Arab

Untuk lihat senarai penuh pemenang, boleh terus ke sini –> Keputusan Rasmi Pemenang Kontest Tanah Arab.

Tahniah buat Saudara Asyrof Asri berjaya anjurkan kontest sebegini. Moga-moga lepas ni, bakal menyusul kontest yang lebih hebat dan mencabar serta mengancam! Terima kasih penaja kontest! =)

 @hafizmd – Menang Kontest Blogger Tanah Arab Mesir. Mesir masih lagi bergolak, sama-sama kita doakan moga semuanya kembali aman. Ameen.

Published by Hafizmd

Artikel ditulis berdasarkan pengalaman peribadi dan juga melalui pembacaan. Sebarang kehilangan, kerosakan dan komen pembaca adalah tanggungjawab anda. Dapatkan bantuan pakar berkaitan jika memerlukan khidmat nasihat yang tepat. Jika entri ini bermanfaat, mohon 'Like, Tweet & G+' kepada rakan anda. Terima kasih dan selamat membaca.