Berjaya Juga Buat Putu Homemade Gebu!

Assalamua’laikum.

Putu homemade gebu lagi sedap mengancam! Serius, tak pernah terfikir untuk buat putu homemade ni di rumah. Biasanya, ambe beli jer kat pasar. Senang. Bayar RM2 dapat 5 putu bambu. Apa jua jenis putu samada putu bambu atau putu piring memang dah jadi feveret ambe sejak kecik lagi. Ambe ingat lagi, selalu jugaklah beli putu piring yang warna kuning-kuning tu kat pasar malam Simpang 4, Chendering. Betul ke ni ambe dapat buat putu homemade yang gebu, sodap lagi mengancam?

Rahsia putu homemade/bambu/piring gebu & sedap

Petang semalam, ambe dengan semangatnya beli semua bahan untuk buat putu homemade ni. Senang sangat bahan-bahannya pun akak-akak, makcik-makciknya. Antaranya tepung ubi, tepung jagung dan tepung beras. Ini bahan utama. Ada yang guna puluh-puluh gram jer. Ada lagi beberapa bahan yang sangat mudah nak dibeli dan murah. Senang cerita, beli semua bahan ni semalam, tak habis pun RM10. Iya, tak habis sepuluh ringgit.

Dipendekkan cerita, ambe dan isteri ikut sajalah video langkah demi langkah cara nak buat putu homemade oleh Saudara Hairul tu. Mula dengan proses timbang bahan-bahan tu lebih kurang, ayak tepung tu lebih kurang, tambah gula sikit, garam sikit, kunyit sikit, gedebak-gedebuk tambah satu dua bahan lagi, terus kukus. Oleh sebab ambe ni takde bekas acuan lain, ambe gunakan saja bekas plastik kecil. Itu aje yang ada malam tadi. Hentam sajalah, janji dapat makan putu homemade warna kuning yang gebu!

Inilah hasilnya…tadaaaaa….

putu homemade gebu sedap

buku panduan resepi cara buat putu bambu putu piring

Serius, baunya sama dengan apa yang pernah ambe ‘gilai’ 25 tahun dulu kat pasar malam Simpang 4, Chendering. Rasa? Memang puas hati. Maklumlah, ambe dan isteri baru pertama kali membuatnya. Gebu tu takyah cakaplah, memang gebu habis. Tak sia-sia ambe dan isteri gigih mengayak tepung semalam dengan pengayak yang lubangnya halus. Patut guna pengayak yang sederhana besar lubangnya. Tak pasal-pasal, dah naik muscle….hahahaha

Kalau korang tengah berkira-kira nak cari resepi yang memang ambe jamin 100% boleh menjadi punya, belilah ebuku Saudara Hairul ni. Bukan nak bodek dia, tapi memang memang boleh menjadi dan sedap putunya. Sebab dia dah tulis resepi tu siap dengan timbangannya sekali. Ada video lagi untuk mudah kita ikut step by step. Tak rugi, sebab ada 10 lagi resepi putu yang di luar imaginasi korang!

Ambe dah buat dan menjadi. Anda bila lagi? Cepat-cepat beli ebuku ni. Serius, tak rugi untuk melabur membelinya. Pasti korang senyum puas hati bila dah dapat siapkan putu homemade, putu bambu, putu piring, putu coklat dengan selambanya nanti!

BELI PANDUAN RESEPI PUTU BAMBU, PUTU PIRING, PUTU HOMEMADE LANGKAH DEMI LANGKAH DENGAN BANTUAN VIDEO. DIJAMIN PUAS HATI 100%

@hafizmd – Putu homemade sedap lagi gebu. Petang ni, buat putu coklat homemade pulak! hehehe….

Published by Hafizmd

Artikel ditulis berdasarkan pengalaman peribadi dan juga melalui pembacaan. Sebarang kehilangan, kerosakan dan komen pembaca adalah tanggungjawab anda. Dapatkan bantuan pakar berkaitan jika memerlukan khidmat nasihat yang tepat. Jika entri ini bermanfaat, mohon 'Like, Tweet & G+' kepada rakan anda. Terima kasih dan selamat membaca.