Suku Akhir Universiade:Harimau Muda vs Jepun

berita sukan bola sepak Malaysia

Assalamua’laikum.

Sukan Universiti Dunia ke-27 di Kazan, Rusia. Yes! Harimau Muda A layak ke suku akhir selepas Itali hanya menang 1-0 dengan Britain. Kita menang bergaya kalahkan Itali 2-0, kalah dengan Britain 0-2 dan menang percuma dengan Algeria yang tarik diri. Terima kasih Algeria…hehehe. Apapun, misi di suku akhir kiranya amat sukar, tapi tiada yang mustahil dalam sukan bola sepak!

Keputusan terkini: Harimau Muda A [0] vs Jepun [4] Keputusan penuh

Dapatkan Jersi Bola Original Harga Murah Sekarang!

Harimau Muda A vs Jepun Suku Akhir Universiade

Yang jadi masalah sekarang ialah ramai yang kena kad merah dan kad kuning. Ganas sangat ke pemain kita? Ke pengadil yang terlebih ‘pemurah’?

Hari tu, ingat dapat bawa masuk 2 pemain, rupanya jawatankuasa kejohanan akhirnya MENOLAK permintaan pasukan kita. Akhirnya, ambe rasa Harimau Muda A mungkin ada 11 atau 12 orang pemain yang benar-benar cergas untuk aksi lawan Jepun nanti. Kalau ada lagi yang kena kad merah, siaplah….hohoho

harimau muda A vs jepun sukan universiade kazan rusia

Payah jadi coach ni! Kredit: SH

Oklah. Jangan lupa untuk nantikan keputusan suku akhir Malaysia vs Jepun Jumaat ni. Kita lawan pukul 9.00 malam. Ok. Jepun tu juara bertahan yer =)

@hafizmd – Suku Akhir Universiade:Harimau Muda vs Jepun. Belum jumpa link live streaming untuk bola sepak di Kazan ni. Mungkin aksi suku akhir ada kot.