Seloka Selamat Berpuasa Ramadan

Assalamua’laikum.

Seloka Selamat Berpuasa Ramadan. Alhamdulillah kita panjatkan, dipanjang usia bersua Ramadan. Ramadan hadir penuh barakah, apakah kita bersedia sudah? Bermula Ramadan bersolat taraweh, jangan dilupa bangun bersahur, jangan dikejar kuih moreh, payah nak khusyuk terbayang kuih makmur!

Seloka Ramadan Tanda Ingatan

Bersahur sudah tunggu berbuka

Ramai ke pasar menjamu mata

Hati-hati semasa berbuka

Elak membazir kesian perut kita

Berbuka sudah perut dah lega

Janganlah pula ditambah seksa

Sehari boleh rokok dilupa

Apa kata lupakan saja?

Anak isteri berbuka bersama

Jangan dilupa jiran tetangga

Pakatlah tengok ringan bersapa

Bertukar juadah lagilah bahagia

Mulut telinga nak kena jaga

Maklumlah kita tengah puasa

Media sosial jangan dilupa

Di sana jerat sedang tunggu mangsa!

Ramadan datang pastinya pergi

Begitu juga diri sendiri

Jom pakat tambah bekal untuk negeri abadi

Moga rahmat Allah menanti

Juadah dah siap di atas meja

Suami masih depan laptop nampak leka

Dahlah tu…pergi tengok isteri buat apa

Takkan reti makan saja?

Adeh…ambe pun nak kena berhenti juga!

@hafizmd – Seloka Selamat Berpuasa Ramadan. SELAMAT BERPUASA BUAT SELURUH RAKAN BLOGGER DAN PENGUNJUNG BLOG AMBE.