Lelaki Kacak Lagi Super Melayu Boleh Mesti Sanggup Korban Masa Tidur!
Assalamua’laikum.
Lelaki super kacak tak terkalah mesti sanggup korban masa tidur. Ok. Ini tajuk paling panjang pernah ambe tulis. Kira dah boleh masuk calon dalam World Book of Record. Ambe tau, ramai lelaki kacak yang sedang sengkang mata sekarang ni. Ambe boleh agak apa yang korang buat. Jangan risau, ambe takde pasang CCTV mahupun kamera AES dalam bilik korang, tapi sebab jiwa lelaki kacak ni biasanya sama. Cool dan sempoi. Ada misai sikit dan janggut. Memang kacak habislah!
Nak jadi suami super tak?
Ambe tak boleh tulis panjang-panjang sebab masa amat mencemburui. Apa yang ambe nak tulis ni biarlah menjadi dorongan untuk mana-mana lelaki yang sudah kahwin, masih bujang dan jika ada yang pasang angan-angan nak tambah cawangan sekalipun, boleh baca dulu sekali imbas nota karangan ambe ni.
- Lelaki kacak mesti tidur paling lambat sebab nak pastikan anak isteri semuanya sudah diselimut dan semuanya berbantal.
- Lelaki kacak tak terkalah katanya mesti tidur paling lambat sebab nak periksa semua tingkap dan pintu dah ditutup.
- Lebih kacak dan bergaya bila lelaki kacak lambat tidurnya sebab buat solat sunat witir dulu sebelum rebah di mana-mana ruangan atas katil.
- Ustaz cakap, lelaki kacak yang disayangi isteri pastinya lebih hensem jika tolong peringatkan anak isteri untuk baca 3 Qul dan doa sebelum tidur.
- Ada lagi Ustaz tu cakap, lagi super power suami tu bila nak tidur, diciumnya dan dimaafkan semua kesalahan isteri dan anak-anaknya.
Nak lagi? Tak sempat dah ni weh. Ambe nak kena pergi berkawal di Pondok Kawalan Rukun Tetangga! Kesian pulak pakcik-pakcik kacak yang tunggu ambe tuh <– ciri-ciri lelaki kacak gak ni….hehehe
@hafizmd – Wokeh? Apakah korang lebih kacak dan super power malam ni?
adakah malam ni malam jumaat?
eh tak tunggu dulu bang…
hahahhaa. yang ini kelakar. 😀
@KA, ambe terkedu dibuatnya
@cikgu, jawapannya belum lagi
saya sanggup gadai tidur untuk cari duit supaya keperluan hidup keluarga terjaga dan sempurna
kalau saya..mengharap kesihatan akan baik seperti dahulu..
Ada benarnya bro. Cuma kesihatan kena jaga dan tidur berkualiti salah satu kunci utk sihat =)
tak leh. gua suka tidur.
Lu tidur pun tak cukup kan? hehehe
ooo ini ke ciri-ciri laki kacak. Hahaha….Lepas tu bini dah tidur nyenyak pegi kacau mesti bin marah
hahahahhaha…yg tu no komen…..
bulan puasa lagi biasanya krang sikit tidur bermakna semakin semakin kacak la….heeee
Betullah tuan Dh…nak kena kurangkan masa tidur utk tmbah amal mana2 yg patut
Bertuah menjadi lelaki kacak.
Bertuah lagi si isteri tu..hehehe
Haah selalu buat tu, kira kacak juga aku ni…
Dah agak dah…bro mmg antara yg kacak…
salam,
kacak tido lewat..pagi mata panda!
bole la view2 site hamba tgk info pasal mata
As salam
mata panda tu mmg kurang kacak jadinya
inshaAllah, akan ke sana..thanks bro singgah sini
kacak di mata pandangan isteri dan anak-anak adalah yang paling super kacak…;)
Itu penting tu bro PM. Jgn nak bersolek berfesyen sbb nak tunjuk kat org lain.. =)
ada lagi tercicir itu sila cek lagi sekali nghee…
kena suri tolong tambahkan =)
setiap lelaki pasti hendak jadi kacak 🙂
Pastilah! Thanks bang sop
As Salam Hafiz… 🙂
Hafiz memang kacak dan bapa yang bijak…, selamat menyambut bulan Ramadhan Al Mubaraq dan selamat menjalani ‘ibadah puasa bersama isteri dan cahayamata…. 🙂
As salam Kak Ummi =)
Ameen. Moga2 tercapai cita2 nak jadi bapak mithali ni.
Selamat berRamadhan utk kak ummi dan keluarga
tidur boleh menyihatkan badan bro.
betul tu..tp terlebih tidur boleh melemaukan badan juga…hehe
memang kacak la bro..tambah-tambah bulan puasa ni..patut kurangkan tidur.
Mmg kacak habislah kalau dapat buat semua ni..hehe
Salam.. alhamdulillah..
As salam..inshaAllah
bagus tips dan mudah untuk dilakukan time bulan puasa nih.
Mmg mudah…tingkat pahala utk lelaki dan suami
Emm saya memang fail lagi untuk jadi suami yang super power ni..bab tolong isteri kemas rumah, itu no hal..bab tidur, kadang2 saya yang lelap dulu..
hehe..bab lelap dulu tu mmg takleh nak buat apa…mmg genetik lelaki kacak camtu…heheee
Hehe..kadang-kadang bila isteri tidur awal, mula lah tarik mucung sejengkal..sedangkan kita lupa bila masa kita tidur awal, si dia elok jer senyum sampai ke telinga..hahaha..kadang2 rasa bahagia gak gaduh2 manja mcm ni..haha
@hafizul, hahahaha…time kita kita ingat, time dia kita tarik muncung…keh3
tidur selalu pun akan penat badan. makruh lagi time bulan puasa macam gini.
Betul tu. Tidur malam pun kena berpada2 juga
mmg kacak la bro buat rondaan rukun tetangga tu… byk pahalanya tu… 😀
Ameen. Moga2 camtulah =)
susah juga jadi lelaki kacak ni sebenarnya ye..hehehe
susah sebenarnya, tp lelaki yg lahir2 dah kacak macam hang takpelah…hehe
Ini bukan lelaki kacak. Tapi lelaki dan suami mithali namanya. Tapi jangan la tidur lewat-lewat sangat. Kesihatan kena jaga hehe
Suami pun lelaki jugak..heheh
Jgn tidur lambat sangat =)
saper taknak suami yg kacak? hehe
tahniah sbb dapat suami super kacak…hahhahaa