Awas Maajun Kuat Khasiat Sakit Pinggang!
Assalamua’laikum.
Maajun Kuat Hilangkan Sakit Pinggang? Tak ambe nafikan, ubat-ubatan tradisional orang kita banyak yang berkhasiat dan super power! Semuanya claim produk mereka tak terkalah dan super power! Terkini, ada satu maajun yang khabarnya baik untuk legakan sakit pinggang, diarahkan ditarik balik jualannya oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK).
Maajun ubat sakit pinggang beracun?
BPFK. Ambe pernah sekali berurusan dengan pihak BPFK dan dapat ambe simpulkan untuk mereka luluskan dan keluarkan sijil kelulusan sesuatu produk memang ketat. Banyak dokumen yang perlu disediakan bermula dari peringkat penyediaan sehinggalah penjualan. Jadi, ambe yakin sangat dengan kredibiliti yang ada pada pihak Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) dalam menjaga kepentingan dan keselamatan pengguna.
Maajun ubat sakit pinggang yang diuji oleh BPFK didapati ada kandungan deksametason. Deksametason niĀ sejenis kortikosteroid berfungsi sebagai antiradang, rawatan alergi, artritis, mencegah muntah, masalah pernafasan dan lain-lain masalah kesihatan. Pendek cerita, ambe kira ia adalah salah satu ubatan kawalan yang memerlukan preskripsi oleh doktor bertauliah (Berita asal: KPDNKK)
Jika kita pakat guna jugak ubat maajun ni, mungkin ianya bakal memberi kesan yang besar kepada otot kita, tulang kita makin rapuh, kadar gula dalam darah meningkat, tekanan darah tinggi dan juga masalah mata glaukoma. Itu sebabnya, BPFK sangat teliti dalam hal-hal begini.
Tanda-tanda/kesan alahan kepada bahan deksametason (maajun sakit pinggang)
Jika ada salah satu tanda alahan/alergi di bawah, eloklah cepat-cepat ke klinik berhampiran. Jangan dibiar melarat yer. Antara tanda-tandanya ialah (sumber: Drug Information Online);
- Ada masalah penglihatan – kabur
- Ada bengkak, kenaikan berat badan yang mendadak & sesak nafas
- Batuk berdarah atau najis berdarah
- Pancreatitis (sakit di bahagian perut hingga terasa sampai ke belakang, loya dan muntah serta kadar denyutan jantung yang laju)
- Tekanan darah tinggi yang amat berbahaya (sakit kepala, pandangan jadi kabur, sakit dada)
- Ada masalah tidur dan mood yang tak menentu
- Kadar berpeluh yang meningkat secara tiba-tiba
Ini antara tanda-tanda/kesan allergik yang mungkin dirasai bila tersalah makan ubat yang mengandungi bahan deksametason. Usaha untuk berubat itu memang perlu, tapi awas dalam memilih ubat-ubatan kerana buah pinggang kita ada batasnya dalam menapis segala macam bahan yang masuk ke dalam badan.
Alternatif untuk ubat sakit pinggang?
- Angkat barang biarlah kena posisinya dan kena dengan kudrat kita.
- Amalkan makan madu.
- Amalkan makan habbatussauda (kapsul/cecair – insyaAllah berkesan).
Jika nak buat aduan tentang mana-mana ubat yang dikhuatiri berbahaya,gunakan saluran berikut;
- BPFK di talian 03-7841 3200
- E-mel kepada phmarmacy1@moh.gov.my
@hafizmd – Ubat Maajun Sakit Pinggang. Sedar sebelum terlambat
Betul tu. Memang benar ubat-ubat sebegini kadangkala mujarab atau amat mujarab tapi kesan sampingan pun ada. Adakah semua ubat yang mujarab mempunyai kesan? Saya pun musykil tu yang saya tanya tu hehe :)..
daripada nak jadi kuat terus jadi lemah kan…huhu
memang perlu peka dengan ubat-ubat yang berlambak-lambak sekarang ni..semua claim boleh sembuhkan pelbagai penyakit..hari tu dengar bpfk batalkan ubat jamu montalin..di indonesia dah lama haramkan..
Emm ubat mcm ni yang saya tak suka nih..dah tahu banyak keburukan kenapa lah orang tu jual juga kan?jadi mangsa kita..emm tu lah sebabnya saya tak layan mana ubat2 yang dijual..kecuali ubat doktor..bukan apa..saya malas nak selidik apa kandungan ubat tu..kalau ubat doktor bagi, dah dijamin..kan bro?
haha… jgn percaya kat maajun2 nih oooii.. ciptaan manusia mesti ada yg tak sempurna.
Sekarang ni banyak betul ubat untuk sakit pinggang. Saya tak jarang makan ubat macam. Saya lebih suka asli je, contoh macam kesihatan buah pinggang saya amalkan minum barli..
tak pernah makan maajun. baik makan cendol. lagi sedap. manis lemak berkrimmmm..
Nampaknya memang kena hati-hati dalam hal pengambilan ubat. walaupun ada sesetengah ubat sangat mujarab untuk jangka masa pendek, tapi kadang memberikan kesan buruk jangka panjang..
Perlu berhati-hati dimasa hadapan.
o berhati hati dengan ubat yang berkait dengan buah pingang , salah makan ubat boleh merana badan dan juga kewangan.
tak pernah aku makan makjun
harap tak perlu makan la dan tak sakit pinggang
insyaallah
Ameen. Moga sihat2 sokmo deh
pernah dengar ubat maajun tetapi tak pernah makan..
tak yah makan pun takpe =)
dulu selalu tgk arwah ayah beli…
teringin jugak nak rasa.
Org2 tua mmg suka pada maajun2 ni..
Secara asasnya, jika betul cara penyediaan, rasanya takkan ada masalah2 camni timbul
nak cuba amalkan habatus sauda pulaklah..
produk delima ok juga untuk kesuburan dan hubungan intim suami dan isteri ngheee,,, lalala…
cabut!
@suri, saje jer tuuuuu
Elok sangatlah bro…murah dan berkhasiat
uh bahaya sungguh, baik bersenam dengan cara betul dan jumpa doktor itulak lebih bagus dan selamat
Betul tu suri..byk ubat yg boleh bri kesan sampingan yg bahaya