4 Cara Kuruskan Badan Yang Korang Jangan Buat!

- 20 August 2013. Updated 10 March 2014Kesihatan

Assalamua’laikum.

Cara kuruskan badan yang tak patut korang buat! Ramai yang sanggup cari dan buat jalan singkat untuk kuruskan badan dan kempiskan perut. Mungkin anda pernah terfikir macam-macam cara untuk cepat kurus dalam seminggu atau sebulan? Oleh sebab kita terdesaklah, banyak lambakan produk ajaib untuk kuruskan badan dijual di pasaran terbuka. Bukan salah penjual, tapi salah kita juga sebab malas untuk cari cara kurangkan berat badan dengan betul.

4 Cara Kuruskan Badan Yang Anda Patut Elak!

1. Berlapar

Ada yang sanggup berlapar tahap ekstrem semata-mata nak turunkan berat badan. Memang berjaya tapi kesan sampingannya cukup terasa. Pengambilan jumlah kalori yang tak cukup berbanding keperluan seharian badan akan menyebabkan pelbagai masalah seperti ketidakstabilan hormon (mulalah cepat hangin, muram, murung dsbnya), keletihan, gangguan kualiti tidur, rendahkan tahap ketahanan badan melawan penyakit, hilang rambut (botak ler tu…) dan macam-macam lagi kesannya. Semuanya sebab kita menahan bekalan nutrien untuk setiap sel badan kita yang “lapar.” Ada ke patut menyeksa diri sendiri semata-mata nak cara kuruskan badan? Takde cara kuruskan badan yang lain ke?

cara kuruskan badan yang salah

2. Merokok

Patutlah makin ramai gadis-gadis dan makcik-makcik yang merokok sekarang. Sedih bila tengok gadis-gadis yang bakal menjadi ibu turut menghisap rokok dengan selambanya di kedai-kedai makan. Tak dinafikan, merokok memang boleh tingkatkan kadar metabolisma badan dan mungkin mengurangkan nafsu makan, tapi kesan akhirnya cukup-cukup sadis. Kenapa mencari ‘penawar dalam racun‘?

3. Ubat-ubatan ‘super ajaib’

Ini yang paling menakutkan. Banyak sangat herba tonik, air ajaib, pil kurus, maajun super power,  tali pinggang planet Namek dan macam-macam lagi teknik tak terkalah penjual ‘ubat’ kuruskan dan kurangkan berat badan. Ingat, bukan salah mereka menjual tetapi salah kita yang kurang bijak pilih cara dan teknik kuruskan badan. Pastikan ubat-ubatan yang nak ditelan ada kelulusan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) dan semestinya halal.

4. Tampalan plastik di lidah?

Ini memang cara kuruskan badan paling ekstrem. Demi kurangkan berat badan sekitar 9 kg dalam sebulan, ada yang sanggup buat pembedahan kecil menampal plastik khas di lidah. Bila dah siap ditampal atas lidah (6 jahitan), mereka dah tak lalu makan makanan pepejal. Semua bentuk makanan yang masuk adalah berbentuk cecair. Bayangkan! Sanggup ke yop? Ce tengok gambar ni.

cara kuruskan badan yang ekstrem

Jangan kerana nak kuruskan badan, kita sanggup menyeksa badan kita dengan macam-macam ubat yang pelik-pelik dan teknik yang salah. Yang lebih penting ialah kita tahu cara yang betul dan berkesan untuk bakar kalori. Lebih banyak kalori yang dibakar, secara automatik berat badan akan berkurang. Sebaliknya, lebih banyak kalori yang kita makan, lebih cepat berat badan kita bertambah.

Baca pengalaman sebenar cara kuruskan badan dengan Teknik Bakar Lemak Pantas!

@hafizmd – Makan dan bersenam dengan betul. Ini antara cara kuruskan badan dengan betul =)

{ 47 comments… read them below or add one }

hafizrahim August 20, 2013 at 12:46 pm

cara yang no.4 tu memang tak boleh blah bro..ngeri pun ada..rasa macam tak waras kalau ada yang sanggup buat macam tu

Reply

hafizmd August 20, 2013 at 12:52 pm

mmg cara no 4 tu ngeri wooo…tp bro, mmg ada yg buat..ada video surgery tu..

sorang tu hilang 18 pound, sorang lagi 23 pound dalam sebulan…giler betullah

Reply

Denaihati August 20, 2013 at 1:16 pm

macam-macam cara, kenapa ada yang pilih tampal lidah….heee

Reply

hafizmd August 21, 2013 at 9:21 am

Sbb mudah bro DH. Alat plastik tu automatik akan buat pemakainya tak boleh makan benda keras (nasi, pasta, roti dll). semuanya yg dimakan berbentuk cecair…

Jadi, ni kiranya macam diet cara ekstrem yg boleh turunkan berat badan sekitar 9kg sebulan!

Reply

papa mifz August 20, 2013 at 1:31 pm

erk sanggup yer sehingga tampal lidah…kelihatan ngeri jer…

Reply

hafizmd August 21, 2013 at 9:20 am

Kita tgk ngeri, tp ada 2 org minah dah buat bro..fuh

Reply

Akuro San August 20, 2013 at 2:53 pm

ish, seram cara yg no. 4 tuh. tapi sanpai bila dia org tampal plastik kat lidah tuh? sampai bila-bila ker? serious, pelik…

Reply

hafizmd August 20, 2013 at 3:24 pm

kalau tak silap, lepas sebulan akan dibuka…

Reply

Azie August 20, 2013 at 3:05 pm

Tak sanggup kot nak buat tampal2 ni, berdiet secara sihat, ambil diet yang berkhasiat kurangkan pegambilan karbohidrat dan lebihkan protein salah satu cara berdiet juga,

Reply

hafizmd August 21, 2013 at 9:18 am

Macam2 cara ada…tinggal pilih dan buat…erk

Betul tu Azie..diet camtu berkesan dan kurang efek

Reply

Suraya August 20, 2013 at 3:06 pm

Nak kurus sampai sanggup tampal lidah.. Ish3.. Pelik2 orang sekarang ni..

Reply

hafizmd August 21, 2013 at 9:17 am

Pelik tp benar

Reply

daddydee August 20, 2013 at 3:33 pm

tak nak la den…walaupun boyot den tetap comel…ok terima kasih…

Reply

hafizmd August 21, 2013 at 9:16 am

itulah…baik boyot dari seksa diri

Reply

Anuar August 20, 2013 at 3:44 pm

Idea yang menarik untuk kuruskan badan… Siapa berani bolehlah cuba… ;)

Reply

hafizmd August 21, 2013 at 9:15 am

sape berani..silalah cuba tp kat Malaysia takde lagi pakar bedah utk cara kuruskan badan yang ni

Reply

halif August 20, 2013 at 3:57 pm

Seramnya yang tampal plastik kat lidah tu. Aku yang dalam bidang kesihatan pun xtahu benda ni ada. Thanks

Reply

hafizmd August 21, 2013 at 9:16 am

hoho…sanggup depa ni bro..aku tgk pun dah ngeri..

teknik baru ni..agaknya tgh tunggu FDA luluskan

Reply

onlajer August 20, 2013 at 4:05 pm

yang merokok tu macam langsung tak betul kerna orang kurus kalau merokok  dia memang tetap akan kurus kerna duit nak beli rokok itu lebih utama dari duit nak makan tak gitu 

Reply

hafizmd August 21, 2013 at 9:14 am

hohohoho…ooo..kurus sbb tak makanlah ni…kesian

Reply

Hairul Hissam August 20, 2013 at 4:44 pm

mmg kerja gila lah sampai masukkan plastik dlm lidah… 
tak sanggup nak bayangkan mcm manalah diorg buat mcm tu…

Reply

hafizmd August 21, 2013 at 9:13 am

tgk video surgery dia…pergh…leh thn ngeri gak bro..

Reply

AUC August 20, 2013 at 4:46 pm

yg nom 4 tu tahap gila dah…

Reply

hafizmd August 21, 2013 at 9:13 am

mmg tahap gila punya kerja

Reply

Hafizul August 20, 2013 at 5:02 pm

Serius..memang tak sangup kalau bab bedah lidah tu..bab amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang lagi ok rasanya..emm saya suka buat senaman dengan aktiviti bersama semak samun jer..tebas kasi terang..mesin rumput kasi pendek2..hehe

Reply

hafizmd August 21, 2013 at 9:12 am

Kita tak sanggup, tp ada minah2 org putih yg sanggup bro…

Tebas semak samun bgus bro…rumput pendek, kalori hilang…terbaik!

Reply

Ismail N August 20, 2013 at 8:41 pm

Liposuction tak masuk ker?

Reply

hafizmd August 21, 2013 at 9:11 am

itupun boleh tp mungkin tak sengeri yg tampal plastik kat lidah…hehe

Reply

akubiomed August 20, 2013 at 9:13 pm

Sesaknya cara hendak kuruskan badan. :-)

Reply

hafizmd August 21, 2013 at 9:07 am

Macam2 cara manusia sanggup buat bro

Reply

pipoq August 21, 2013 at 5:34 am

biarlah perut agak ke depan..itu tandanya bahagia..hehehe

Reply

hafizmd August 21, 2013 at 9:05 am

betul tu bro…nanti buat cara kuruskan badan kita tak betul…mai musibah lain..naya naya

Reply

titan August 21, 2013 at 7:06 am

nombor 4 tu rasanya gua tak try lagi. haha..

Reply

hafizmd August 21, 2013 at 9:03 am

lu nk try ke? hohoho

Reply

ejam August 21, 2013 at 10:53 am

kalau nak berdiet pun biarlah dengan ilmu yang betul kan..

Reply

Khairul Zamri August 21, 2013 at 11:27 pm

berlapar tu boleh tahan lagi kalu sampai tampal plastik sory laa tak sanggup gua

Reply

hafizmd August 23, 2013 at 11:16 am

hohoho…kita mmg tak sanggup bro…tp ada yg sanggup…

Reply

syukur August 22, 2013 at 10:37 am

tapi mesti pakai cara apa.dengan olahraga sangat lah susah berkurang berat badan ini

Reply

hafizmd August 23, 2013 at 11:12 am

sukan olahraga antara senaman paling berkesan

Reply

ema August 22, 2013 at 5:08 pm

ada pula yg sanggup nak tampal kat lidah..ngilu pula tgk gambar tu..

Reply

hafizmd August 23, 2013 at 11:10 am

Betul tu Ema. Ada yg sanggup paksa diri camni…adeh

Reply

Riza Afzan September 26, 2013 at 1:38 am

No 4 tu sangat ngeri okeh!!! Tu lagi macam menyeksa diri je, tengok makanan sedap2 air liur meleleh tapi tak boleh makan? huhu

Reply

hafizmd December 3, 2013 at 1:02 am

Gitulah Riza. Seksa tapi dah nak sangat kurus…baik makan shakleekan?

Reply

KiD December 3, 2013 at 12:52 am

perrrghhh… cara keempat tu ekstreme tul laaaa… haissshhhh

Reply

hafizmd December 3, 2013 at 1:02 am

mmg ekstrem bro…ini mmg betul2 punya kes…tp bukan kat malaysia…

sebulan rasanya diorang pasang benda tu…adeh

Reply

cheq eem December 3, 2013 at 9:44 am

errkkkk…? no.4 itu apakah…? tak tercapai dek akal guna kekdah cam gitu….

Reply

hafizmd December 3, 2013 at 11:35 am

Itulah kekdahnya cheq eem…sanggup tampal lidah sbb nak halang makan dan nak kuruskan badan dgn cara mudah..adeh

Reply

Leave a Comment