Diari Seorang Blogger Selepas Ramadan?

Assalamua’laikum.

Saya pasti, masih ramai lagi yang berada dalam ‘mood’ raya. Ada yang kata, puasa sebulan, raya pun kena sebulan. Blog pun kadang-kadang cuti sebulan. Ada rasa bagus tak bila kita langsung tak jenguk blog? Ada rasa lapang tak? Ke rasa kurang dan tak tentu arah selagi tak update blog? Jawapannya mesti pelbagai. Ada yang tak keruan bila tak jenguk blog sendiri. Ada yang tak kisah sangat. Apa nak kisah, kalau blog kita tu banyak membawa beban berat di bahu kiri berbanding kanan. Kalau macam ni kisahnya, inilah saat dan tikanya….kita para blogger berubah menjadi lebih baik.

diari seorang blogger jom audit diri

Jomlah kita pakat tengok soalan ujian seorang blogger yang jawapannya ada dalam diri masing-masing. Jujurlah dengan diri kita sendiri. Tak perlu kita bising-bising, cukup KITA pasang niat untuk berubah dan berusaha untuk berubah.

1. Masih suka kejar traffik ‘yang tak patut’?

Maaf jika ada yang terasa, tapi inilah realitinya. Saya tahu masing-masing ada prinsip blogging tersendiri. Cuma apa salahnya kita kurangkan (lagi bagus, berhenti terus) mengejar traffik yang kurang ‘membantu kita di sana’ nanti. Gunakan kepakaran menulis kita ke arah kebaikan. Jangan takut untuk berubah, sebab yang menanggung dosa pahala diri kita ialah kita sendiri.

Jangan takut traffik kurang sebab ramai blogger yang berjaya dengan niche yang baik-baik seperti blogger INI dan INI Mereka tak perlu tayang muka lawa, letak muka gadis-gadis cun di entri mereka sebagai bahan penarik tapi mereka antara blogger yang boleh dijadikan model dan contoh.

2. Masih bertangguh? Ada benda yang wajib kita tangguh contohnya bila mendapat tawaran advertorial yang tak patuh syariah. Tolak terus lagi bagus. Tapi jangan kita bertangguh dalam soal buat kebaikan.

3. Mulut dan tangan masih ligat menulis menyebar fitnah? Hentikanlah style lama kita berblogging. Pantang keluar cerita panas, cepat-cepat kita update untuk menjadi yang pertama dan dengan harapan entri muncul di muka depan enjin carian. Kita lupa nak periksa kebenaran sesuatu cerita. Fitnah tu bahaya wooo! Biar kita lambat menyebar berita, tapi kita tahu apa yang kita tulis dan sebarkan. Itu lebih berharga berbanding ranking di muka depan enjin carian.

4. Hadap blog lama-lama boleh, tapi apa salahnya KITA….

  • Ringankan tangan dan mulut bertanya khabar ibubapa (Wall geng-geng Fb setiap minit kita boleh balas, kan?)
  • Periksa buku sekolah anak-anak (Periksa akaun FB setiap sejam pun boleh)
  • Tolong isteri tanpa diminta (Tolong isteri orang lain senang, takkan dengan anak isteri sendiri liat?).
  • Paling utama, kita jangan tangguh solat semata-mata nak siapkan entri. Solat dulu, lepas tu nak pulun entri seratus sehari pun hentamlah.

Itulah serba sedikit peringatan khas untuk diri saya sendiri. Jika ada baiknya, bolehlah ambil iktibar, jika ada salah silapnya harap dimaafkan.

Entri ini adalah refleksi serba ringkas berdasarkan entri Blogger Denaihati.com iaitu entri  ‘Tanda diterimanya amalan di bulan Ramadan. ‘ Ada diceritakan 9 tanda amalan kita di bulan Ramadan di terima oleh Allah. Cukup memberi sesuatu!

Akhirnya, sejauh mana Ramadhan yang kita lalui tahun ni berjaya mendidik nafsu kita menjadi lebih jinak? Bulan Syawal memang benar-benar semacam masuk dewan periksa. Latih tubi selama sebulan di bulan Ramadhan akan diuji sepanjang bulan Syawal dan bulan berikutnya. Apakah kita tergolong dalam manusia yang berjaya, kurang berjaya atau gagal sepenuhnya?

@hafizmd – Diari Seorang Blogger Selepas Ramadan. Tepuk dahi, tepuk perut dan tepuklah diri sendiri selagi masih ada peluang untuk berubah. Moga diberi kekuatan untuk berubah menjadi lebih baik. ameen.

33 comments

  1. Terima kasih di atas nasihat yang diberikan…. Sebagai seorang blogger kita bukan hanya mengejar trafik semata-mata… Sebaliknya menambahkan ilmu di dada disamping berkongsi ilmu yang bermanfaat kepada orang lain… 

  2. Bilion terima kasih diucapkan kerana menyertai kontes contest #‎DuitRaya‬ dan semoga berjaya. Sentiasalah melawat Denaihati yer untuk mengetahui update terkini contest dari masa kesemasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *