Tips Kuruskan Badan Makan Jagung Rebus?

Assalamua’laikum. Tips kuruskan badan dengan makan jagung rebus. Boleh kurus tak? YES kalau kena caranya. Snek jagung rebus contohnya. Jom baca tips kuruskan badan.

tips kuruskan badan dengan jagung rebus
tips kuruskan badan dengan jagung rebus

Tips kuruskan badan yang mudah tapi mencabar!

Nak kuruskan badan ni, kalau tak kuat nekadnya memang payah nak turunkan berat walaupun 500 gram. Ikut kata pakar, lagi berat badan kita lagi mudah kita nak turunkan berat badan. Bila badan dah mula slim, makin payah nak turunkan berat badan sebab lemak-lemak degil dibahagian tertentu dan dibakar dengan baiknya.

Ada 2 tips mudah untuk kuruskan badan dengan hanya menulis tapi sukar jugalah untuk dibuat. Saya kongsikan juga untuk korang yang sedang mencari-cari penawar untuk kuruskan badan 500 gram seminggu.

2 tips kuruskan badan ni bergantung pada 2 perkataan sahaja iaitu “KURANG” & ” PILIH”.

1. Kurangkan makan makanan di bawah yer.

  • Kurangkan makan daging yang berlemak
  • Kurangkan minum/makan susu lemak berkrim disukai ramai
  • Kurangkan minum air bergas (air berkarbonat). Berhenti terus lagilah bagus.
  • Kurangkan makan/minum yang manis-manis.

2. Pilih makanan/minuman;

  • Berserat macam oat untuk rendahkan kolesterol
  • Sayur hijau dan buah-buahan lebih banyak dalam menu harian berbanding nasi
  • Snek yang sihat seperti jagung rebus
  • Minuman yang kurang manis
  • Kurang melantak makanan yang ditambah terlalu banyak perasa, pewarna, pengawet dan yang sama waktu dengannya.

Tips ni memang dah banyak kali kita baca. Banyak kali juga saya tulis. Selagi ianya tidak menjadi amalan, selagi itulah kita wajib tulis, baca dan kuatkan tekad untuk amalkan tips kuruskan badan ni. Jagung rebus tu salah satu snek pilihan paling mudah nak buat kat rumah. Beli jagung, rebus dan letak garam sikit. Siap!

Akhir kata, kalau nak kuruskan badan berapa puluh kilo sekalipun, mestilah kuat tekad dan lagi bagus kalau ada rakan-rakan yang sokong usaha kita ni. Lagi bagus, ada yang tolong pantau dan buat sama-sama.

“Nak kurus sejuta daya, nak gemuk sekelip mata” dan jangan lupa untuk berdoa dan pohon kepada Allah. Badan sihat, kualiti ibadah lebih terbaik hendaknya!

@hafizmd – Tips kuruskan badan makan jagung rebus. Sedapnya jagung kat Cameron Highland!

4 Cara Kuruskan Badan Yang Korang Jangan Buat!

Assalamua’laikum.

Cara kuruskan badan yang tak patut korang buat! Ramai yang sanggup cari dan buat jalan singkat untuk kuruskan badan dan kempiskan perut. Mungkin anda pernah terfikir macam-macam cara untuk cepat kurus dalam seminggu atau sebulan? Oleh sebab kita terdesaklah, banyak lambakan produk ajaib untuk kuruskan badan dijual di pasaran terbuka. Bukan salah penjual, tapi salah kita juga sebab malas untuk cari cara kurangkan berat badan dengan betul.

4 Cara Kuruskan Badan Yang Anda Patut Elak!

1. Berlapar

Ada yang sanggup berlapar tahap ekstrem semata-mata nak turunkan berat badan. Memang berjaya tapi kesan sampingannya cukup terasa. Pengambilan jumlah kalori yang tak cukup berbanding keperluan seharian badan akan menyebabkan pelbagai masalah seperti ketidakstabilan hormon (mulalah cepat hangin, muram, murung dsbnya), keletihan, gangguan kualiti tidur, rendahkan tahap ketahanan badan melawan penyakit, hilang rambut (botak ler tu…) dan macam-macam lagi kesannya. Semuanya sebab kita menahan bekalan nutrien untuk setiap sel badan kita yang “lapar.” Ada ke patut menyeksa diri sendiri semata-mata nak cara kuruskan badan? Takde cara kuruskan badan yang lain ke?

cara kuruskan badan yang salah

2. Merokok

Patutlah makin ramai gadis-gadis dan makcik-makcik yang merokok sekarang. Sedih bila tengok gadis-gadis yang bakal menjadi ibu turut menghisap rokok dengan selambanya di kedai-kedai makan. Tak dinafikan, merokok memang boleh tingkatkan kadar metabolisma badan dan mungkin mengurangkan nafsu makan, tapi kesan akhirnya cukup-cukup sadis. Kenapa mencari ‘penawar dalam racun‘?

3. Ubat-ubatan ‘super ajaib’

Ini yang paling menakutkan. Banyak sangat herba tonik, air ajaib, pil kurus, maajun super power,  tali pinggang planet Namek dan macam-macam lagi teknik tak terkalah penjual ‘ubat’ kuruskan dan kurangkan berat badan. Ingat, bukan salah mereka menjual tetapi salah kita yang kurang bijak pilih cara dan teknik kuruskan badan. Pastikan ubat-ubatan yang nak ditelan ada kelulusan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) dan semestinya halal.

4. Tampalan plastik di lidah?

Ini memang cara kuruskan badan paling ekstrem. Demi kurangkan berat badan sekitar 9 kg dalam sebulan, ada yang sanggup buat pembedahan kecil menampal plastik khas di lidah. Bila dah siap ditampal atas lidah (6 jahitan), mereka dah tak lalu makan makanan pepejal. Semua bentuk makanan yang masuk adalah berbentuk cecair. Bayangkan! Sanggup ke yop? Ce tengok gambar ni.

cara kuruskan badan yang ekstrem

Jangan kerana nak kuruskan badan, kita sanggup menyeksa badan kita dengan macam-macam ubat yang pelik-pelik dan teknik yang salah. Yang lebih penting ialah kita tahu cara yang betul dan berkesan untuk bakar kalori. Lebih banyak kalori yang dibakar, secara automatik berat badan akan berkurang. Sebaliknya, lebih banyak kalori yang kita makan, lebih cepat berat badan kita bertambah.

Baca pengalaman sebenar cara kuruskan badan dengan Teknik Bakar Lemak Pantas!

@hafizmd – Makan dan bersenam dengan betul. Ini antara cara kuruskan badan dengan betul =)