Dilema Menantu Belum Mengandung…

- 25 March 2013. Updated 5 June 2014Keluarga

Assalamua’laikum.

Dilema Menantu Belum Mengandung. Banyak kali ambe disapa dengan cerita isteri atau anak menantu belum lagi mengandung/hamil walaupun telah hampir bertahun kahwin. Ada antaranya diceritakan oleh kawan-kawan, pakcik makcik dan juga melalui corong-corong radio. Banyak pasangan yang tertekan dengan soalan ‘cepu emas’ dan tak kurang juga sindiran oleh rakan taulan.

Bila isteri belum mengandung…

1. Tekanan ‘kesalahan” belum mengandung selalunya akan diarahkan kepada si isteri. Mungkin perlbagai kata sindiran dilemparkan kepada mereka. Lebih memberi tekanan kepada pasangan ialah bilamana soalan dan kata-kata berunsur sindiran dilemparkan sendiri oleh ibu mertua. Sebab itu tajuk entri ini ada perkataan “menantu”. Biasanya, ibu kepada si isteri lebih memahami. Maklumlah, anak sendirikan? Mungkin juga ‘kesalahan’ belum hamil diletakkan pula kepada si menantu lelaki.

2. Tekanan demi tekanan banyak kali menyebabkan pasangan suami isteri mungkin bergaduh saling mencari salah siapa. Lupa pada beberapa perkara yang lebih perlu diberi perhatian dan difikirkan. Di pihak keluarga mertua, tak perlulah mengeruhkan keadaan dengan bertanya setiap kali anak menantu balik ke rumah. Jom kita fikirkan beberapa perkara tentang ini.

Isteri Tertekan Akibat Belum Hamil

3. Pasangan mana yang tak mahukan anak. Malah ramai yang sanggup berhabis wang ringgit berubat sana-sini. Soalan-soalan yang tak patut ditanya hanya akan menambah tekanan kepada isteri terutamanya. Tekanan amat tidak bagus kepada isteri kerana ia boleh mengganggu kitaran haid isteri. Bila kitaran haid isteri terganggu, bagaimana mahu menetapkan masa kesuburan dengan lebih tepat?

4. Ada baiknya keluarga mertua di kedua-dua belah sama-sama memberi sokongan dan galakan kepada anak menantu. Dengan cara ini, pasangan kurang rasa tertekan dan semakin bermotivasi untuk mengambil langkah susulan seperti berubat, mengurut dan mungkin juga mendapatkan nasihat daripada Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

5.  Apakah kita lupa kepada Qada & Qadar Allah? Hingga ada yang sanggup merendah-rendahkan anak menantu sendiri? Ingatlah, bahawa rezeki dikurniakan anak juga tertakluk di dalam ketentuan Allah. Kita hanya mampu berusaha sedaya upaya yang ada mengharap rahmat limpahan rezeki Allah untuk kita. Siapa kita seolah-olah mempersoal Qada’ & Qadar Allah?

Ada petua untuk mudah mengandung/hamil?

6. Doa. Inilah senjata utama kita. Setiap kali selepas solat Subuh dan Maghrib, amalkan baca ayat-ayat di bawah;

  • Al-Fatihah
  •  Ayat 89 surah Al-Anbiya’
  •  Ayat 38 surah Ali Imran
  • Ayat 30 surah Al-Anbiya’
  • Kemudian baca 7 kali doa berikut: “Subhanahu man amruhu baynal kaafi wan nuun. Subhanahu man amruhu iza araada syai an an yaquula lahu kun fayakuun. As ‘alullah al-’azim rabbul ‘arsyil ‘azim an yashfiyana.” (Sumber asal: http://ukhtiez.blogspot.com)

7. Petua lain? Kena tentukan secara tepat waktu kesuburan isteri. Kalau kitaran haid isteri normal, biasanya waktu subur dia ialah antara hari ke 10 dan ke 15 dari hari pertama isteri didatangi haid. Untuk bacaan lanjut (kitaran haid tak normal), boleh baca entri di ini, “5 Petua & Tips Mudah Hamil

Dapatkan Panduan Rahsia Isteri Mudah Hamil & Tips Kesuburan Untuk Isteri

8. Suami juga perlu diperiksa tahap kesuburannya. Jangan malu jangan segan!

9. Ingatlah, kita mampu berusaha. Usahalah sekuat mana. Doa jangan dilupakan. Kerana yang mendekatkan kita dengan rahmat Allah ialah doa kita.

@hafizmd – Dilema Menantu Belum Mengandung. Selamat berusaha!

{ 66 comments… read them below or add one }

Oneblogsocial.com March 25, 2013 at 4:31 pm

Sebetulnya tekanan terhadap jiwa akan membuat perempuan lebih susah untuk mengandung

Reply

fiezaradzi March 25, 2013 at 4:49 pm

ye, tepat sekali, ini yg lagi boleh buat tak leh mengandung ni..

Reply

suri March 26, 2013 at 12:03 pm

buat senaman byk solat saling bermaafan hee… sy no 2 sush skit dh..tpi yakin rzeki dan rahmat Tuhan ada :)

Reply

hafizmd March 29, 2013 at 1:11 am

Senaman tu penting utk lepaskan tekanan dan keluarkan peluh…terbaiklah

Reply

hafizmd March 29, 2013 at 12:58 am

@OBS, tu mmg betul…kalau tertekan, camne nak hasilkan hormon yg berkualiti…betul tak?

Reply

KiD March 25, 2013 at 4:37 pm

masa aku dulu… setahun, tiga bulan kosong.. kasi urut tradisional sket kat wife.. then yang aku pun makan makanan kesihatan.. Naaahhh.. syukurlah.. rezeki dari Allah

Reply

fiezaradzi March 25, 2013 at 4:43 pm

biasa kalau bidan bagus, mmg urut je dah ok.. in shaa Allah, rezeki tu mmg di tangan Allah, kita kena cari kalau nak.. kan kan?

Reply

hafizmd March 29, 2013 at 1:18 am

@kid, haaa…tgk..ada usaha inshaaAllah Allah kabulkan.

Reply

fiezaradzi March 25, 2013 at 4:47 pm

mmg biasa dgr, de byk kes kawan2 yg kena macam ni. tapi semua tu di tangan Allah. byk nak komen sebenarnya ni.. hehe..

ada kawan yg kitaran haidnya normal, tapi lama jugak kahwin, tak dapat anak. bila check kat hospital, baru tahu de cyst..

ada kawan yg bertahun kahwin, mula2 haidnya ok, tapi sejak kahwin, tak ok. pergi buat ‘terapi’ atau rawatan dgn lppkn, alhamdulillah, dgr2 kat de isinya..

ada juga kawan yg macam2 cara dia buat, tapi still tak de lagi, jadi semua tu rezeki dari Allah. yg penting bagi yg belum ada anak, kena usaha selagi ada jalan..

Reply

hafizmd March 29, 2013 at 1:17 am

haaa…tgk, ada buktinya…inshaaAllah dgn usaha dan doa berterusan, rezki Allah akan dilimpahi utk mereka…

jadi, kepada pasangan yg masih menunggu rezki anak ni, bersabarlah…inshaaAllah akan sampai saatnye

Reply

fiezaradzi March 25, 2013 at 4:49 pm

mungkin juga mak2 mertua atau kawan2 yg biasa cakap ni, tak pernah alami kes2 macam ni, sbb tu ingat pompuan asal kahwin je kena ada anak.. perkara di sebaliknya tak tahu.. yelah, org dulu2 kan senang nak dapat anak..

jadi saya pun yg tak de pengalaman (anak dah dua), tak tahu nak cakap perasaan sebenar mereka, tapi sikit sebanyak tu dapat rasa lah, ye lah, saper kahwin tak nak anak kan?

Reply

hafizmd March 29, 2013 at 1:16 am

Klau setakat bertanya, mngkin tak tertekan sgt, ni kalau siap salahkan menantu…mungkin akan memburukkan keadaan

Reply

ahmadyani March 25, 2013 at 5:53 pm

Mungkin petua Ustaz Kazim ini juga boleh membantu. Bila membasuh beras kacau beras dengan tangan sambil baca al Fatihah, sampai ayat…’iyyaka nastain;…genggam beras dan baca doa yang dihajati. Dapat anak atau doa apa sahaja. Buat 7x bacaan. Kemudian masak beras itu. Buat dengan air yang akhir untuk memasak.

Reply

hafizmd March 29, 2013 at 1:15 am

Terima kasih bro berkongsi tps petua untuk hajat dapatkan zuriat anak ni…

Reply

Afiq Aimannaaim March 25, 2013 at 6:01 pm

Mentaliti masyarakat perlu diubah… tak habis-habis nak salahkan orang lain. Sepatutnya sama-sama cari jalan penyelesaian… bab anak ni milik Allah, itu semua rezeki dari-Nya.

Anak adalah penyeri rumah tangga… bila sudah ada anak, maka tanggungjawab ibu bapa mendidik anak menjadi insan soleh & solehah :)

Reply

hafizmd March 29, 2013 at 1:14 am

Mentaliti dan cara berfikir dgn betul. Itu yg kita perlu perbetulakn. Setuju tu bro.

Anak2 adalah amanah. Itulah yg terbaik

Reply

titan March 25, 2013 at 6:56 pm

kurang makan cendol ni gayanya..

Reply

hafizmd March 29, 2013 at 1:13 am

kalau terlebihpun mungkin jugak….hhehe

Reply

khairul asrol March 25, 2013 at 7:38 pm

tips yang bagus. ikhtiar yang paling berkesan rasanya berdoa. doa tu kan kuasa Allah. tiada yang mustahil.

Reply

hafizmd March 29, 2013 at 1:13 am

Allah akan beri nikmatnya pada sesiapa yg dia kehendaki

Reply

suri March 26, 2013 at 11:52 am

salam..
heee..senyum2 klu rasa letih jwb kita diam hee..klu lgi kita menjawab lgi byk org akan buka topik..

Reply

hafizmd March 29, 2013 at 1:12 am

as salam, ade betul tu…baik buat tak dgr jer

Reply

suri March 26, 2013 at 11:56 am

klo malu2 rugi meh hee..cuba yg kg2 dulu rasa dah tak berkesan guna moden huhuu..

Reply

suri March 26, 2013 at 12:02 pm

sya prnh dpt luahan perasaan tu dr rakan2 terdekat tpia da juga ambil simpulan ambil anak angakt hee..klu sy byk duit nak gak amik anak angkt sorg klu blh lelaki haa… :)

Reply

akubiomed March 26, 2013 at 12:31 pm

Saya dapat fahami situasi ini kerana menuggu 4 tahun untuk mendapat zuriat pertama.

Reply

hafizmd March 29, 2013 at 1:11 am

Subhanallah. Tahniah bro AB sbb dah ade 3 org permata!

Reply

wandisini March 26, 2013 at 12:32 pm

anak penyeri rumah tangga. siapa lah yang tak nak anak kan…tapi itulah, kekadang tekanan dari luar tu yang lebih buat stress

Reply

hafizmd March 29, 2013 at 1:11 am

Tekanan luar yg bikin panas tu…kesian pada mereka

Reply

onlajer March 26, 2013 at 1:21 pm

ya doa itu yang utama selain membuat pemeriksaan. dan mungkin pergi berurut pada tempat orang yang pandai

Reply

hafizmd March 29, 2013 at 1:10 am

Berurut tu mmg kena buat juga sbb bk cerita yg ambe dgr alhamdulillah sebab musabbab jugak tu utk dapatkan ank

Reply

hafiz March 26, 2013 at 1:34 pm

jangan patah semangat usaha dan terus berusaha…

Reply

hafizmd March 29, 2013 at 1:09 am

Betul tu, kena usaha dan doa

Reply

anif March 26, 2013 at 2:19 pm

Kalau asyik ditanya… memang akan jadi tekanan walauapun sekadar gurauan..

Reply

hafizmd March 29, 2013 at 1:09 am

Gurapun ada batasnya..tak gitu bro?

Reply

shraqs March 26, 2013 at 2:29 pm

Nasib baik saya punya family takde masalah. Belah saya memang confirm takde, sebab dah takde orang tua. Yang jadi masalah skrg ni “kami” laki bini yang tak nak anak.. belum terlintas lagi..

Reply

hafizmd March 29, 2013 at 1:08 am

Andai belum terlintas, tu lain ceritalah. tp mungkin juga mesti belah isteri dah tanya pasal cucu..kan?

Reply

Ummi Hanie March 26, 2013 at 4:07 pm

kesian…. adik ipar dan biras sndiri belum ada anak, bertahun2 dah kawin.. tapi dua2 masalah berbeza kot. apa2pun, jgn mudah hukum2kan org…

Reply

hafizmd March 29, 2013 at 1:07 am

Betul tu ummi, kita ni jgn pandai2 nak huku org dgn pelbagai hukuman

Reply

Irwan Alessa March 26, 2013 at 4:35 pm

Hurm perkataan mandul tu paling takut nak dengar, tapi jangan salahkan kaum Hawa je, lelaki pun punca juga.. Tapi mintak simpang kalau boleh.. :)

Reply

hafizmd March 29, 2013 at 1:06 am

Moga2 mana2 pasangan yg masih belum dikurnia anak, dpt terus berusaha

Reply

Ibu Mifzal Arsyad March 26, 2013 at 4:47 pm

mmg betul…selalu hanya si isteri sahaja yg disalahkan…ego si suami kdg x mahu buat test tahap kesuburan..jika dua2 ada persefahaman..mudah utk diatasi.

Reply

hafizmd March 29, 2013 at 1:06 am

Suami jgnlah leboh sgt egonyaa…tak ke mana pun..tak gitu?

Reply

TehR March 26, 2013 at 6:06 pm

apa yang aku dapat lihat
pasangan yang belum punya anak lebih sensitif
jadi kawan2 kena la ambil perhatian

pakat2 la doakan agar mereka juga dapat anugerah seperti kita

Reply

hafizmd March 29, 2013 at 1:05 am

Nak2 kalau ade member2 selalu perli…pelik sungguh ambe

Reply

donnyien March 26, 2013 at 8:58 pm

Hai bro..
Artikel berguna untuk yang bakal jadi ibu. Kami merancang untuk mendapatkan cahaya mata tidak lama lagi. Semoga berjaya hehe

Reply

hafizmd March 29, 2013 at 1:04 am

Hai Donny,
Semoga bergaya dan berjaya!

Reply

nurmisnan March 27, 2013 at 12:35 am

Benar.. jgn ditambahkan lagi beban masalah mereka..
doakan sentiasa agar menantu2 + kawan2 + jiran2
yang susah hamil mendapat rezeki suatu hari nanti..

DOAKAN MEREKA.. BUKAN CERCA MEREKA DGN AYAT MANDUL…

Reply

hafizmd March 29, 2013 at 1:04 am

Kalau guna ayat tu, mmg kureng asam!

Doakan lebih bagus…

Reply

Kazen March 27, 2013 at 12:45 am

isu tak ada anak ini memang sensitif lagi2 bila pergi rumah orang dan tengok anak-anak org seronok bersama ayah dan ibunya

Reply

hafizmd March 29, 2013 at 1:03 am

Pasti terasa, nak2 yg dah lama berkahwin

Reply

Ladfe Amir March 27, 2013 at 1:18 am

tingkatkan usaha dan doa.

sepatutnya kepada mereka yg bertanya tu..lebih baik hulurkan pendapat dan ilmu yg berguna utk pasangan sebegini. pasangan berkahwin manalah yg tak mahu anak kan.

Reply

hafizmd March 29, 2013 at 1:02 am

Itulah, Kalau asyik cakap bukan2, tak kesian ke?

Reply

Hazmin Hamudin March 27, 2013 at 1:50 pm

Rezeki anak ni adalah daripada Allah.. Takkan kita nak persoalkan benda ni kan. Tak perlu kita buat pasangan tertekan.

Reply

hafizmd March 29, 2013 at 12:24 am

Itu yg pasti, masalahnya ada jugak yg bercakap lupa pd ketentuan Allah

Reply

WRizuan March 27, 2013 at 2:30 pm

rumit juga bab ni, sbb mulut org banyak berbunyi, kata nak endah mulut org x boleh juga, jadi terbeban la si penanggungnya…yg pening sentiasa berusaha..

p/s : arwah kakak saya bersabar selama 5 thn baru dpt menikmati kemanisan mengandung dan mempunyai anak.

Reply

hafizmd March 29, 2013 at 12:24 am

Gitulah keadaanya kpd mereka yg menanggung…kalau sekali dua mngkin ok…lame2 boleh melarat tk nak blik dah rumah mertua…tak je haru?

Reply

chii March 27, 2013 at 2:40 pm

kes yg sama berlaku pd kakak ipar chii walaupun da 3 thn kahwin..tp chii n adik2 cool dan memahami sebab apa yg berlaku ada hikmah disebaliknya yg org lain xtau..cuma org2 keliling yg sibuk…yg paling chii bengang bila ada org luar yg xde kaitan..sibuk mempersoalkan..seolah2 dia mempersoalkan juga Qada’ dan Qadar..hurmm

Reply

hafizmd March 29, 2013 at 12:23 am

Bila kita nak saling faham, mmg kita akn sentiasa doakan, ni yg jadi payah bila faham tp masih tanya soalan2 tak logik dan buat mereka lg tertekan..

Reply

azman March 27, 2013 at 10:40 pm

Allah belum nak bagi,tapi kena usaha juga lahnlepas tu doa banyak – petua,masa baru kawin dulu,pak mertua bagi makan daging arnab,katanya senang dapat anak :)

Reply

hafizmd March 28, 2013 at 12:26 pm

Usaha ttp kena usaha, doa paling utama

Daging arnab? Sedap tu bang man! hihi

thanks kongsi stu lagi petua mudah hamil to nenek kita

Reply

munir ardi March 28, 2013 at 5:41 am

syukurlah kita sudah punya anak ya bro memang pelik bagi yang sudah berkeluarga lama tapi belum diberi anak oleh Allah

Reply

hafizmd March 28, 2013 at 12:22 pm

Cubaan utk mereka yg dipilih

Reply

yas April 5, 2013 at 11:01 pm

Kakak aku satu contoh terdekat…hampir 6/7 tahun x de anak….alhamdulillah akhirnya DIA kurniakan jg seorang anak utk mereka….

Reply

hafizmd April 8, 2013 at 9:56 am

Alhamdulillah. Sabar itu pasti ada manisnya.

Terkilan jugak bila dgr cerita kawan2 yg tertekan sbb family asyik tanya dan desak..kesian

Reply

thaqibzaki April 8, 2013 at 2:38 pm

Pengisian penting ni. Ambe bookmark post ni. Senang nak rujuk. Mana tau satu hari bos terpikat akhirnya. :)

Reply

hafizmd April 9, 2013 at 9:32 am

Canteklah. Nanti bila perlu just tekan jer. Thanks bro

Reply

Leave a Comment

{ 2 trackbacks }