Hari Minggu Yang Tak Bosan

Assalamu’alaikum.

Hari Minggu Yang Tak Bosan. Ada ke hari minggu anda yang bosan? Ambe setakat ni, alhamdulillah…takde yang bosan. Hidup sebagai seorang Abah yang ada dua anak dan seorang isteri ni memang takkan bosan. Bangun pagi mesti terus dengar celoteh Kakak baca macam-macam doa. Adik pulak biasanya tersengih sibuk nak buka baju nak mandi. Mama pulak kat mana? 

1. Mama macam biasalah. Sibuk basuh baju dan kemaskan dapur kesayangannya. Ambe ada simpan hasrat untuk cantikkan dapur rumah ambe ni termasuk juga dapur rumah mak di kampung. Bukan apa, tiap kali tengok isteri memasak dan mengemas dapur, teringin nak berikan kemudahan yang lebih baik dan cantik. Moga-moga dapatlah ambe tunaikan satu hari nanti. Sementara tunggu nak ke pasar, tugas ambe mandikan anak-anak ni dulu. Bukan tak boleh mandi sendiri, tapi almaklumlah budak-budak suka sangat main air. Ambe kena terapkan budaya berjimat walaupun dapat bekalan air percuma.

2. Siap mandi, pakat ramai-ramai pergi pasar. Masa ni jugak nak kenalkan anak-anak dengan jenis ikan, bawang dan sayuran. Jangan pandai makan jer…hehehe. Mana tahu, lagi 1o tahun, semua bahan mentah dah jadi bahan segera dalam tin. Rupa asal ikan pun tak kenal nanti! Siap sarapan pagi, terus balik rumah. Teman anak-anak main beskal kat laman rumah yang seciput. Anak-anak nampak hepi, Abah boleh main lappy.

kedai basikal budak gombak photo basikal budak

3. Sekali nampak pulak ada remaja ‘merendek‘ kat depan rumah. Depan rumah ambe ni ada dewan kecil. Adalah port tersembunyi dan sunyi sikit di sebelah kanan. Mula-mula nampak lepak-lepak kat depan sambil jelas tak jelas ambe nampak depa macam main pegang-pegang tangan. Selang seminit depa hilang, beralih ke sebelah kanan.

6. Cuba menghadami tinta hikmah nasihat-menasihati dengan kebenaran dan kesabaran, ambe terus bergerak ke arah mereka dari arah belakang. “Assalamua’laikum dik…” Muka mereka memang nampak terkejut dan sedikit pucat. Ambe tanya buat apa? Budak perempuan jawab, “Lepak jer bang..” Mereka duduk memang rapat. Rapat yang memang boleh membawa padah!

7. Ambe pesan selembut mungkin, “Dik, tak elok duduk tempat-tempat sunyi macam ni. Kalau nak juga lepak, pergi lepak tempat terang-terang. Tempat ramai orang”

8. Budak lelaki tu bangun sambil ucap, “Terima kasih bang…” Ambe tepuk bahu budak lelaki tu sambil mata mengekori gerak langkah mereka.

9. Alhamdulillah, tak sampai seminit kelibat mereka yang sebaya dengan adik ambe ni dah hilang. Agaknya terus balik atau mencari port lain. Wallahua’lam.

10. Kalau bukan kita yang menegur dan nasihat, siapa lagi? Masalah anak remaja, masalah kita jua. Takkan nak harapkan mereka yang bukan seagama dan sebangsa dengan kita?

@hafizmd – Hari Minggu Yang Tak Bosan. Itu cerita hari Sabtu. Hari Ahad ada pulak program senam aerobik. Tak sempat terjah rakan blogger main bowling!

64 comments

  1. alhamdulillah. teguran yang baik akan dibalas baik. nasib budak tu tak melawan cakap.
    ada jenis budak-budak zaman sekarang yang suka melawan, mereka rasa dah cukup hebat. memang rasa nak bagi penerajang je kalau jumpa budak yang kuat melawan ni

    1. Alhamdulillah. Budak tu mmg nampak terkejut. Ambepun taklah sound lebih, just cakap biasa2 jer..

      Ada jugak bro. Ada jugak kalau yg kita jenis tgk jer, tak main..siap dia tgk jegil mata balik kat kita..yg jenis camni,kalau ikut hati, mmg rasa nak kasi free kick…

  2. As salam.. 🙂

    Mesti seorang bapa yang penyayang….seharusnya begitulah, tegur-menegur
    nasihat menasihati menjadi satu amalan mulia…dan wajib. 😀

    1. As salam Kak,
      Itulah. Mula2 takut jugak nak tegur (pelik betullah…yg nak tegur takut, tak buat salah tak takut)

      Moga konsisten hendaknya…ameen

  3. tahniah..itulah peranan kita, memperingatkan antara satu sama lain..amar makruf dan nahi mungkar.

    Tegur dgn berhemah in shaa Allah mereka boleh terima.

  4. hidup bekerluarga mmg x bosan
    penuh dgn aktiviti.. ada sahaja boleh buat huhuh
    kadang kita yg tak larat nak layan permintaan anak2,, huhuh

  5. hidup bekerluarga mmg x bosan
    penuh dgn aktiviti.. ada sahaja boleh buat huhuh
    kadang kita yg tak larat nak layan permintaan anak2,, huhuh
    kalau kata bosan gak tak tahu lah..

  6. Salam. Memang bagus niat nak cantikkan dapur tu, nanti lagi seronok isteri nak memasak. Hihi. Rumah di area mana ya?

  7. Anak-anak kawe pun makin menuju zaman remaja. Of course, cabaran makin meningkat dan harmon budak2 pun jadi tak menentu. Hmmm.. kita pun dah lalui zaman tu jugak kan? Apa-apa pun tegur dan monitoring penting agar mereka tak buat silap.
    Btw, letaklah gambar dapur kesayaangan tu di blog ni…. 😀

  8. salam..
    memang tak bosan jika kita
    tahu macam mana nak menguruskan
    harian kita dengan aktiviti yang memberi
    lebih makna tersendiri..kalau bosan,tido
    je la..he he

  9. bagus ni bro. menegur dengan berkata2 lebih baik daripada sekadar berdoa dalam hati (selemah-lemah iman). jarang orang ada kekuatan menegur macam ni. salute kat bro 🙂

  10. Syukur, bro dah tunaikan tanggungjawab bro.. Teguran berhemah pastinya akan mendapat respon positif.. Walaupun kegembiraan hujung minggu kedua remaja terganggu.. tapi mereka dah menghindarkan diri daripada melakukan perkara dilarang..

    1. Alhamdulillah. Ambe rase terpanggil sbb dah lama tgk budak2 ni lepak2 depan tu. Makcik2 suri rumah ada jugak citer selalu lepak sebelum org balik kerja.
      Tu yg gagahkan diri walaupun terketar2 jugak.
      Moga budak2 ni berfikir byk kali utk buat2 benda2 tak senonoh. Wanau’zubillah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *