Oh! Persepsi

 Assalamua’laikum.

Oh! Persepsi. Persepsi bermaksud gambaran atau bayangan dlm hati atau fikiran (ttg sesuatu). Maka ramai antara kita yang terlampau ‘bijak’ memberi persepsi negatif pada orang lain. Jika dilihat seseorang itu selekeh, disangkanya orang itu akan menyusahkan kita. Jika dilihat orang itu begini, kita berpersepsi orang itu pasti begini dan begitu. Ramai yang terlalu ‘bijak’ dalam memberi persepsi kepada orang lain. Apa dah jadi dengan kita?

1. Ada eloknya kita baca tafsiran ayat 12, Surah al-Hujurat ni dulu;

Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Apakah seseorang antara kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu berasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah adalah Maha Penerima taubat lagi Maha Mengasihani.

2. Dalam dunia tanpa sempadan ni, ambe melihat media sosial seperti facebook, blog dan twitter seolah-olah menjadi medan melepaskan persepsi buruk masing-masing. Ingatlah, persepsi itu hanyalah anggapan. Anggapan belum tentu benar. Sesuatu yang belum tentu benar jika dikeber (diuar-uarkan) boleh menjadi fitnah. Malah Islam menganjurkan kita menutup aib selagi boleh.

3. Dalam dunia blogging, macam-macam boleh jadi. Contohnya jika kita ingin meminta tolong seorang blogger lain tapi tiada balasan atau lambat. Janganlah kita berpersepsi blogger itu sombong. Apa salahnya kita berfikir positif? Mungkin blogger itu memang benar-benar sibuk. Lagipun kita yang nak mintak tolong, kan?

4. Lagi merosakkan keadaan bila kita keluarkan persepsi buruk tentang seseorang di fb, twitter dan blog. Lebih perit bila ada kawan yang Like dan Tweet menjadikan persepsi tadi mungkin viral fitnah! wanau’zubillah.

5. Habis, bagaimana persepsi yang betul? Bersangka baiklah dengan segalanya. Namun mesti disertai dengan sikap berhati-hati.

6. Apakah kita rugi jika selalu berpersepsi positif? Sila baca balik point nombor 1.

@hafizmd – Oh! Persepsi. Kadang-kadang rimas dengan persepsi buruk geng-geng yang taksub politik.