5 Cara Tingkatkan Mood!

Assalamua’laikum.

10 Cara Tingkatkan Mood/Motivasi Diri. Biasalah, ada harinya kita hilang mood. Nak buat kerja pun berkira. Terutamanya hari Isnin. Ada saja serba tak kena. Silap haribulan, lupa nak zipkan seluar. Awas! Itu semua mainan emosi. Jiwa kacau dengan pelbagai cerita yang mengecewakan dan menyerabutkan. Bagaimana caranya untuk kita kembalikan mood kita? Ada yang cakap, mood sudah ‘kelaut!’ 

10 Cara Tingkatkan Kembali Motivasi Diri/Mood

1. Jangan salahkan diri sendiri. Habis tu nak salahkan siapa? Ok. Pointnya ialah jangan salahkan diri sendiri dan orang lain. Sebaliknya cari kelemahan diri dan cuba baiki kelemahan diri. Besar bezanya antara mencari salah dan mencari kelemahan diri. Mencari salah meletakkan diri kita rasa lemah, pasif dan rasa down. Sebaliknya, mencari lemah diri sendiri mampu menukar kelemahan menjadi satu kekuatan!

2. Berfikiran positif. Penting sangat ke nak kena fikir positif? Biasa sangat kita dengar kata bijak pandai, “Pasti ada sinar dihujung lorong”. Lebih kurang camtulah. Apa maksudnya? Maksudnya ialah jangan berputus harap pada Allah. Itu yang utama. Apa jua masalah, Allah wajib menjadi tempat kita bergantung harap. Bukan pada manusia!

cara kawal emosi tingkat motivasi

3. Dapatkan tidur yang berkualiti. Ramai antara kita yang suka berjaga malam. Blogging dan apa jua alasan sepatutnya tak menjadikan kita melawan fitrah tubuh badan kita. Mungkin sekarang kita belum rasa natijahnya suka berjaga malam, namun hakikatnya tidur yang berkualiti penting untuk kesihatan tubuh dan mental. Ambe tahu, ramai blogger yang sanggup sekang mata demi blog! Bersederhanalah wahai rakan-rakan.

4. Ceriakan diri dengan haiwan comel. Ambe tak nafi, bila kita tengok kucing, hati rasa gembira dan best. Betul tak? Sebab apa? Sebabnya hormon ‘ceria’ seperti serotonin, prolactin, dan oxytocin dah mula dihasilkan serta hormon penyebab tekanan iaitu cortisol direndahkan. Tiada haiwan nak dibelai? Macam-macam game ada kat internet. Bela ayam, bela itik, tanam pokok. Pilih saja, cuma jangan sampai kemaruk dan tak cukup tidur!

5. Senyum. Kalau payah sangat, paksalah diri untuk senyum. InshaaAllah, senyum membuatkan kita rasa lapang dan lega. Jangan asyik serius jer sepanjang hari. Mood kita kadangkala menyebabkan orang sekeliling kita beraura negatif. Senyum cukup membuatkan sesiapa saja senang dengan kehadiran kita. Betul tak?

Cukuplah ambe berkongsi 5 cara/petua untuk kembalikan mood kita yang ‘ke laut’. Ambe ada juga berkongsi beberapa entri berkaitan seperti di bawah;

@hafizmd – 5 Cara Tingkatkan Mood! Hidup ini indah jika kita bijak kawal emosi. Mengadulah pada Yang Maha Mendengar.